Advertisement

SELAMAT JALAN CHAMPION ~ ACARA MELEPASKAN ANAK PENYU DI PANTAI CHERATING


Sekembalinya kami ke resort, terus menuju ke pantai. Di sana nanti akan diadakan acara melepaskan anak-anak penyu ke lautan luas. 



Sebelum acara bermula sedikit penerangan diberikan. Anak penyu yang akan kami lepaskan ni baru berusia 3 hari. Peluang untuk mereka selamat sangat tipis. 


Berkemungkinan anak penyu menjadi mangsa kepada hidupan laut yang lain atau pemangsa lain seperti burung helang.


Sekiranya anak penyu yang dilepaskan itu berjaya survive sehingga dewasa, ia pasti akan pulang ke pantai ini semula untuk bertelur.

Inilah CHAMPION. Moga dia selamat membesar dan kembali ke sini semula nanti

Bagaimana nak tahu telur yang dikeluarkan itu penyu jantan atau betina dengan melihat di mana lokasi ibu penyu bertelur. Jika bertelur di kasawan lapang, maka kesemua anak penyu adalah penyu betina. Manakala jika bertelur di bawah pokok, kesemua anak penyu adalah penyu jantan.


Bye CHAMP!!


Post a Comment

2 Comments

  1. seronoknye aktiviti camni.. comel je anak penyu tu.. ade gak pengalaman angkat dan pegang penyu tapi yang besarr.. berat sungguh hihihi http://sinarcintaku.blogspot.my/search?q=penyu&submit=search

    ReplyDelete
  2. Hehehe anak anak paling suka melepaskan anak penyu.. sibuk duk tanya nanti dia pegi mana nak berenang camne org ramai..kalau mati camne..boleh ke berenang ke laut tak penat ke .. hahaha..

    ReplyDelete