Tambah Susu Badan dengan Shatavari Himalaya (Asparagus Racemosus)

Gambar dari google 

Shatavari adalah tumbuhan herba dengan duri lurus dan mencapai ketinggian hingga  1-2 meter. Ini adalah ramuan herba yang manis dan pahit. 


Mengeluarkan bunga yang beraroma dan berwarna putih. 


Akarnya berbentuk seperti lobak dan berkelompok seperti ubi. 


Daunnya seperti jarum dan berbuah dalam bentuk beri kecil yang bijinya berwarna ungu kehitaman.


Shatavari atau nama saintifiknya Shathavery (Asparagus Racemosus) dari keluarga Liliaceae, juga dikenal sebagai Asparagus Liar, telah digunakan dalam perubatan Ayurveda sebagai rawatan yang khusus untuk masalah kesihatan dalaman wanita.  Shatavari dianggap herba yang paling bermanfaat bagi wanita kerana ia membantu dalam menyeimbangkan sistem produktif hormon wanita.


Produk Shatavari dari Himalaya adalah produk ekstrak ramuan herba tulen yang HALAL dan memberikan tumpuan terhadap kesuburan wanita tanpa kesan sampingan. Ia juga menjadikan sistem imun wanita menjadi kuat dan juga memberikan kesan penyejukan.


Setiap kapsul mempunyai Shatavari dan banyak lagi herba yang tidak memberikan kesan sampingan yang menyebabkan kemudaratan sama sekali.

Antara manfaat dari penggunaan Shatavari; 
  • Melegakan ketidakselesaan sebelum atau selepas haid. 
  • Menyembuhkan gejala menopaus dan melegakan simptom itu pada wanita. 
  • Meningkatkan kesuburan rahim dan ovum wanita. 
  • Membolehkan wanita mempunyai kelahiran anak normal. 
  • Meningkatkan kesuburan sistem pembiakan wanita .
  • Meningkatkan pengeluaran susu badan ibu menyusu. 
  • Menyembuhkan pedih ulu hati.
  • Menyembuhkan jangkitan gastrik. 
  • Mengeluarkan toksin daripada air kencing.
Disarankan mengambil satu atau dua kali sehari. 


Kenapa Ambil Shatavari? 

Menyusukan anak sepenuhnya lebih-lebih lagi jika anak tidak mahu susu formula dan kurang selera makan,  merupakan satu cabaran yang paling besar buat Si Ibu apabila penghasilan susu mula berkurangan.

Penjagaan amalan pemakanan dan pengambilan suplimen yang sesuai pastinya memerlukan perhatian yang teliti.

Mungkin rezeki menyusu Amsyar tidak semurah abang-abangnya dulu. Dulu Moha terpaksa pam susu disebabkan susu terlalu banyak sampai Moha kena "bengkak susu".

Tapi bila tiba giliran Amsyar,  pengeluaran susu dah tak sebanyak dulu.  Disebabkan dia kurang nak makan dan tak nak susu formula, dan susu Moha sendiri tidak mencukupi buatnya, jadi Amsyar sering merengek kelaparan.  Tidur pun tak lena.
                 
Bermacam jenis petua, cara dan suplimen Moha cuba untuk menambah pengeluaran susu badan. Ada yang serasi dan berjaya tapi tak dapat diteruskan atas sebab tertentu,  ada juga yang langsung tak jadi apa-apa.  Tapi itu tak bermakna Moha nak mengalah dan berputus asa.  Demi anak,  akan diusahakan apa cara pun sehingga berjaya. Sebab itu kali ni Moha ikhtiarkan dengan Shatavari pula. 

Seminggu pertama dah mula menampakkan hasil.  Susu lebih pekat dan banyak dari biasa. Malah kesihatan terasa lebih baik, lebih bertenaga dan emosi lebih terkawal.  Takdelah rasa stress sangat bila terlalu letih dengan tugasan seharian.  Amsyar pun makin ceria.  


Mana taknya,  dulu siap kena paksa berhenti menyusu sebab mama dia dah sakit.  Sekarang tak payah nak suruh.  Dia sendiri berhenti menyusu dan tersenyum kekenyangan. Datang mood baik dia, dapatlah mama ni ciuman di pipi.  Huhu.. Bahagia rasa.. 

Jadi,  bagi yang ada masalah macam Moha ni, bolehlah cuba produk Shatavari dari Himalaya ni. Kawan-kawan Moha yang dah cuba pun beri feedback positif juga.  Boleh baca di sini; 

  1. Susu Ibu Kurang Tip Penyusuan Kepada Ibu-Ibu Baru
  2. Shatavari Himalaya .. Tingkat Pengeluaran Susu Ibu
  3. Shatavari Himalaya untuk tambah susu badan dengan selamat
Produk Shatavari ni boleh didapati di butik Himalaya atau farmasi terpilih dengan harga RM54 sebotol. Kalau nak tau lebih lagi info tentang produk ni, boleh layari facebook mereka;

https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

Comments

  1. memang disarankan utk mommy yang nak tingkatkan pengeluaran susu cuba Shatavari ni .. istiqamah .. insha allah

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik produk ni, nak jadikan milk booster jugaklah untuk susukan baby nanti.

    ReplyDelete
  3. Oh menarik ni.. boleh rekemen kat kakak ipar. dia pun tengah menyusukan anak. katanya haritu susu dah kurang.. tq for sharing kak

    ReplyDelete
  4. Nampak banyak khasiat juga produk ni ya..thanks moha sharing about this..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas info yang sangat bermanfaat ini. Boleh disarankan kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan

    ReplyDelete
  6. Rasa pernah amik masa nak try conceive sbb menyuburkan rahim .

    ReplyDelete
  7. Selain utk menyusukan boleh menjaga kesihatan dalaman wanita. TQ share kak Moha

    ReplyDelete
  8. kalau pregnen boleh makan stavari ini ke ?

    ReplyDelete
  9. Produckt himalaya semua best2 dari kecantikan hingga kesihatan

    ReplyDelete
  10. memang terbaik la produk ni,selain susu,kulit pun rasa lebih mudah hilang parut.

    ReplyDelete
  11. Eh nak cuba jg lah sbb boleh untuk pedih ulu hati dan gastrik

    ReplyDelete
  12. Kak Nina pun baru cuba ambik Shatavari ni..
    So. Far dah nampak kesan positif. Berkesan!

    ReplyDelete
  13. Syok Shatavari ni... lin amik pun anak nampak puas menyusu

    ReplyDelete
  14. anak seronok dapat minum susu ibu dengan banyak..berhenti bila dah kenyang.

    ReplyDelete
  15. Bagus penerangan pengalaman moha dalam herba shatavari...julia consume kapikkachu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Resepi Ikan Bakar Paling Senang