JUS ASAM KUNYIT MADU DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum.

Apa khabar? Nak tau cerita? Masa Moha kecil dulu dalam umur 10 ke 11 tahun macamtulah, arwah mak dah ajar sediakan bahan-bahan untuk merawat kakak-kakak Moha yang dalam pantang lepas bersalin (Moha ada 4 orang kakak, 2 daripadanyalah yang Moha jaga).

Antaranya, sediakan batu panas untuk bertungku. Gigihlah mengangkat batu sungai yang arwah bak dah cari tu letak atas tungku dapur gas dan panaskan. Dah panas tu, angkat dan balut pulak dengan sejenis daun (tak ingat nama daun tu), lepas tu balut dengan kain. Dah siap tu susun elok je atur kat tepi katil. Jadi bila-bila masa nak guna tinggal ambil je. 

Kemudian, rebus air akar kayu (ubat periuk), rebus air serom untuk mandi, tumbuk rencah untuk ikan bakar dan sambal untuk makan dengan nasi (ibu kunyit, halia bara, garam dan lada hitam), dan sediakan pati jus kunyit (tumbuk dan tapis). Tangan memang warna kuning kunyit jelah. Tapi tak kisah sebab ada baby kan? Seronok betul jadi baby sitter. Balik sekolah je tak peduli lain dah.. mesti menghadap baby dulu. 

Itu kisah masa kecil. Jadi pembantu "bidan" kita wak.. hihihi.. tapi bila giliran sendiri pula berpantang anak kedua dan ketiga, banyak antara amalan yang arwah mak ajar tu tak dapat nak praktikkan dah. Siapa nak buat? Suami yang jaga. Jadi mana yang dia mampu buat tu, dia buatlah. Jus kunyit? Dari anak pertama Moha tak amalkan sangat. Sebab baby ada penyakit kuning awal kelahiran, jadi segala pengambilan jamu dan yang berwarna kuning dielakkan. 

Alhamdulillah, penyakit kuning ketiga-tiga anak Moha tak lebih dari seminggu dan bacaan pun tak tinggi. Sepatutnya dah boleh amalkan jamu-jamu ni. Tapi sebab ambil ringan je kan? Konon moden sangatlah. Jadi takdelah amalkan. 

Bila dah mula nak masuk umur 40-an ni, mulalah rasa sengal sana-sini. Sakit kepala, kaki dan pinggang mengalahkan warga emas dah. Ada ketika terpaksa ambil ubat tahan sakit. Barulah terfikir nak jaga pemakanan dan buat amalan berpantang bersalin semula. 

Sesekali tu buat sendiri air serom, makan sambal kunyit lada hitam, minum pati ibu kunyit. Part pati ibu kunyit ni yang selalu tak pass. Tak terdaya nak menelan. Haha..lagi rela makan kunyit dari kena minum pati kunyit yang pekat tu. Aduhai.. Rugi betul tenaga menumbuk kunyit. Huhuhu

Mujurlah sekarang ni dah ada cara yang lebih mudah tapi super sedap. Rasa masam-masam manis dan segar.  Boleh diminum secara sejuk atau suam dengan sukatan 1/2 gelas (-/+60ml) pada waktu pagi sebelum sarapan atau malam. 


Permulaan minum jus ni Moha terlajak dah minum sebotol. Tu dia penangan jus sedap.. yang tak sedap tu satu sudu pun susah nak telan kan? Tapi bila yang sedap tu, suruh minum sikit, saja dia bedal terus sebotol! Mujur takde side effect cirit-birit ke apa. Fuhhh lega.. tapi kalau dek minum sebotol terus tu tiba-tiba esoknya jadi muda setahun, memang pulun habis terus berbotol-botol la jawabnya.. hahaha.. dasar tamak!

Selain rasanya yang sedap tu, kesan yang Moha rasa lepas minum jus ni memang tak disangka-sangka. Banyak betul buang angin. Ringan je badan lepas tu. Masalah kaki yang selalu kebas tiba-tiba tu pun dah takde. Alhamdulillah.. emosi pun lebih terkawal walaupun dah penat dengan rutin harian.

