Sajian Istimewa Keunggulan Kepulauan Melayu Ramadhan 2018 - Selera Warisan Nusantara di Hotel Sama-sama KLIA

April 24, 2018 Mohaz Sue 3 Comments

Assalamualaikum..

Sudah menjadi satu kebiasaan bila tiba je bulan puasa, mesti nak pergi Bazaar Ramadhan kan? Terutama pada hari pertama. Seronoknya perasaan tu Tuhan jelah yang tau. Rambang mata nak pilih makanan yang mana satu. Lbih-lebih lagi bila tengah kering tekak tu ternampak pulak variati air balang yang pelbagai warna tu kan. Esh.. macam nak borong semua!
Jika anda berada di sekitar Sepang atau di KLIA khasnya, Sama-Sama Hotel KL International Airport adalah lokasi terbaik bagi anda untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan penerbangan kapal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berhampiran hotel.  

Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel KLIA menawarkan promosi bufet buka puasa Ramadan di ruang legar hotel. Bertemakan Selera Warisan Nusantara, juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. 


Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan yang disediakan dengan konsep gerai bazar Ramadan dan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.


Persembahan irama tradisional Ghazal dari kumpulan Suara-Suara Otai akan kedengaran sebaik melangkah masuk ke ruang legar hotel. Pertunjukkan tersebut akan menjadi peneman tatkala pengunjung menjamu selera sepanjang promosi Ramadan ini berlangsung. 


Sajian bufet lengkap dari juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara menanti pengunjung tiap sesi buka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan olahan menu berbeza setiap hari.


Mulakan sesi berbuka puasa dengan manisan di gerai Kurma termasuk dari jenis Ajwa, Mariami, Mabroom dan Safawi. 


Tidak sah pengembaraan buka puasa Selera Warisan Nusantara sekiranya tidak dimulakan dengan gerai negara garuda, Indonesia dan menikmati sajian Nasi Ambang asli Jawa. Singgah sekejap ke gerai Singapura dan rasai sendiri keenakan Ketam Cili Clay Pot wilayah Temasek. 


Jangan lupa ke gerai Thailand dan cuba sendiri sajian jalanan popular, Goi Pad Krapao. Dan nikmatilah juadah kegemaran tempatan Malaysia seperti Kari Ikan Merah Berbendi dan Daging Masak Cili Padi.


Pengalaman berbuka puasa pengunjung dibawa ke suatu tahap lebih tinggi dengan mendirikan sebuah pangkin, mewujudkan suasana persis kampung halaman. Pengunjung juga dapat merasakan pengalaman gaya makan ala street food dengan nuansa persekitaran gabungan setting bak gerai di pasar malam sebagai sebahagian daripada suasana buka puasa yang dipaparkan hotel untuk musim Ramadan. 




Bagi pengunjung yang meminati masakan secara langsung boleh beransur ke porte-cochere hotel di gerai Barbeku dan nikmati juadah popular hotel seperti Sate, Ikan Bakar dan Tandoori India. Salah satu tarikan buka puasa di hotel kali ini juga adalah Kambing Golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam, cendawan, BBQ dan rosmari. 


Turut disajikan adalah aneka menu pencuci mulut termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, pencuci mulut tempatan seperti Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi sudah pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA. Tapi jangan lupa untuk membasahkan kembali tekak dengan minuman tempatan Kopi Tarik dan Teh Tarik. 


Paling menarik, Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA ni ada gerai Durian!! Haa.. Untuk pencinta Raja Buah ini dialu-alukan untuk mengopek seberapa banyak durian yang anda suka. Memang berbaloi-baloi. Jika terasa kehangatannya, boleh sejukkan badan dengan sebiji dua air buah kelapa muda atau tebu di gerai Minuman. 

Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6petang sehingga 10malam. Dengan harga RM135 pada hari biasa dan RM99  pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan. 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi 
Bahagian Jualan ditalian +603.8787.3333  
atau e-mel: 
sales@samasamahotels.com.



Sama-Sama Hotel KL International Airport:
Hotel ini mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Hotel tersebut telah memenangi banyak penghargaan sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun 2013. Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:

1. Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel Awards, 2013  2017.
2. Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3. Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4. 25 Hotel Terbaik Malaysia oleh Trip Advisor, 2013  2017.
5. Pengiktirafan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014  2017.
6. Penganugerahan Pemenang 4 Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia, 2014  2017.
7. Anugerah Skor 9.0 daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8. Anugerah Pendapatan Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9. Anugerah Pemenang Hotel Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.

Sama-Sama Hotels KL International Airport mempunyai campuran penginap antarabangsa dari Asia, Timur Tengah, Oceania dan Eropah.

Kebanyakan tetamu mengambil penginapan di Hotel rata-rata adalah tetamu sedang dalam transit penerbangan, persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL serta untuk lawatan perniagaan singkat di KL. Sama-Sama Hotels KL International Airport juga mempunyai cawangan satelit, Sama-Sama Express di KLIA dan Sama-Sama Express di KLIA2.



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Nora Jaswa
Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi 
Sama-Sama Hotel KL International Airport
Mobile: +6016 223 4848
Email:   nora.jaswa@samasamahotels.com

3 comments:

Hidangan Nusantara, Thailand dan Timur Tengah di PICC sempena Ramadhan 2018

April 21, 2018 Mohaz Sue 4 Comments


Assalamualaikum..

Preview Ramadhan Buffet yang ketiga Moha nak perkenalkan harini ialah di PICC Putrajaya. Bertemakan "Warna-warni Ramadhan" dengan kemeriahan booth/gerai makanan yang menggamit selera dari Nusantara, Thailand dan Timur Tengah.


Hero bufet dah tentulah kambing goleknya. Memang tak pernah tak laris cik kambing ni kan? Setiap tahun dia ada dan setiap kali tu lah dapat tumpuan utama. Untung cik kambing.. eh, yang datang makanlah lagi untung! Kambing panggang kan sedap! Hihihi..


Sate pun ada juga tahun ni. Nasi Briyani, Nasi Lemak, Daging Kerutub, Gulai Lemak Ikan Masin Talang, Rendang Itik, Ayam Kerutuk, Telor Itik Masak Lemak Belimbing Buluh dan Terung Berlada antara sebahagian hidangan yang ada.  

Baru ambil yang tu sikit ni sikit, dah penuh pinggan..banyak lagi menu yang tak sempat nak rasa

Pencuci mulut tak kurang menariknya. Pelbagai jenis kuih tradisional dan juga moden disediakan. Pau gebu berintikan kacang, daging dan ayam dikukus panas-panas pun ada. Peminat roti, ada juga gerai roti dengan aneka sapuan dan inti untuk anda pilih. 

Bagi penggemar apam balik dan kuih keria gula melaka, ada satu gerai khas disediakan untuk anda. Eh, pulut kuning pun ada tau! 


Pelbagai pilihan air dalam balang, ABC dan cendol disediakan untuk menghilangkan haus sepanjang hari berpuasa. Ais krim pun ada dengan pelbagai jenis topping disediakan khas buat peminat aiskrim terutama kanak-kanak. Buah-buahan pun banyak pilihan tahun ni.


Dalam banyak-banyak menu, benda pertama yang Moha beratur nak ambil dulu menu ni lah!


Ni dia.. Udang Butter! Sedap betul udang ni. Dahlah segar, saiz XL, sedap pulak tu! Moha ni dahlah memang pengemar makanan seafood. Jadi bila nampak udang ni, terjah udang dululah.. hihihi..

Jangan lupa dapatkan 30% diskaun ni ye

Haaa.. bagi yang merancang nak berbuka di luar atau di sekitar Putrajaya tu, bolehlah masukkan dalam list yang PICC ni. InsyaAllah puas hati. Next, Moha akan kongsi bufet ramadhan di tempat lain pulak ok.. stay tune..

4 comments:

SEMARAK RAMADHAN - IFTAR RAMADHAN RHR HOTEL @ UNITEN 2018

April 18, 2018 Mohaz Sue 6 Comments

Assalamualaikum..


Tempat kedua untuk iftar Ramadhan 2018 yang Moha nak kongsikan kali ni adalah di RHR Hotel@Uniten, Bangi.


Bertemakan "Semarak Ramadhan", pihak hotel telah menyediakan lebih kurang 21 buah gerai di Jupiter Coffee House yang mampu menampung seramai 500 hingga 700 pengunjung dalam satu masa, yang akan menyajikan pelbagai hidangan menyelerakan di samping pemandangan tasik dengan suasana yang lebih santai dengan tiupan bayu.


Terdapat lebih 200 pilihan makanan HALAL yang pastinya enak dan disediakan menggunakan resepi asli bagi memenuhi citarasa dan keperluan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di sini nanti.


Antara menu yang mendapat sambutan paling hangat tentulah kambing golek! Sate daging dan sate ayam.




Selain itu, ada juga menu unik yang istimewa iaitu Nasi Briyani Roket. Haa.. nak meroket ke mana? Hihihi.. pasti rasanya juga sangat sedap kerana penyediaannya menggunakan peralatan yang ditempah khas oleh Jupiter Coffee House sendiri. 



