Advertisement

Iftar Ramadhan 2018 di Taman Equestrian Putrajaya MeLESTARIkan Sejuta Rasa

Assalamualaikum...


Preview Bufet Ramadhan seterusnya yang Moha nak kenalkan ni ialah di Restoran Rallegra yang bertempat di Taman Ekuestrian, Putrajaya.


Restoran ini mampu memuatkan 300 lebih orang dalam satu-satu masa samada di ruang terbuka atau berhawa dingin. 


Pada Ramadhan tahun ini, sebanyak 150 jenis menu, 12 buah gerai dan masakan panas akan dipersembahkan kepada pengunjung yang datang.


Antara menu istimewa tahun ini adalah seperti Lidah Lembu Bakar, Ayam Shawarma, Kambing Panggang dan Daging Panggang Kuah Asam. Sebenarnya inilah pertama kali Moha rasa lidah lembu. Alhamdulillah, rasanya boleh diterima dek tekak yang cerewet ni. Lidah lembu bakar di sini takde rasa hamis dan sebagainya. Menurut Chef, proses membersihkan lidah lembu dibuat dengan teliti dan kemudiannya diperap dengan rempah istimewa. Sebab tulah rasanya juga istimewa walaupun hanya dibakar dengan hirisan bawang dan beberapa rempah dan dicicah pula bersama cili kicap. Memang sedap!


Hidangan tempatan yang menyelerakan seperti Ikan Keli Berlada, Siput Sedut Cili Api Batang Keladi, Ayam Daun Selasih, Kari Daging, Gulai Telur  Itik dan banyak lagi turut disediakan bagi memberikan banyak pilihan kepada pengunjung.


Kway Teow Goreng, Laksa Kedah dan Murtabak juga dihidangkan. Begitu juga hidangan bergoreng seperti Keropok Lekor, Goreng Pisang dan Keledek, Cendawan Goreng dan Bayam Goreng akan disajikan bagi menambah selera.


Pencuci mulut tak kurang hebatnya. Pelbagai jenis kuih-muih ala kampung yang membangkitkan selera seperti Pengat Pisang, Tapai Pulut Daun Getah, Lepat Pisang Inti Kelapa dan banyak lagi yang dihidangkan di sini. 


Yang menariknya, sajian buahan segar turut disediakan pes rojak pekat berkacang dan serbuk plum. Buahan yang kurang berair pula diolah menjadi hidangan unik disaluti merengue bakar.


JOM NAIK KERETA KUDA!
Haaa.. uniknya kat sini, lepas berbuka puasa, korang juga boleh naik kereta kuda pusing-pusing sekitar taman ni tau. Hanya RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak yang bermula pada pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.



CEPAT REBUT HARGA PROMOSI!


Harga yang ditawarkan untuk mereka yang membuat tempahan awal bermula 1 Aprilhingga 18 Mei 2018 ialah RM59 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak.
Bermula 19 Mei hingga 13 Jun 2018, harga yang ditawarkan ialah RM78 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, bolehlah terus hubungi talian mereka 03-8000 8914/8902 atau layari laman web dan media sosial :



TAMAN EKUESTRIAN PUTRAJAYA

Taman Ekuestrian Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya berinspirasikan konsep taman dalam bandar yang menampilkan keindahan alam semulajadi.

Taman Ekuestrian Putrajaya ini dibuka pada 2006, dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengunjung yang berminat untuk belajar menunggang kuda. Selain itu, Taman Ekuestrian Putrajaya turut menawarkan aktiviti stable tour buat para pengunjung yang berminat untuk melawat kandang kuda.

Taman Ekuestrian ini juga pernah manjadi tuan rumah bagi pelbagai acara antarabangsa mahupun sukan nasional seperti KL SEA Games 2017, Premier Cup Series Horse Show, FEI Asian World Cup Qualifier dan Sukan Malaysia (SUKMA). 



Post a Comment

3 Comments

  1. menggoda sungguh kambing tu posing.menu lain pun menarik.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. Wow! Siap ada kereta kuda gitu :)

    ReplyDelete
  3. kambing bakar oooiiii.terliur laaaaaaa

    ReplyDelete