Advertisement

PERKARA YANG WAJIB DIBERI PERHATIAN SEBELUM MENJUAL ATAU MEMBELI TANAH


Assalamualaikum.....

Mungkin ramai yang belum tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya hendak menjual/beli tanah. Ok, kat sini Moha nak kongsi sikit tips bagi memudahkan urusan jual-beli korang berdasarkan apa yang Moha tau setakat ni.



1. Geran Tanah
Ini penting ye. Dalam geran tersebut ada semua info penting tentang tanah tersebut. Mesti ambil tahu samada geran tanah itu satu nama atau geran kongsi (melebihi satu penama dalam satu geran). 

2. Buat carian rasmi
Jika tiada geran, pastikan tahu di mana geran asal tanah tersebut disimpan bagi sebarang rujukan yang berkaitan dengan tanah. Apakah di simpan di Pejabat Pendaftar atau di Pejabat Tanah Daerah. Carian rasmi boleh dibuat di pejabat tanah. Ia maklumat terkini tentang tanah yang hendak dijual/dibeli. Samada ia ada kaveat atau sebarang endorsan.

3. Tengok tanah
Ini wajiblah bagi pembeli kan? Takkan kita tak nak tengok tanah yang nak dibeli tu. Kita kenalah tahu bentuk fizikal tanah dan apa yang wujud di atasnya. Apa status terkini tanah. Ada pokok apa yang tumbuh di situ atau ada bangunan ke? Manalah tau kan? Kot lama tak tengok, orang dah ambil kesempatan. Siap buat banglo sebiji kat situ ke atau dah buat dusun buah. Haa.. panjang cerita jadinya.

4. Tengok batu sempadan
Supaya tak terambil tanah orang, sebaiknya diukur semula ikut batu sempadan asal. Juruukur tanah taulah caranya. Korang carije juruukur yang bertauliah. InsyaAllah   tahu secara tepat di mana sempadan tanah itu dengan tanah sebelah. 

5. Tengok tuan tanah
Bagi pembeli yang membeli secara terus dari agen hartanah berlesen, tak perlu rasa khuatir kerana biasanya egen hartanah sudah maklum segala hal berkaitan tanah oleh pemilik tanah berkenaan. Hanya perlu ikut prosedur yang sepatutnya sahaja. Tetapi jika berurusan secara terus dengan broker atau tuan tanah, perlu pastikan nama dan nombor kad pengenalan tuan tanah mestilah sama dengan yang tercatat dalam geran tanah. Juga  perlu tahu bahawa beliau wujud dan masih hidup dan ada kad pengenalan asal.

Ok, ni secara ringkas jela yang Moha rasa penting ye. InsyaAllah nanti Moha update lagi. Urusan jual beli tanah ni sebenarnya lebih mudah jika berurusan dengan agen bertauliah yang dilantik bagi mengelakkan sebarang masalah atau penipuan. 

Bagi yang berminat nak jual/beli tanah/rumah, boleh cuba buka Fb Page Hebat Properties  atau boleh hubungi Encik Halim Majid (Registered Real Estate Negotiator 26463) di 016-2007674.








Post a Comment

3 Comments