Gerai-gerai lain tak kurang menarik seperti gerai ikan bakar dan kerang bakar, kambing dan daging gulai kawah, kway teow dan mee goreng, gerai nasi ayam, murtabak dan "roti awang" (roti john yang menggunakan roti arang), gerai laksa buyung, mee ketam, sup aneka "gearbox", serawa durian, bubur lambuk, bubur kacang, ondeh-ondeh coklat yang digoreng panas-panas dan pelbagai lagi pencuci mulut dan kerabu yang akan membuatkan kita rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu.


Bubur Kacang, Serawa Durian, Bubur Lambuk, Pulut dan Roti


Kek ni sedap!



Wahhhh...kekacang dan maruku pun ada!!
Bagi kanak-kanak, menu untuk mereka juga tak kurang hebatnya. Ada gerai pasta, sosej, nugget, ABC, ais krim, ais krim goyang, pop corn dan gula kapas.

Punyalah banyak menu! Hinggakan Moha sendiri tak tau nak pilih mana dulu. Semua nampak sedap dan menyelerakan (ehhh, memang sedap pun!).

Ops, lupa nak cerita pasal nasi campur. Kat sini pun ada sediakan nasi campur ye. Lauk-pauknya pun boleh tahan juga menggoda selera. Bayangkan tengah-tengah lapar tu, nampak gulai telur itik, udang sambal petai, ikan jenahak, sayur campur, esh.. banyak lagilah! 






Pastu tengah haus tu nampak pulak aneka jenis air dalam balang yang berpeluh-peluh wap ais tu.. pergh!! 

Nampaknya wajib pergi lagi seisi keluarga berbuka puasa di sana lagi. Harga pun sangatlah berbaloi-baloi!

BIAR BETUL HARGA MACAM NI!

Dengan semua menu yang menyelerakan dan suasana tempat yang mengasyikkan, macam tak percaya tau dengan harga yang ditawarkan. 

Bagi dewasa hanya RM69.00 seorang dan RM35.00 bagi kanak-kanak. Bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas pula 30% potongan akan diberikan sepanjang bulan puasa ni. 

Jadi apa lagi? Rancanglah satu hari untuk bawa keluarga tercinta dan ibu bapa berbuka puasa di sini nanti ye! Nak datang setiap hari pun boleh je! Manalah tau kot-kot ada menu yang tak sempat makan ke, bolehlah ulang lagi. 

Kalau nak buat tempahan awal, hubungi nombor ni, 603-8922 2088 sambungan 8036/8013 atau boleh juga hantarkan e-mail kepada dahlia@rhrhotel.com.

Nak pergi terus pun boleh.. ni alamat penuhnya:

Km 7, 
Kampus Putrajaya Universiti Tenaga Nasional, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 Kajang, Selangor Darul Ehsan.


6 comments:

JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018

April 14, 2018 Mohaz Sue 5 Comments

Assalamualaikum..

Tak lama je lagi nak puasa. Lepas tu raya. Persiapan raya dah buat ke? Pada yang berhajat nak shopping tapi tak tau kat mana nak tuju tu, haa.. ni ada berita gembira untuk korang. 


Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

  
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak. 

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair. 

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909) "

Jangan lupa tanda kat kalender tau. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

5 comments:

Impian Haziq & Amar tercapai di Legoland

April 08, 2018 Mohaz Sue 9 Comments


Assalamualaikum..

Bila dapat tau mama join Family Day KBBA9 di LEGOLAND MALAYSIA RESORT, diorang terus melompat kegembiraan. Yelah, dari Amsyar baby lagi diorang minta dibawa ke sini. Tapi mengenangkan Amsyar kecil sangat lagi, tak berani nak bawa. Bimbang dia tak tahan penat dan sebagainya. Ni Amsyar dah boleh berjalan sendiri, so bolehlah pergi.

Sebelum pergi, macam-macam soalan yang Haziq dan Amar tanya. Tak ubah macam wartawan gayanya. Siap bercerita dengan kawan-kawan di sekolah lagi! Ada juga kawan-kawan mereka yang dah pernah pergi ke Legoland tu bagi cadangan tempat mana yang paling best nak pergi.

"Nanti kita pergi NinjaGo tau ma. Kawan Haziq cakap best tempat tu".

"Kawan Amar cakap boleh buat kereta lepas tu boleh racing kat situ ma. Amar nak pergi situlah! Nak buat kereta racing sendiri". Si Amarnya pula. Kemudian asyik menghitung hari jelah. Lepas tu update kat mama dia. "Lagi 4 hari ma, lagi 2 hari ma.." huhu..

Nampak tak betapa excitednya diorang. Tak dapat nak dibayangkan kalau tak jadi pergi. Tentu diorang kecewa kan? Mujurlah papa diorang pun belum rancang apa-apa program minggu tu. Jadi segalanya berjalan lancar.

