Kek 3D?



Alhamdulillah... Dapat tempahan kek ala2 3D. Pertama kali ni. Persoalannya reti ke nak buat?

Temanya Upin Ipin...siri kartun kegemaran katanya. Samalah dengan hero-hero kecik kat rumah ni. Walaupun dah banyak kali ulang siaran cerita tu, diorang tetap nak tengok juga. Mungkin sebab jalan cerita dan watak yang bersahaja tu yang menarik minat orang menonton agaknya.

Puas jugalah fikir nak deko macamana kek tu. Bila dah draft serba sikit nak buat camne, mulalah sedia semua bahan...deko kek cuba sedaya supaya tak sarat..
Kek asasnya Moha buat kek coklat lembab seberat 3kg. Lepas dah bentukkan barulah Moha dekokan. Bahagian yang paling sukar tu adalah bahagian nak dekolah..huhu..gigil tangan..haha

Ini jelah yang mampu disiapkan dengan kemahiran yang tak sesempurna mana.

Comments

  1. Pandainyaa kak mohaz buat kek . Cantik kak, fiza ni takde seni nak buat kek, tahu makan je.hikhik

    ReplyDelete
  2. nampak sedap! pandai kak moha buat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah