Advertisement

Bercuti ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code




Assalamualaikum.. 


Dah lama juga Moha tak ke Singapura. Dulu pun pergi atas urusan kerja. Setiap hari bekerja, pukul 5 pagi dah terpacak depan tempat tunggu bas. Tak kisahlah naik teksi atau bas, mana yang sampai dulu, itu yang jadi penyelamat untuk sampai cepat ke destinasi sebab masuk kerja pukul 8 pagi. 

Sayangnya masa kerja dulu tak peduli sangat nak pusing satu negara tu. Mungkin sebab badan dah letih bekerja, jadi tak fikir lain dah, fikir nak balik ke rumah untuk berehat sajelah. Langsung tak terfikir nak ambil kesempatan berjalan-jalan ke sekitar kawasan yang menarik yang ada di sana. Sekarang ni, bila dah tak bekerja di sana lagi, barulah rasa nak menyesal. Huhuhu..sayang seribu kali sayang..

Tapi takpe, sekarang ni dah tak susah macam dulu. Traveloka kan ada! Apa orang kata? "Segalanya di hujung jari!!" 

Traveloka - Pakar dalam membantu melancarkan perjalanan atau percutian kita ke Singapura nanti. Tak perlu nak susah hati nak fikir cara pergi macamana, dan nak menginap di mana. Tempah saja dengan Traveloka, berjalan dan bercutilah ke Singapura dengan senang hati. 

Sejarah Ringkas Singapura

Oh, ya! Apa kata sebelum nak melancong tu, jom kita imbas balik sejarah Singapura ni secara ringkas. Sekurang-kurangnya selain menambah ilmu pengetahuan, boleh juga dijadikan petunjuk ke mana arah kunjungan kita di sana nanti. 

Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles mendirikan sebuah pelabuhan Inggeris di situ. Di bawah pemerintahan kolonial Inggeris, Singapura telah berubah menjadi sebuah pelabuhan yang amat strategik berikutan kedudukan letaknya yang berada di tengah-tengah jalur perdagangan di antara Cina dan India yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini.

Semasa Perang Dunia II, Singapura telah diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Selepas perang, penduduk setempat dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya. Seterusnya pada tahun 1963, Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi kemudiannya Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan menjadi sebuah negara republik pada 9 Ogos1965.

Selepas keluarnya dari Malaysia, Singapura mulai muncul sebagai kuasa perdagangan dunia. Banyak fasilitasi dan kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Lee Kuan Yew.

Pada tahun 1990, Lee Kuan Yew mundur dari politik dan memberi kuasa pemerintahan kepada Goh Chok Tong. Pada tahun 2004 pula, Goh Chok Tong meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memberi kuasa pemerintahan kepada anak Lee Kuan Yew iaitu Lee Hsien Loong pula untuk memerintah.

Begitulah sedikit ringkasan sejarah Singapura yang Moha rujuk di Google. Heee...

Lokasi yang Menarik untuk Dikunjungi

Sebenarnya walaupun Singapura ni sebuah kepulauan yang kecil, tapi banyak juga lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya, Universal Studio yang dibuka di Pulau Sentosa pada bulan Januari 2010 yang merupakan taman permainan tema Universal Studios yang pertama kali dibuka di wilayah Asia Tenggara, dan merupakan yang kedua di wilayah Asia setelah Universal Studios Jepun. 




Selain Universal Studio, ada juga Singapore Flyer, Singapore Chinatown, Marina Bay Sands, Singapore Botanic Gardens dan banyak lagilah. Tapi ada satu tempat yang Moha teringin sangat nak pergi tu mungkin korang akan rasa agak lucu sikitlah alasannya. 

