Villa Idaman Tempat Menginap Sempena Cuti Sekolah di Melaka

November 26, 2018 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum..

Awal cuti persekolahan ni Moha sekeluarga ambil peluang ke Melaka. Masa Haziq dan Amar kecil dulu pernah bawa mereka kat sini. Tapi yelah, masa tu diorang kecil lagi. Manalah nak ingat pasal Melaka ni semua kan? Lagipun papa diorang kata nak belanja naik cruise tu. Itu yang excited sikit nak pergi. Dulu cruise ni mana ada lagi.

Sepanjang 2 hari ni kami menginap di Idaman Villa, Melaka bersama 2 keluarga blogger lain iaitu Kak Nina dan Yanie.

Apa yang menarik tentang Idaman Villa?


Punyalah besar villa ni. Lawa pula tu dekorasi dia. Masuk-masuk je dah rasa seronok. Uish.. dapat rumah camni, alangkah bestnya..

Aras bawah : Ruang tamu, ruang makan (meja makan 8 seat, meja bar 4 seat, dan dapur..pintu yang depan tu bilik stor. Pintu yang belakang tu bilik.
Dapur
Rumah ni 3 tingkat, ada 7 bilik kesemuanya.

Aras bawah :
Aras bawah ada ruang tamu, dapur yang siap lengkap dengan kitchen cabinet dan perkakas dapur, bilik  stor, 1 bilik (katil queen) dan 1 bilik air 2 pintu (satu pintu belah dalam bilik, satu pintu kat dapur. So kalau tengah lepak-lepak kat bawah, rasa nak ke tandas, guna bilik air yang inilah.


Aras 1, 3 bilik dan 3 bilik air :
* Bilik 1.1 : bilik master - ada 2 katil queen.
Yang famili besar, bolehlah stay bilik ni. Tak cukup katil, boleh bentang toto. Memang besar, luas dan cantik dekorasi dalam bilik.


*Bilik 1.2 dan 1.3, ada 2 katil single dan 1 bilik air masing-masing.
Aras  2 pula lebih kurang aras 1 cuma kurang satu bilik air.

*Bilik 2.1 master - sama macam aras 1
*Bilik 1.2, ada  2 katil single dan bilik 1.3, ada 1 katil queen dan kedua-kedua bilik berkongsi 1 bilik air.

Jadi kalau dikira-kira, ada 6 katil queen dan 6 katil single semuanya dalam 1 rumah! Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, almari baju, prngering rambut, tuala mandi, sejadah, tisu dan tv bersaluran njoy. Setiap aras juga disediakan iron board dan seterika. Sila kongsi dan jangan berebut. Hihihi...

Haish... Memang berbaloi sungguh la kalau bawak trip 1 famili besar menginap kat sini. Boleh masak sendiri, boleh barbeque, boleh buat macam-macam aktiviti. Nak ke bandar pun tak jauh mana. Depan rumah pun ada playground yang selamat untuk anak-anak main. Dalam rumah juga disediakan wifi (sakanlah layan internet!!). Nah Moha kongsi video villa yang Kak Nina dah buat kat sini..thanks Kak Nina😘


Ni details kalau korang nak rancang nak stay kat villa ni ramai-ramai..

Website: http://idamanvilla.com/idaman-villa-malacca/
Nombor telefon: 012211826 / 016-2098623
Email: support@idamanvilla.com



0 comments:

Kisahnya Si Memey

November 22, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


20 November 2018

Memey resah je sejak pukul 8 tadi. Bagi makan tak nak.. bagi susu pun tak nak..



Tiba2 terdetik dalam hati.. agaknya Memey ni nak beranaklah..

Tak tunggu lagi, terus ambil kotak WOW Shop.. belum sempat nak alas kain, dia dah melompat masuk ke dalam kotak tu.. berpusing 2 ke 3 kali kemudian keluar semula. Mengiau tak henti seolah nak sampaikan sesuatu. Ligat jugalah otak ni memikir apa yang Si Memey ni nak ye?

Teragak nak alihkan kotak ke tepi sudut bilik. Kemudian alaskan kain elok-elok, barulah Memey masuk semula dalam kotak tu. Kalini dia terus baring.

Lega rasanya bila nampak dia dah selesa dalam kotak tu.

.......

Setakat ni baru keluar 2 ekor anak dia. Ada lagi dalam perut tu yg belum keluar.. berapa ekor lagilah agaknya.



Eehhhh...!!!

Sama tarikh la anak2 Memey lahir dgn birthday Amar harini😄

Harini hari lahir Amar yang ke-11 tahun. Alhamdulillah, semoga dia mendapat segala kebaikan di dunia dan akhirat juga dijauhkan dari segala keburukan. Aamiin...

Sepanjang Memey kat sini, ini yang ke-4 dia beranak lagi. Tapi sayang, semua anak2 dia yang sebelum ni dah tak ada. Ada yang mati kena langgar, ada yang mati tiba2, ada yang lari (tu pun sebab Si Memey la garang sangat! Asyik nak cekau je!)

Kalini Si Memey struggle sikit nak beranak. Dah  berumur agaknya... Gap kelahiran antara yg pertama dan kedua dekat 4 jam jugalah. Tengok keadaan dia menggigil, mengiau ajak teman, dalam hati ni dok syak  ada baby lg dalam perut dia. Tapi jenuh tunggu sampai tengah malam, tapi babynya tak muncul2 juga. Mungkin memang 2 ekor tu jelah anaknya.

Esok paginya, sebab rasa tak sedap hati..pergi tengok lagi..manalah tau kalau2 ada penambahan baby.. tapi, 2 ekor jela yang ada. Si Memey masih macam semalamnya. Nampak letih benar dia. Bagi makan pun macam tak luak je.

Tengahari tu teragak nak tinjau dia lagi.. Allah.. berderau rasa bila tengok dalam kotak rupanya ada lagi seekor baby serupa macam Si Lang. Tapi... Dia dah tak bernyawa!😢 Entahlah apa puncanya.. jarak masa panjang sangat kot jadi punca? Entahla.. lepas pantang nanti kita ikat ye Memey..

Si Lang yang tak banyak kerenah.. tak tau punca kenapa dia mati





2 comments:

Restoran McDonald's pertama di Sarawak berwajah baharu

November 14, 2018 Mohaz Sue 1 Comments


                                                   

McDonald's Malaysia telah meraikan pembukaan rasmi McDonald’s Padungan dengan wajah yang baharu dan dinaik taraf dengan pelbagai teknologi digital dan konsep khidmat pelanggan yang inovatif. Pengubahsuaian adalah sebagai usaha untuk memodenkan pengalaman pelanggan.

McDonald's Malaysia turut mengadakan acara komuniti di McDonald’s Padungan, yang merupakan restoran McDonald's pertama dibuka di Sarawak 25 tahun dahulu.

Reka Bentuk Baharu dan Pengalaman Pelanggan yang Lebih Baik
“Majlis yang cukup meriah pada hari ini menandakan pembukaan rasmi restoran dengan wajah baharu yang moden dan ia amat bermakna kerana restoran ini turut menyambut ulang tahunnya yang ke-25. McDonald’s Padungan merupakan restoran pertama di Sarawak" kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar. 

"Kami telah memodenkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara secara progresif sejak akhir tahun lalu. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mewujudkan pengalaman yang moden dan pada masa sama menyajikan makanan berkualiti tinggi dengan nilai hebat serta perkhidmatan pelanggan yang baik. Restoran ini merupakan restoran pertama di Sarawak yang menggabungkan ciri-ciri perkhidmatan hidangan ke meja, di mana para pelanggan boleh meminta supaya makanan dihidangkan ke meja mereka," tambah Azmir.

Menurut Azmir, perancangan McDonald's Malaysia untuk memodenkan wajah dan suasana restorannya akan menelan belanja antara RM50 juta hingga RM100 juta dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Pengubahsuaian restoran Padungan ini menggabungkan pelbagai ciri baharu dan konsep perkhidmatan pelanggan yang inovatif, antaranya termasuklah: -

1. Perkhidmatan hidangan ke meja, di mana pelanggan boleh memesan makanan mereka di kaunter hadapan atau kiosk digital dan membuat pilihan untuk makanan dihidangkan ke meja mereka.
2. Kiosk digital, di mana pelanggan boleh membuat pesanan sendiri.


