Advertisement

Impian Haziq & Amar tercapai di Legoland


Assalamualaikum..

Bila dapat tau mama join Family Day KBBA9 di LEGOLAND MALAYSIA RESORT, diorang terus melompat kegembiraan. Yelah, dari Amsyar baby lagi diorang minta dibawa ke sini. Tapi mengenangkan Amsyar kecil sangat lagi, tak berani nak bawa. Bimbang dia tak tahan penat dan sebagainya. Ni Amsyar dah boleh berjalan sendiri, so bolehlah pergi.

Sebelum pergi, macam-macam soalan yang Haziq dan Amar tanya. Tak ubah macam wartawan gayanya. Siap bercerita dengan kawan-kawan di sekolah lagi! Ada juga kawan-kawan mereka yang dah pernah pergi ke Legoland tu bagi cadangan tempat mana yang paling best nak pergi.

"Nanti kita pergi NinjaGo tau ma. Kawan Haziq cakap best tempat tu".

"Kawan Amar cakap boleh buat kereta lepas tu boleh racing kat situ ma. Amar nak pergi situlah! Nak buat kereta racing sendiri". Si Amarnya pula. Kemudian asyik menghitung hari jelah. Lepas tu update kat mama dia. "Lagi 4 hari ma, lagi 2 hari ma.." huhu..

Nampak tak betapa excitednya diorang. Tak dapat nak dibayangkan kalau tak jadi pergi. Tentu diorang kecewa kan? Mujurlah papa diorang pun belum rancang apa-apa program minggu tu. Jadi segalanya berjalan lancar.

FAMILY DAY KBBA9 YANG PERTAMA BAGI TAHUN 2018

Alhamdulillah, syukur sangat dapat menunaikan impian anak-anak ke Legoland Malaysia Resort ni bersama warga KBBA9 yang awesome. Terima kasih tak terhingga kepada Legoland Malaysia Resort dan semua team KBBA9 yang bertungkus-lumus menjayakan Family Day KBBA9 kali ni.

Semangat punya pasal, tak mau terlewat sampai dan nak badan fresh masa main, hari Jumaat lagi kami dah bertolak ke Pontian (rumah anak saudara Moha). Tidur di sana dan terus ke Legoland esok paginya. Dari Pontian ke Legoland taklah jauh sangat. Lebih kurang 40 minit berpandukan tunjuk arah dari waze. Taklah kami terkejar-kejar sangat kan.

Kemeriahan bersama KBBA9 di Legoland

Seronoknya rasa dapat berkumpul dengan semua warga KBBA9 yang datang. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas dari wakil Legoland dan sesi bergambar beramai-ramai di gerbang masuk.

Macam-macam gaya ada..


Lepas dapat pass masuk dan voucher makanan, kami berpecah masuk ke dalam taman tema Legoland. Banyak permainan yang ada di sini. Jadi sebelum mulakan perjalanan tu, ambil map dan rancang betul-betul mana nak pergi dulu. 




Aktiviti mencungkil bakat seni yang terpendam. Hehehe.. Seronok buat sama-sama sekeluarga. 



Seronok dapat belajar memandu 








Walaupun cuaca agak panas, tapi tak terasa sangat bahang kepanasan masa kat dalam Legoland tu. Ada beberapa kawasan diletakkan kipas gergasi dan ada juga kawasan berteduh yang siap dengan wap sejuk lagi bagi keselesaan pengunjung kat sini. Malah kalau tak nak main permainan luar, permainan dalam bangunan yang berhawa dingin turut disediakan. Macam NinjaGo ni.



Kat NinjaGo The Ride ni je Haziq dan Amar repeat 2 kali. Syok lawan-lawan perang guna tangan kosong je tapi dapat rasa macam real dengan imej 4D.

MAKANAN DALAM LEGOLAND MACAMANA?

Memandangkan makan luar tak boleh bawa masuk kecuali makanan bayi, jadi pihak Legoland telahpun menyediakan pelbagai tempat pilihan makanan dan minuman dan dijamin HALAL sahaja yang dijual di sini. Tinggal pilih nak makanan apa. Sate ada, burger ada, pizza ada, asam laksa ada, nasi pun ada. Eh, macam-macamlah! Semuanya seleksi pilihan terbaik dan sedap disediakan oleh Legoland kepada pengunjung. Kami pilih untuk makan nasi briyani di Market Restaurant.

Yang ni RM20 untuk hidangan kanak-kanak termasuk sekotak air Ribena. RM39 untuk hidangan dewasa (Portion ayam lebih besar dan nasi lagi banyak dengan pilihan air yang disukai). Sedap!

BELI ANNUAL PASS DAN BERPELUANG MENANG NISSAN ALMERA!

Kalau ikutkan, tak puas sebenarnya main dalam ni. Ada beberapa tempat tak pergi memandangkan masa dah suntuk. Punyalah banyak tempat permainan yang best-best...



Sampaikan Si Haziq dan Amar cakap diorang nak datang sini lagi. Nak main semua sekali yang ada kat sini. Tak puas main katanya. Hahaa.. samalah mama pun. InsyaAllah, nanti kita semua datang lagi ye.


Lepas ni kita beli annual pass. Lagi untung sebab dengan harga yang sama iaitu RM199 untuk lawatan sehari boleh upgrade jadi pass untuk setahun. Haaa.. boleh datang lagi dan lagi ke sini dalam tempoh 12 bulan tu secara percuma! Mainlah sampai puas. Lagipun ada tawaran hebat dari Legoland sekarang ni. Siapa yang beli, renew ataupun upgrade pass tahunan tu, kita berpeluang menang kereta Nissan Almera. Manalah tau ada pula rezeki menang kereta? Wah.. best tu!



KENANGAN TERINDAH
Harapan Moha semoga Family Day kali ni memberikan kenangan terindah buat anak-anak Moha ni begitu juga pada semua yang terlibat pada kali ni. Terima kasih sekali lagi Legoland dan KBBA9.


MAKLUMAT LANJUT


Untuk info yang lebih terperinci :
Facebook : 
LEGOLAND Malaysia
Instagram : 
@legolandmalaysia
Twitter: 
LEGOLAND_MY
Telefon : 07-597 8888

Post a Comment

9 Comments

  1. best kan LEGOLAND .. jom kita repeat lagi sebab lepas ni banyak lagi tarikan baharu !!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah anak anak seronok main mak ayah pon tumpang seronok sekali..moga lain hari kita dapat jumpa lagi..

    ReplyDelete
  3. Ada rezeki kia datang lagi ek.. Tak puas kalau setakat datang sehari je..

    ReplyDelete
  4. wah bestnya legoland.. ada tarikan baru tu dah buka ke?

    ReplyDelete
  5. memang betul best la tarikan terbaru ni.. tengok tu,anak-anak pun senyum lebar tu

    ReplyDelete
  6. pernah pergi 2 kali.. heheh lepas tu dah jarang kesitu

    ReplyDelete