FAMILY DAY KBBA9 YANG PERTAMA BAGI TAHUN 2018

Alhamdulillah, syukur sangat dapat menunaikan impian anak-anak ke Legoland Malaysia Resort ni bersama warga KBBA9 yang awesome. Terima kasih tak terhingga kepada Legoland Malaysia Resort dan semua team KBBA9 yang bertungkus-lumus menjayakan Family Day KBBA9 kali ni.

Semangat punya pasal, tak mau terlewat sampai dan nak badan fresh masa main, hari Jumaat lagi kami dah bertolak ke Pontian (rumah anak saudara Moha). Tidur di sana dan terus ke Legoland esok paginya. Dari Pontian ke Legoland taklah jauh sangat. Lebih kurang 40 minit berpandukan tunjuk arah dari waze. Taklah kami terkejar-kejar sangat kan.

Kemeriahan bersama KBBA9 di Legoland

Seronoknya rasa dapat berkumpul dengan semua warga KBBA9 yang datang. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas dari wakil Legoland dan sesi bergambar beramai-ramai di gerbang masuk.

Macam-macam gaya ada..


Lepas dapat pass masuk dan voucher makanan, kami berpecah masuk ke dalam taman tema Legoland. Banyak permainan yang ada di sini. Jadi sebelum mulakan perjalanan tu, ambil map dan rancang betul-betul mana nak pergi dulu. 




Aktiviti mencungkil bakat seni yang terpendam. Hehehe.. Seronok buat sama-sama sekeluarga. 



Seronok dapat belajar memandu 








Walaupun cuaca agak panas, tapi tak terasa sangat bahang kepanasan masa kat dalam Legoland tu. Ada beberapa kawasan diletakkan kipas gergasi dan ada juga kawasan berteduh yang siap dengan wap sejuk lagi bagi keselesaan pengunjung kat sini. Malah kalau tak nak main permainan luar, permainan dalam bangunan yang berhawa dingin turut disediakan. Macam NinjaGo ni.



Kat NinjaGo The Ride ni je Haziq dan Amar repeat 2 kali. Syok lawan-lawan perang guna tangan kosong je tapi dapat rasa macam real dengan imej 4D.

MAKANAN DALAM LEGOLAND MACAMANA?

Memandangkan makan luar tak boleh bawa masuk kecuali makanan bayi, jadi pihak Legoland telahpun menyediakan pelbagai tempat pilihan makanan dan minuman dan dijamin HALAL sahaja yang dijual di sini. Tinggal pilih nak makanan apa. Sate ada, burger ada, pizza ada, asam laksa ada, nasi pun ada. Eh, macam-macamlah! Semuanya seleksi pilihan terbaik dan sedap disediakan oleh Legoland kepada pengunjung. Kami pilih untuk makan nasi briyani di Market Restaurant.

Yang ni RM20 untuk hidangan kanak-kanak termasuk sekotak air Ribena. RM39 untuk hidangan dewasa (Portion ayam lebih besar dan nasi lagi banyak dengan pilihan air yang disukai). Sedap!

BELI ANNUAL PASS DAN BERPELUANG MENANG NISSAN ALMERA!

Kalau ikutkan, tak puas sebenarnya main dalam ni. Ada beberapa tempat tak pergi memandangkan masa dah suntuk. Punyalah banyak tempat permainan yang best-best...



Sampaikan Si Haziq dan Amar cakap diorang nak datang sini lagi. Nak main semua sekali yang ada kat sini. Tak puas main katanya. Hahaa.. samalah mama pun. InsyaAllah, nanti kita semua datang lagi ye.


Lepas ni kita beli annual pass. Lagi untung sebab dengan harga yang sama iaitu RM199 untuk lawatan sehari boleh upgrade jadi pass untuk setahun. Haaa.. boleh datang lagi dan lagi ke sini dalam tempoh 12 bulan tu secara percuma! Mainlah sampai puas. Lagipun ada tawaran hebat dari Legoland sekarang ni. Siapa yang beli, renew ataupun upgrade pass tahunan tu, kita berpeluang menang kereta Nissan Almera. Manalah tau ada pula rezeki menang kereta? Wah.. best tu!



KENANGAN TERINDAH
Harapan Moha semoga Family Day kali ni memberikan kenangan terindah buat anak-anak Moha ni begitu juga pada semua yang terlibat pada kali ni. Terima kasih sekali lagi Legoland dan KBBA9.


MAKLUMAT LANJUT


Untuk info yang lebih terperinci :
Facebook : 
LEGOLAND Malaysia
Instagram : 
@legolandmalaysia
Twitter: 
LEGOLAND_MY
Telefon : 07-597 8888

9 comments: