Advertisement

Makan malam di Tok Ayah Cafe Bangi


Assalamualaikum...



Semalam kitorang buntu nak berjalan ke mana. Jadinya buatlah carian kat facebook cari tempat makan best di Kajang dan Bangi. Terjumpalah review pasal Tok Ayah Garden Cafe (TAGC) di Bangi tu. Wah.. ikan siakap siap masak (ikut suka nak masak camne) RM25 je seekor? Eh, murahlah kalau nak dibandingkan kat sini. Tengok gambar Lamb Chop pun menarik juga. Erm.. pergi makan kat sini jelah!



Berpandukan google map, kitorang terus terjah TAGC.



Kat sini ada banyak tempat duduk yang kemas tersusun. Cantik! Memang bertepatan dengan tema 'taman'. Kalau nak buat even ke, majlis kahwin ke atau jamuan makan besar, sesuai sangatlah! Sambutan mesra pelayan cafe sebaik saja kitorang sampai di pintu masuk, memang sangat membantu lebih-lebih lagi buat pelanggan yang pertama kali datang ke sini macam kami ni. Terus ditanya perkara berkaitan, makan berkeluarga, bersendirian dan tempat duduk pilihan. 



Ok, rasanya pilihan tempat duduk ni kalau datang awal dan tempat masih kosong, bolehlah request. Kalau penuh, kenalah tunggu dulu atau duduk jelah kat mana-mana tempat yang kosong. Masa kami datang tu masih awal lagi. Parking pun belum penuh. Jadi kami pilihlah tempat makan ala jepun-bersila. 

Uish.. lawa dekorasinya.. siap ada langsir sebagai tabir pemisah bagi setiap meja untuk keselesaan pelanggan. Amsyar yang paling seronok! Sebab tak payah nak duduk atas baby chair. Bebas dia nak bergerak.



Banyak juga pilihan menu kat sini. Untuk pertama kali ni, kami pilih 1 ABC dan set B untuk 4 orang makan. Dalam set ni ada 1 ekor ikan siakap (masakan pilihan sendiri), 2 set kailan ikan masin, 2 set paprik ayam, 2 set telur dadar, 1 tomyam kelapa, 2 set udang celup tepung dan 4 pinggan nasi putih. Kami tambah lagi satu menu iaitu sotong masak sambal petai. 




Order kami tak perlu tunggu lama. Sekejap je dah sampai baik minuman mahupun makanan. 


ABC tu memang mengancam betul rupa dia. Banyak sangat bahan di dalamnya. Barulah kena dengan nama.... Air Batu Campur!!


Yang kami order ni Siakap 3 rasa. Ikan digoreng garing, dicurahkan  pula sos 3 rasa di atasnya. Memang sedap!


Tomyam kelapa penuh dengan isi dan kurang pedas. Sesuailah makan seisi keluarga. Isi kelapanya pun lembut je.. hirup sekali dengan kuah tomyam, aduh... susah pula nak berhenti.


Udang segar celup tepung digoreng rangup tu bukan udang saiz kecik ye.. puaslah makan cicah dengan sos yang disediakan tu. Sotong sambal petai pulak, petai sebiji² tau. Bukan belah dua! Haa.. peminat petai mesti suka.


Lamb Chop pun sedap juga. Ah, senang cerita semua sedaplah! Lokasi pun aman damai, cantik dan kemas tersusun. Sangat selesa walaupun ada anak kecil. Nak datang sini, waze je Tok Ayah Garden. Sure tak sesat punyalah..



Post a Comment

6 Comments

  1. wahhhh kat bangi je,bleh try ni

    ReplyDelete
  2. jauh nak pergi bangi hihihi sedapnya nampak menu2 nya

    ReplyDelete
  3. ok noted. balik Bangi nanti kot ajak mak makan luar.. boleh suggest sini =)

    ReplyDelete
  4. sedapnya tomyam kelapa, blh cuba dgn famili nnti

    ReplyDelete