SEMARAK RAMADHAN - IFTAR RAMADHAN RHR HOTEL @ UNITEN 2018

April 18, 2018 Mohaz Sue 6 Comments

Assalamualaikum..


Tempat kedua untuk iftar Ramadhan 2018 yang Moha nak kongsikan kali ni adalah di RHR Hotel@Uniten, Bangi.


Bertemakan "Semarak Ramadhan", pihak hotel telah menyediakan lebih kurang 21 buah gerai di Jupiter Coffee House yang mampu menampung seramai 500 hingga 700 pengunjung dalam satu masa, yang akan menyajikan pelbagai hidangan menyelerakan di samping pemandangan tasik dengan suasana yang lebih santai dengan tiupan bayu.


Terdapat lebih 200 pilihan makanan HALAL yang pastinya enak dan disediakan menggunakan resepi asli bagi memenuhi citarasa dan keperluan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di sini nanti.


Antara menu yang mendapat sambutan paling hangat tentulah kambing golek! Sate daging dan sate ayam.




Selain itu, ada juga menu unik yang istimewa iaitu Nasi Briyani Roket. Haa.. nak meroket ke mana? Hihihi.. pasti rasanya juga sangat sedap kerana penyediaannya menggunakan peralatan yang ditempah khas oleh Jupiter Coffee House sendiri. 



Gerai-gerai lain tak kurang menarik seperti gerai ikan bakar dan kerang bakar, kambing dan daging gulai kawah, kway teow dan mee goreng, gerai nasi ayam, murtabak dan "roti awang" (roti john yang menggunakan roti arang), gerai laksa buyung, mee ketam, sup aneka "gearbox", serawa durian, bubur lambuk, bubur kacang, ondeh-ondeh coklat yang digoreng panas-panas dan pelbagai lagi pencuci mulut dan kerabu yang akan membuatkan kita rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu.


Bubur Kacang, Serawa Durian, Bubur Lambuk, Pulut dan Roti


Kek ni sedap!



Wahhhh...kekacang dan maruku pun ada!!
Bagi kanak-kanak, menu untuk mereka juga tak kurang hebatnya. Ada gerai pasta, sosej, nugget, ABC, ais krim, ais krim goyang, pop corn dan gula kapas.

Punyalah banyak menu! Hinggakan Moha sendiri tak tau nak pilih mana dulu. Semua nampak sedap dan menyelerakan (ehhh, memang sedap pun!).

Ops, lupa nak cerita pasal nasi campur. Kat sini pun ada sediakan nasi campur ye. Lauk-pauknya pun boleh tahan juga menggoda selera. Bayangkan tengah-tengah lapar tu, nampak gulai telur itik, udang sambal petai, ikan jenahak, sayur campur, esh.. banyak lagilah! 






Pastu tengah haus tu nampak pulak aneka jenis air dalam balang yang berpeluh-peluh wap ais tu.. pergh!! 

Nampaknya wajib pergi lagi seisi keluarga berbuka puasa di sana lagi. Harga pun sangatlah berbaloi-baloi!

BIAR BETUL HARGA MACAM NI!

Dengan semua menu yang menyelerakan dan suasana tempat yang mengasyikkan, macam tak percaya tau dengan harga yang ditawarkan. 

Bagi dewasa hanya RM69.00 seorang dan RM35.00 bagi kanak-kanak. Bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas pula 30% potongan akan diberikan sepanjang bulan puasa ni. 

Jadi apa lagi? Rancanglah satu hari untuk bawa keluarga tercinta dan ibu bapa berbuka puasa di sini nanti ye! Nak datang setiap hari pun boleh je! Manalah tau kot-kot ada menu yang tak sempat makan ke, bolehlah ulang lagi. 

Kalau nak buat tempahan awal, hubungi nombor ni, 603-8922 2088 sambungan 8036/8013 atau boleh juga hantarkan e-mail kepada dahlia@rhrhotel.com.

Nak pergi terus pun boleh.. ni alamat penuhnya:

Km 7, 
Kampus Putrajaya Universiti Tenaga Nasional, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 Kajang, Selangor Darul Ehsan.


You Might Also Like

6 comments:

  1. dulu selalu g training kat sini.. makanan memang sedap..

    ReplyDelete
  2. Pergghh.... Harga berpatutan sangat. Kambing golek tu comel tergolek atas meja tu. Hehee

    ReplyDelete
  3. murah juga ye dalam rm69 gitu... lau dkt dh pergi dah

    ReplyDelete
  4. jatuh cinta dengan semua menu yang ada...harga pun berbaloi

    ReplyDelete
  5. Berpatutan jugak harga bufet dia, boleh masuk dlm list pilihan tempat berbuka ni.

    ReplyDelete
  6. sedap makanan dia. murah pulak tu compare dengan tempat lain. mmng akan kesini lagi untuk berbuka nanti.

    ReplyDelete