Moha teringin nak pergi ke NOOSH Noodle Bar and Grill, restoran Halal yang menyatukan masakan dari Asia dan Barat yang terbaik dalam suasana yang menakjubkan, bukan hanya sesuai untuk keluarga, malah sesuai juga untuk majlis-majlis khas. Esh, fikir pasal makan je ye Moha ni? NGEEE...Apa boleh buat? Semuanya gara-gara Moha tertarik dengan salah sebuah restoran yang ada di Singapura ni. 
NOOSH yang mempamerkan menu campuran kontemporari yang dibuat khas dengan resepi dan bahan-bahan makanan yang berbeza dan menarik, tetapi mengekalkan tradisi masakan yang unik dengan teknik memasak khusus dan kemahiran masakan yang mantap. 

Setiap pengunjung yang datang dapat menikmati kecanggihan dan keseronokan terhadap hidangan makanan dan juga keselesaan yang disediakan setiap hari. 

Yang paling penting, Moha nak singgah ke Dapur Ummi Abdullah Catering yang beroperasi di Sembawang Central Kitchen,  8 Raffles Ave, Esplanade Mall #01-13B, S(039802). Kenapa teringin? Sebab Moha selalu intai facebook Ummi Abdullah Saadah yang selalu kongsikan menu-menu masakan beliau. Seronok tengok celoteh Ummi yang peramah dan bersahaja. Manalah tau kan, bila ke sana nanti berpeluang jumpa Ummi? InsyaAllah.. 



Tempah Tiket Penerbangan dan Bilik Hotel dengan Aplikasi Traveloka 


Dengan aplikasi Traveloka iaitu “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan atau percutian ke Singapura, kita boleh dapat diskaun hebat dari Traveloka sebanyak RM50 (flat rate discount) untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapura dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kod kupon GOSG. 

Jadi, jangan lupa cepat-cepat muat turun aplikasi Traveloka kat smartphone tu ye. Bukan apa, takdelah melepas diskaun hebat tu nanti. Lagipun senang nak merancang percutian kat sana. Tak perlu nak susah-payah dah nak cari pengangkutan dan penginapan nak ke sana nanti. Betul tak? 

Selain itu juga, Traveloka juga menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapura tanpa memerlukan kupon. Senangkan?

Syarat-syarat dan cara membuat tempahan:

*Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID

*Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran.

*Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat

*Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)

*Tempoh Perjalanan: Bila-bila masa

Haa… pada korang yang ada merancang nak ke Singapura tu, jangan lepaskan peluang ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code ni ye. Berbaloi-baloi tau! 

Post a Comment

18 Comments

  1. Tiap² tahun pi Singapore tapi pi ziarah family jer... Nanti nak pi tuk holiday lak. Banyak tempat menarik tak sempat lagi jejak. Promo Traveloka ni menggoda sungguh laaa

    ReplyDelete
  2. Beli time promo mcm ni bagusnya. Dah boleh jimat duit utk tiket

    ReplyDelete
  3. Baru tahu sejarah Singapore

    ReplyDelete
  4. bestnya siapa yang dah pergi singapore..nad tak pergi lagi..tunggu anak besar baru p kot

    ReplyDelete
  5. Wahh bestnya .. jom ke singapore kitaaaa

    ReplyDelete
  6. lisa hampir nak jadi orng singapore .. tp tak jadi hahaha

    ReplyDelete
  7. Jangan lepaskan peluang ini kawan 2 promosi Traveloka sangat helokkk!! Grab your code now!!

    ReplyDelete
  8. Singapore best walaupun negara tak besar.

    ReplyDelete
  9. Nit bad jugak diskaun tu kan

    ReplyDelete
  10. Untung ada Traveloka yg boleh membantu nk jalan ke SEEngapore

    ReplyDelete
  11. Teringin nak pi singapore. Last pergi masa sek rendah dulu kot. Lama gilaaa dah hehe

    ReplyDelete
  12. sangat jimat kalau beli time promo macam ni.. bestnyaa

    ReplyDelete
  13. syoknya ke Singapura...negara luar paling dekat dengan Malaysia...

    ReplyDelete
  14. kalau ada nak booking apa2 untuk percutian guna traveloka..sebab ada banyak promo

    ReplyDelete