Advertisement

Surya S Great Grain Minuman MultiBijirin Berkhasiat Ramadhan ini



Assalamualaikum...

Dalam kesibukan seharian, sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Alhamdulillah.. tak sehari pun kami terlepas waktu bersahur. Biasanya waktu sahur, Moha tak hidangkan nasi berlauk sebab masing-masing kurang berselera seawal waktu macam tu.


Jadi Moha cuma sediakan hidangan mudah samada sandwich, bihun goreng atau nasi goreng disamping air minuman yang boleh memberikan tenaga seperti S Great Grain keluaran Surya ni.

Istimewanya S Great Grain


S Great Grain merupakan produk pilihan terbaik yang dijamin HALAL untuk diamalkan setiap hari lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan ni. Ia mengandungi 18 bijirin terdiri daripada beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut. 


Turut mengandungi 5 makanan Sunnah yang terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan juga madu. 

Multi-bijirin di dalam S Great Grain mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein yang tinggi, serat makanan, vitamin dan antioksida yang menjadikannya pilihan terbaik untuk sekeluarga. 


Produk ini boleh dikategorikan sebagai sumber serabut diet terbaik amat sesuai untuk mereka yang peka dengan kesihatan dan ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan kebaikan yang diperoleh daripada 5 makanan sunnah bersama 18 jenis multi-bijirin. Tentunya formulasi ini unik dalam landskap multi-bijirin Malaysia.

Sebagai ibu tentunya Moha ingin memberikan nutrisi yang terbaik kepada anak-anak terutama sepanjang tempoh mereka berpuasa ni. Dengan memberikan mereka minum S Great Grain sewaktu bersahur, Moha yakin ianya dapat memberikan nutrisi yang terbaik kerana ia datang lengkap dengan nutrien yang diperlukan agar bertenaga dan lebih fokus untuk menjalankan aktiviti seharian walaupun ketika mereka sedang berpuasa.

Rasanya yang sedap, lemak berkrim dan kurang manis dengan aroma yang harum sangat mudah disediakan dan diminum. Hanya tambahkan secawan air panas dan kacau sebati. Selain dijadikan minuman, juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam menu hidangan lain seperti kek, roti, biskut dan sebagainya. 


Surya S Great Grain boleh didapati di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih atau boleh juga dibeli di laman e-commerce Shopee




Post a Comment

10 Comments

  1. Mesti anak-anak minat nak try bila tgk warna pink camtu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. diorang paling excited nak minum masa mula-mula dapat ni

      Delete
  2. Menarik warnanya kan moha, suka la ada mcm2 bijiran, mudah sungguh nak sahur penuh serat...juju nak beli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. warna tu yang awal-awal dah pikat selera sebenarnya. Ada banyak bahan termasuk makanan sunnah dalam tu pun penyebab kita lebih yakin nak bagi kat anak-anak masa sahur.

      Delete
  3. Anak2 kka Ti memang suka minuman bijirin.. Lepas bolehla vuba bagi minum Surya S Great Grain ni.. Ada bahan dari kelompok makanan sunnah pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak Moha dari yang besar sampailah yang kecil tu pun suka minum S Great Grain ni. Senanglah nak suruh minum tak payah nak paksa.

      Delete
  4. un dah cuba juga, emang perut tak rasa lapar sangat . suka lah dengan ssgg ini. kalau rasa muak, un tambah dengan perasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Mula-mula consume ssgg ni masa sahur cuma minum dia je. Tak ambil makanan lain. Sepanjang puasa takdepun rasa pedih ulu hati atau rasa lapar sangat. Masih boleh buat kerja seharian walaupun menyusu anak.

      Delete
  5. Suka tgk warna pink nya tu :)

    ReplyDelete