Advertisement

Pertama kali cipta sejarah


Assalamualaikum....

Korang masa sekolah dulu ada tak subjek yang paling susah nak skor? Moha paling tak ngam dengan subjek Sejarah. Entah kenapa memang susah betul nak hadam subjek ni. Beriya menghafal pun tetap tak ingat.

Cikgu Sejarah Moha ni lelaki. Kitorang memang takut la dengan dia tu. Nampak je kelibat dia, masing-masing senyap tak berani berdetik sikit pun. Tapi walaupun garang, dia sporting. Luar kelas, rancak jugalah bersembang dengan kami ni.

Memandangkan Moha ni paling comel (tak cukup tinggi), jadi tempat Moha memang barisan depan sekalilah. Betul-betul depan papan hitam. Rasa-rasa boleh ke nak berangan seminit dua? Huhuhu...

Cikgu Sejarah ni lain sikit cara dia. Sebelum keputusan kuiz, ujian atau peperiksaan diketahui, kami dikehendaki tanya diri sendiri. Jika kami rasa kami boleh dapat A, tak perlu buat apa-apa. Tapi kalau awal-awal dah rasa tak lulus tu, silalah buat denda sebelum disuruh.

Dendanya, salin semula semua yang ada di buku teks ikut mukasurat tertentu yang dia tetapkan. Siapa yang dah buat awal-awal, tak kena berdiri di tapak perhimpunan yang kat depan kelas ni. Siapa yang tak buat dan keputusan memang teruk, siaplah... tanggunglah malu nanti.

Moha ni memang dah komfiden sangat yang diri tu tak mampu nak skor A. Jadi untuk soalan kuiz pada hari tu, balik rumah je terus Moha buat denda: menyalin semula semua yang cikgu suruh tu sampai siap. Fuhh.. lenguh jari menulis. 10 mukasurat tu! Bagusnya, sambil-sambil salin tu, ada jugalah isi-isi tu masuk kat kepala. Ooo, macamni caranya nak study Sejarah ni. Baru tau..patutlah cikgu suruh buat macamni.

Keesokkannya, berdebar-debar oi hati ni tunggu kertas jawapan. Lebih-lebih lagi bila cikgu cakap cuma dua orang je yang dapat A.

Sebelum kertas jawapan diedarkan, cikgu suruh berdiri depan kelas siapa yang belum buat denda. Adalah dalam 10 orang yang berdiri. Fuh, nasib baik Moha dah siap buat semalam. Kalau tak, Moha pun kena join sekali. Huwaaa.. makin laju jantung berdegup.

"Yang meniru ada tak? Kalau ada, sila berdiri. Jujur ye. Cikgu tau siapa yang meniru" Hampir separuh kelas berdiri..pergh, nasib baik Moha tak meniru. Lega sekejap.

"Yang berdiri ni tengok kawan yang duduk. Kalau korang tau yang duduk ni ada meniru, bagitau cikgu. Kalau takde, semua sekali terus turun pergi tapak perhimpunan!" 

Tinggal 10 orang dalam kelas. Cikgu pandang je muka kami yang tinggal ni. Langsung takde senyuman kat muka dia. Garang betul. Tak berani nak pandang.

"2 orang yang dapat A ni, tahniah. Cikgu takkan  bagitau siapa orangnya. Jangan kali ni je dapat A. Yang lain teruskan usaha. Faham?"

"Faham cikgu!" Cikgu pun serahkan kertas kami masing-masing.

Hampir gugur jantung Moha tengok keputusan. 100%? Biar betul? Ni betul-betul sejarah ni. Memang tak percaya tengok keputusan tu. Hahaha...aduh, penat je buat denda semalam. (Nampak tak perangai tak molek kat situ? Sila jangan tiru).

Itulah pertama kali seumur hidup dapat 100% dalam subjek yang tak berapa nak minat. Memang harini dalam sejarah betullah. Senyum simpul sampai waktu balik kot..hahaha.. bangga weh. Kembang hidung!

Post a Comment

4 Comments

  1. Ai pun tak minat subjek sejarah. Tapi kalau buku dan cerita sejarah ai suka sangat.

    ReplyDelete
  2. Tapi mmg betul cara ni kak Moha. Sejarah nak belajar mmg kena salin balik. Dulu dpt A sebab cikgu suruh kaedah ni..

    ReplyDelete
  3. Minat sejarah tapi tak ngam dengan otak sangat. Hahahahaa

    ReplyDelete
  4. suka subjek sejarah.. cikgu sejarah garang. sekali dia maki..pedih..pakej skali dengan suka ketuk kepala student

    ReplyDelete