Haziq Gemuruh Ke?

Kesian Haziq. Harini sepatutnya dia tenang jawab periksa matematik. Tapi disebabkan dia terlalu gemuruh, rupa-rupanya beri kesan pada diri dia. 

Semalam balik sekolah, dia terus ulangkaji Matematik. Makan tengahari agak lewat dalam pukul 3 lebih. Itupun makan sebab kena suruh. Katanya kenyang lagi sebab dah makan nasi lemak di sekolah. 

Bila tiba waktu makan malam, dia tak nak makan. Puas disuruh tapi dia tetap tak nak. Ingatkan dia masih kenyang. Jadi biar jelah. Pukul 9 malam dia tidur. Penat sangat ke? Hmm.. biar lah..

Masa dia tidur tulah papa mama dia menelek buku latihan matematik yang dia buat tu. Terkedu jugalah tengok soalan-soalan dalam tu. Boleh tahan jugalah susah dia tu. Aduhai.. kecut perut terus! Susah nak lena mengenangkan susahnya soalan tu. Entah apa-apa je kan? Hahaha..betul kata orang..anak yang nak periksa, mak yang neves.. tak sangka pulak termasuk dalam kategori ni. Huhuhu..

Pukul 4 pagi, masa ni baru nak terlayang. Belum sempat nak mimpi tiba-tiba suami kejut bagitau Haziq pergi turun bawah. Terpaksa jugalah turun cek keadaan Haziq. Rupa-rupanya dia sakit perut.

Ingatkan cuma setakat itu je. Selang berapa minit, dia muntah pula. Allah.. kenapa pula ni. Jadi Moha bantulah bagi apa yang patut sebagai ikhtiar sembuhkan dia. Tapi makin hari nak siang, makin kerap pula dia ke tandas. Macamana ni? Takkan tak pergi sekolah? UPSR macamana? Tapi Haziq ni cekal betullah. Dalam pada keadaan macamtu, dia tetap bersiap juga nak ke sekolah. 

Moha dah susah hati. Alaa... boleh ke nak jawab periksa dengan keadaan macamtu? Macam-macam pesan pada dia..semoga dipermudahkanlah..

Lepas Haziq pergi sekolah perasaan masih kacau-bilau. Akhirnya suami ajak pergi ke sekolah untuk maklumkan hal Haziq pada guru yang bertugas. Selesai semua urusan dan balik. Tinggal Haziq dengan cikgu yang akan pantau dia. Jika perlu mungkin dia akan dikuarantinkan di bilik khas dan jawab periksa di sana.  Alahai.. bertabahlah nak. Mama doakan semuanya berjalan lancar. Haziq tak perlu takut. Mama tak kisah pun Haziq dapat apa. Lagipun Haziq dah usaha. 


Comments

  1. mungkin dia gemuruh tu kak moha, kadang gemuruh tu memang buatkan semua benda tak kena. sakit perut sampai boleh cirit birit. semoga haziq baik2 sahaja dan boleh jawab UPSR dengan baik. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Terus bagi semangat. Bagus Haziq rajin Dan kuat berusaha. Terbaik Haziq!

    ReplyDelete
  3. Moga Haziq berjaya dengan keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah