Advertisement

Buat dan Tukar Kad Pengenalan di JPN Putrajaya



Assalamualaikum.

Ramai betul orang nak buat kad pengenalan (KP) rupanya ye. Itu termasuklah anak yang cukup umur 12 tahun dan nak buat Kad Pengenalan buat pertama kali, yang nak tukar alamat, yang kad pengenalan rosak dan sebagainyalah. Moha terpaksa pergi juga sebab nak buat KP Haziq dan nak tukar KP Moha sendiri - cip rosak.

Pagi sebelum keluar tu, suami dah tanya nak buat KP kat mana? Kalau diikutkan, JPN terdekat di Jalan Reko. Tapi orang kata kat Putrajaya boleh siap dalam 1 hari. Jadi, kami buat keputusan ke JPN Putrajaya teruslah. 

Sampai-sampai je terus naik aras 2. Tapi dimaklumkan kena perbaharui sijil kelahiran Haziq dulu di aras 3 sebab Haziq kan lahir tahun 2005. Sijil lahir dia jenis yang  lama. 

Siap isi borang ni, barulah diberi nombor giliran

Nak tukar sijil ni je dah ramai menunggu giliran. Kaunter yang buka cuma 3. Huhu.. ni baru 1 bahagian. 

Akhirnya tiba giliran Haziq. Rupanya Sijil kelahiran baru ni ada penambahan 3 perkara iaitu : 

1. Nama Penuh
2. Keturunan
3. Agama

Sijil kelahiran baru akan dicetak terus (kena tunggu nama dipanggil baru dapat sijil tu) dan bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk pertukaran ni ye. 

Siap yang ni, turun balik aras 2 dan ambil no giliran. Haaa.. yang ni memang "bercinta" nak tunggu. 

200 lebih tu.. huhu.. ramai betul! Masing-masing merengek perut dah lapar, Amsyar pun dah meragam. Nak keluar cari makan takut terlepas nombor giliran pulak. Jadi kami makan di cafe yang ada di aras bawah ni. Kitorang siap makan, naik balik masih lagi belum sampai nombor giliran. Aduhai.. mengamuk lagi si Amsyar ni. Ajak main di playground kat aras 2 ni pun dia taknak. Dah penatlah tu. 

Playground di Aras 2

Mujur ada bilik penyusuan disediakan. Lepak situ sekejap menyusukan Amsyar. Tak lama, dia terlena. Tapi sekejap je. Elok nak keluar, dia terjaga. Aduuuuu... drama lagi! Penat pujuk, akhirnya dia tertidur. Aman sekejap. 😅

Sampai giliran Moha, terus buat Haziq punya dulu.  Kena bayar RM10. Tapi tak sempat siap harini katanya sebab ini permohonan baru. Melainkan untuk pertukaran KP lama, boleh siap dalam 2 jam. Jadi kami ambil keputusan ambil esok je. Yang penting siap segala urusan harini. Moha punya KP pun kena caj RM10 juga. 

Tempat ambil gambar
Siap ambil gambar, terus dapat KP sementara. Kena simpan ni. Kang tak pasal-pasal jadi PATI pulak! Ngeee..tak nak!







Post a Comment

2 Comments

  1. huda pun buat kad pengenalan baru untuk diri sendiri sebab cip rosak. bila cip rosak byk benda tak boleh nk proses termasuk bukak akaun bank.

    ReplyDelete
  2. Macam macam kemudahan rupanya ada dekat JPN Putrajaya. Serba lengkap.

    ReplyDelete