3. Perkhidmatan dwi kaunter yang membolehkan pelanggan membuat pesanan menerusi kiosk digital atau di kaunter hadapan, dan mengambil makanan apabila nombor pesanan mereka tertera pada skrin.
4. Kemudahan transaksi tanpa tunai yang membolehkan pelanggan membuat bayaran dengan mudah menggunakan kad kredit atau kad debit. 
5. Papan menu digital yang memaparkan menu dan promosi terkini untuk memberi impak pengalaman yang baik untuk pelanggan semasa membuat pesanan di kaunter.
6. Sambungan WiFi berkelajuan tinggi untuk manfaat pelanggan 

Datuk Haji Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara merupakan tetamu kehormat pada majlis pembukaan rasmi restoran McDonald’s Padungan.

“Syarikat-syarikat sememangnya sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan. Inovasi yang dilakukan oleh McDonald’s dan komitmen berterusan untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan, dan pada masa sama menyumbang kepada ekonomi tempatan, merupakan sesuatu yang wajar dicontohi,” kata Datuk Haji Abdul Wahap.

"Restoran ini merupakan restoran kegemaran penduduk setempat dan saya sangat gembira dengan langkah yang diambil oleh McDonald's untuk memberikan wajah baharu kepada restoran ini. Perancangan McDonald’s untuk menaik taraf restoran-restoran sedia ada dan membuka restoran-restoran baharu akan memberi manfaat jangka panjang kerana ini akan membuka peluang pekerjaan tambahan dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada pembekal tempatan," tambah Datuk Haji Abdul Wahap.

McDonald's Malaysia, di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza, telah memperuntukkan sumber untuk meluaskan lagi perniagaan McDonald's di negara ini. Secara khusus, Reza Group akan melabur lebih RM1.4 bilion untuk mewujudkan 450 restoran McDonald’s di seluruh negara menjelang 2025 sebagai pelan 10-tahun pertumbuhan perniagaan syarikat. Secara tidak langsung, McDonald’s dijangka akan menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan lagi. Sehingga kini, McDonald's Malaysia memiliki lebih 270 restoran di seluruh negara dengan warga kerja lebih 12,000 orang rakyat Malaysia.

Majlis pada hari ini menjadi lebih istimewa dengan penganjuran acara komuniti oleh McDonald’s untuk membantu golongan kurang berkemampuan di Sarawak.

Program ‘Kembali ke Sekolah’
Majlis pada hari ini menyaksikan penyampaian pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak sekolah rendah. Program tahunan ‘Kembali ke Sekolah’ ini adalah inisiatif oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Lebih 880 kanak-kanak sekolah rendah di Sarawak akan menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ sebagai persediaan untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2019.

Program ‘Kembali ke Sekolah’ turut mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan, dimana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah. Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah. Keseluruhan sumbangan di bawah program ‘Kembali ke Sokolah’ tahun ini dianggarkan melebihi RM1.7 juta.

Menurut Azmir, program ‘Kembali ke Sekolah’ merupakan sesuatu yang cukup istimewa untuk McDonald's dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada anak-anak sekolah rendah yang datang dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.

"Kami telah mendekati kanak-kanak dari pelbagai komuniti di lokasi kami beroperasi kerana kami mahu mengurangkan beban kewangan keluarga dan memberi motivasi kepada anak-anak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan. Hal ini amat penting kerana mereka adalah pemimpin masa depan negara kita,” kata Azmir.



Mengenai McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Latarbelakang RMHC Malaysia 
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dan ia juga merupakan salah satu daripada lebih 300 RMHC yang terdapat di seluruh dunia. Ia bermatlamat untuk memberi impak positif dalam kehidupan kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan menerusi empat program utama – Rumah Ronald McDonald (RMH), Bilik Sensori Ronald McDonald (RMSR), Gift of Smile dan Program ‘Kembali ke Sekolah’. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rmhc-malaysia.my.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia 
+603.7843.3236

Jacalyn Kow | Azwa Rahmat, LUMOS PR
+6012.961.8271 | +6011.1131.3106

1 comments:

Enjoy Your Life at Kota Seriemas Townhouse

November 10, 2018 Mohaz Sue 2 Comments



Assalamualaikum...

Harini saja jalan-jalan tengok rumah contoh di Kota Seriemas, Nilai. Cantik dan unik rekabentuk rumah dan kawasan sekelilingnya.

Kota Seriemas terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan bersambung dengan rangkaian lebuh raya utama termasuk ELITE, Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil dan LEKAS.


Di Kota Seriemas, rumah-rumahnya dibina dengan indah dan direka dalam gaya kontemporari untuk mempromosikan kehidupan moden di persekitaran resort. Mendapat Anugerah Pencapaian Klasik CIDB Tinggi 2018 untuk kualiti bangunan di Kota Seriemas adalah bukti kualiti rumah binaannya. 

Tenang Beriadah

Terdapat 8 tasik terpencil dan taman yang indah, laluan berjoging yang baru diletakkan dan laluan basikal di seluruh bandar, Kota Seriemas menawarkan anda tempat yang mendamaikan untuk membebaskan diri dari tekanan kehidupan di bandar.

Pencapaian


Memenangi anugerah di Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia 2018 sebagai pengiktirafan usaha mereka memberikan landskap yang indah untuk penduduk Kota Seriemas untuk mengalami rasa kedamaian dan ketenangan bagi kehidupan yang sihat dan penuh inspirasi.

Kelab Golf & Country yang berprestij di Kota Seriemas adalah padang golf kejohanan awam 18 lubang, dengan kemudahan rumah kelab, restoran, dewan fungsi dengan jarak memandu hanya beberapa minit dari depan pintu rumah. Padang golf dan rumah kelab megah menyediakan bukan sahaja tempat untuk riadah dan aktiviti, tetapi juga menambah keanggunan dan nilai untuk rumah dan pelaburan anda.

Ia adalah masa yang tepat untuk membeli hartanah di Kota Seriemas, kerana anda berhak mendapat penjimatan dan insentif yang hebat. Sebagai contoh, pemaju akan menyerap Yuran Undang-undang untuk Perjanjian Jual Beli, Duti Setem dan Yuran Pendaftaran. Rebat tunai juga ditawarkan sehingga 7% dengan bayaran pendahuluan serendah 1% sahaja. Terdapat juga pelbagai insentif lain yang menunggu pembeli.


Dapatkan kesempatan mendapatkan rebat dan insentif yang hebat di Kota Seriemas. Beli hartanah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM330K (tertakluk pada terma dan syarat) dengan Toyota Camry sebagai Hadiah Utama. 

Rumah bertingkat dua tingkat Mawar Indah merupakan salah satu pembangunan semasa, dengan satu titik akses, penjaga rumah dan pagar perimeter. Nikmati 2 tahun keselamatan percuma dan 2 tahun jalur lebar percuma. Pemaju akan menyerap Yuran Undang-Undang Anda untuk Jual Beli & Jual, Duti Setem dan Yuran Pendaftaran. Insentif menarik lain menanti pembeli Mawar Indah.
Bagi yang berminat tu, bolehlah hubungi perunding jualan yang mesra di bawah ni untuk maklumat lanjut dan untuk urusan seterusnya.

En. Halim : 016-2007674 
En. Jamil : 012-2892366
En. Zaki : 013-3366701
En. Nizam : 011-23772655
En. Shah : 017-2657503
En. Syamsul Anuar : 019-2830855


Perunding Hartanah - En. Halim : 016-2007674

Sumber : FB Kota Seriemas


Pertandingan Mewarna

Sementara tengok rumah, anak-anak ambil peluang masuk pertandingan mewarna.


Haziq dapat nombor 3. 

Amar dapat no. 4

Amsyar juara bertahan..hahaha (tumpang posing dengan hadiah si abang)
Sebahagian pengunjung yang datang...











2 comments:

Tenanglah di sana

November 03, 2018 Mohaz Sue 0 Comments


Umur kita bezanya setahun sebulan je. Tapi kau lagi tinggi dari maksu. Kita membesar sama-sama. Main sama-sama. Rapatnya kita masatu sebab mak kau tolong jagakan maksu sama setiap kali atok meniaga. Kadangkala kita dipakaikan baju yang sama pattern. Hinggakan orang ingat kita ni kembar tak seiras. Padahal hubungan kita antara mak sedara dan anak sedara. Mak kau, Kak Long maksu yang sangat penyayang yang banyak pikul tanggungjawab membantu mak dan bak membesarkan adik-adiknya.
 

Tapi takdir Allah siapalah yang tau kan? Harini kau pun sama macam Kak Long, kau pergi jua tinggalkan kami semua. Semoga Allah merahmati rohmu di sana, ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan semoga segala amalan baikmu diterima. Amiin..

0 comments: