Assalamualaikum.....
Harini Moha nak kongsi resepi yang paling ringkas, mudah, sedap tapi menyihatkan. Resepi ni bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah untuk orang dewasa juga.
Ok, Moha kongsikan resepinya dulu. Kemudian Moha kongsikan apa kelebihan bahan-bahan khas yang Moha gunakan dalam resepi ni ya.
Telur Dadar Tomato dengan Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil dan Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
Bahan-bahan (1 hidangan):
1 biji tomato -potong dadu
1 tangkai daun sup – potong halus
1 sudu besar Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
2 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
Cara-cara membuatnya :
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kacau hingga sekata dan masukkan tomato dan daun sup.
2. Dengan api kecil, tuang dan ratakan Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil, ke keseluruhan permukaan kuali.
3. Tuangkan bancuhan telur tadi dan tabur rata Pelestinian Za'atar Blend (Thyme) di atasnya.
4. Tutup kuali dan tunggu sehingga permukaan telur masak.
5. Bila permukaan telur tu dah nampak pejal, maknanya dah masaklah tu. Bolehlah dihidang.
Fried Mee with Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
Bahan-bahan (1 hidangan):
1 ketul ayam bahagian dada – hiris nipis
Beberapa hirisan daging salai
1 ulas bawang putih – hiris nipis
1 tangkai daun sup – potong halus
Beberapa helai daun bayam
½ biji tomato
1 sudu kecil Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
2 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
Cara-cara membuatnya :
1. Tuang Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil ke dalam kuali.
2. Taburkan Pelestinian Za'atar Blend (Thyme) ke atas permukaan tomato dan bakar seketika sehingga permukaannya berwarna keperangan, angkat dan asingkan.
3. Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan ayam beserta daging salai. Gaul sehingga ayam masak.
4. Masukkan mi kuning, daun bayam dan daun sup. Kacau sebati.
5. Siap. Bolehlah dihidang bersama tomato tadi.
Grilled Eggplant & Lamb Shoulder with Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
Bahan-bahan (1 hidangan):
2 sudu besar Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
3 sudu besar Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
1 biji terung bulat – hiris bulat²
Cara-cara membuatnya :
1. Satukan semua bahan, gaul rata dan perap dalam 1 jam di dalam bekas bertutup dan di simpan dalam peti ais.
2. Panaskan kuali, dengan api sederhana, bakar daging kambing sehingga kedua-dua belah nampak garing dan masak. Tetapi tidak terlalu kering. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali yang sama, bakar terung bulat dan balik-balikkan sehingga permukaannya berwarna keperangan.
4. Angkat dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!!
Senang je kan???
Perasan tak dalam resepi-resepi ni Moha tak letak garam atau perisa? Eh, sedap ke makan macamtu? Tak tawar ke?
Walaupun resepi ni sempoi je, macam tawar leweh je orang kata, tapi rasa dia sedap tau. Tak muak dimakan. Rahsia kesedapannya adalah dari hasil penambahan minyak zaitun dan Za'atar itulah.
Haaa.. meh Moha kongsi kelebihan kedua-dua bahan istimewa ni.
Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil
“Ambil 2 sudu minyak zaitun setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung” sumber FDA & EFSA.
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan dan antikanser
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Membekal vitamin E
- Mencantikkan kulit dan rambut
- Kestabilan asid lemak
- Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
- Minum 1 sudu besar (15ml) pagi sblm makan pagi & sebelum tidur 2 kali sehari
- Minyak zaitun perlu diminum ketika perut kosong secara kemam dulu 1/2 minit sebelum ditelan perlahan. Selepas 3 – 5 minit barulah minum air.
Terdapat pelbagai cara untuk menjadikan Za'atar sebahagian daripada hidangan enak. Antaranya dijadikan sebagai pencicah roti yang dicelupkan ke dalam minyak zaitun, dijadikan sebagai bahan perapan daging, ayam atau makanan laut, ditabur atas doh roti sebelum dibakar, digaul bersama salad segar atau apa sahaja cara yang dirasakan bersesuaian dengan citarasa kita.





MANA NAK BELI NI?
Bagi yang nak dapatkan lebih maklumat atau nak beli produk-produk Al' Ard ni, korang boleh hubungi nombor ni :
013 747 6570
atau boleh juga tengok di laman web dan media sosial Al'Ard sendiri.
10 Comments
Bgus sgt minyak zaitu ni ye
ReplyDeleteSedapnya Grilled Lamb shoulder tuu... Yup, olive oil bagus untuk kesihatan
ReplyDeleteNampak sedap! I selalu guna olive oil bila masak spaghetti.
ReplyDeleteMenarikla ice cream tu...Sal nak try jugak la. Nampak sedap !
ReplyDeleteMinyak zaitun Al Ard mmg bagus
ReplyDeleteWahhh memnariknya resepi, boleh cuba ni!
ReplyDeletelisa rasanya pernah guna minyak zaitun tuk masak. hahaa
ReplyDeleteehh bagus ni. boleh terai minyak zaitun jenis ni pulak
ReplyDeleteSedap2 nya. Telur dadar tu ai ingatkan pizza tau.
ReplyDeletesedapnyaaaaa resepi n menu,nak tiru ye kak,sue memang akan pastikan stok olive oil kat rumah memang ada.
ReplyDelete