Advertisement

MANGROVE TOURS ~ HAFIZ'S CHERATING ACTIVITIES

HUTAN PAYA BAKAU SUNGAI CHERATING, PAHANG



Sekali lagi, kami menjejakkan kaki di Hafiz's Cherating Activities. Siap memakai jaket keselamatan, kami diberi taklimat mengenai Hutan Paya Bakau.

Masa belajar dulu adalah juga belajar tentang Hutan Paya Bakau dan kepentingannya terhadap ekosistem alam semulajadi. Tapi dah lama ni, terlupa dah. Huhu..


Kali ni dapat informasi secara langsung dari  Encik Hafiz, pengkaji dan pengusaha yang giat memulih dan memelihara hutan paya bakau di sini memandangkan beliau juga pengkaji serangga unik kelip-kelip.


Usaha beliau itu boleh dilihat dengan kebersihan dan ketenangan di sungai itu sendiri. Bersih tanpa sampah. Ini penting kerana jika habitat terganggu, maka sukarlah haiwan liar dan kelip-kelip kekal di sini.


Sepanjang perjalanan menyusuri sungai, Moha hampir terlena. Manakan tidak? Angin yang menyapu muka terasa nyaman dengan pemandangan yang cantik dan suasana yang damai. Macam terapi minda pula rasanya. Relax dan santai.


Sesekali kami berhenti di kawasan tertentu melihat hidupan liar yang kelihatan di pokok bakau. Antaranya biawak, kelawar, kera, dan ular belang kuning. Lupa dah Moha nama-nama gelaran haiwan ni. Padahal abang yang bawa bot tu dah terangkan pun.


Sebelum balik, bergambar kenangan bersama Encik Hafiz


Lepas ni kemana pula? Kita balik resort lah. Nak lepaskan baby penyu! Weeee..tak sabarnya...korang nak tengok? Meh tengok sini.





Post a Comment

5 Comments

  1. Bestnya lihat keindahan alam semulajadi, tenang je.

    ReplyDelete
  2. seronoknye dapat taklimat pasal kayu bakar ni.. pastu dapat nikmati pemandangan cantikk

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat naik bit aritu kan.. dapat menghirup udara segar sambil menikmati alam semulajadi nan indah di Sungai Cherating

    ReplyDelete
  4. Semua aktiviti yang disediakan memang sangat-sangat mengujakan

    ReplyDelete
  5. Cantiknya. Tengok alam semulajdi memang tenang saja. Bila lah dpt pergi cherating nih

    ReplyDelete