Ada kawan Moha cerita, sebelum ni 2-3 bulan sekali baru datang haid. Badan selalu sakit-sakit katanya. Kesian dia. Tapi lepas minum JAKM ni, kitaran haid dia dah mula teratur. Badan pun dah rasa lebih segar dan bertenaga. Haa.. kena selalu amalkan JAKM nampaknya ni..

Moha ada bagi jiran-jiran rasa juga. Ada seorang tu penghidap asma. Katanya asma dia disebabkan angin dalam badan. Lepas minum sebotol tu dia rasa kurang mengah dan lebih lapang dada nak bernafas. Alhamdulillah..



πŸ’›JUS ASAM KUNYIT MADU (JAKM)πŸ’›

Jus asam kunyit madu dibuat dan dimasak dari bahan asli dan persediaan secara tradisional oleh foundernya. Tiada campuran bahan pengawet sama sekali. 

BAHAN UTAMA JAKM

JAKM homemade ini mengandungi ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda dan gula melaka. Setiap ramuan ni mengandungi manfaat yang tersendiri. 

Ibu Kunyit dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria dan antioksida. 

Halia pula sinonim dengan keupayaannya mengeluarkan angin dalam badan. 

Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga, menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan. 

Saffron bagus untuk penjagaan dan kecantikkan kulit. 

Habbatussauda dipercayai mampu menstabilkan gula dalam darah, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 

Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, meningkatkan kesuburan suami isteri dan juga sebagai manisan pengganti gula. 

Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan penyakit asma.

πŸ‘KHASIAT JAKMπŸ‘

Antara khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM);
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu Rawat Masalah Kulit
  • Membantu Proses Pencerahan Kulit Secara Alami
  • Membantu Naikkan Aura Seri Wajah
  • Membantu Rawat Haid Tidak Teratur & Darah Kotor
  • Membantu menstabilkan kolesterol dalam darah
  • Membantu Buang Angin Dalam Badan
  • Merawat Ibu-ibu dalam Pantang / Lepas Bersalin
  • Membantu Melambatkan proses penuaan (awetmuda)
  • Membantu Rawat Luka Jahitan Lepas Brsalin
  • Membantu Rawat Masalah2 Rahim/Peranakan
  • Membantu Rawat Masalah Bau Badan
  • Membantu Atasi Masalah Keletihan
  • Membantu kurangkan masalah gastrik
  • Membantu Atasi Migrain / Kerap Sakit Kepala
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Meningkatkan kesuburan suami isteri
  • Mencegah batuk / selsema / asma
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan lemak dalam badan

Anak dara, wanita bersalin dan lelaki digalakkan minum jus asam kunyit madu ni untuk kesihatan yang lebih baik.


Sebotol JAKM ni beratnya lebih kurang 360ml. Dijual dengan harga RM12 sebotol. Tapi baik beli lebih. Sebab sebotol tu tak cukup punyalah! InsyaAllah boleh dapat diskaun kalau beli lebih. Buat stok kat rumah. Nanti bolehlah bagi ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran tetangga merasa. Benda elok apa salahnya? Kann? Dah sedia nak rasa? Macamana nak beli? Haa.. boleh terjah media sosial JAKM ni;



Comments

  1. memang sedap JAKM ni, nak repeat order lagi!

    mood lepas minum JAKM ni pun elok, tak der stress2 sgt, kadang badan letih pun boleh jadi stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. lega kan dapat kurangkan stress. Hidup lebih bahagia dan ceria jadinya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. teringin nak rasa... ramai dah cuba JAKM ni kan..geram je tengok testimoni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat2 rasa Miera. Memang sedap yg amat

      Delete
  3. Best kan.. Eyqa pun tengah kumpul order sekarang. Nak order sebab best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Order banyak tak rugi Eyqa.. boleh simpan dalam peti ais. Tahan lama jus ni. Syok minum sejuk2.

      Delete
  4. Memang sedap kan Moha....kakdy rasa xcukup nak minum 60 ml je ..kawan2 semua kata sedap dan kuar angin2

    ReplyDelete
  5. Nanti nak cuba minum jugak semasa berpantang.

    ReplyDelete
  6. Sama laa, sedap punya pasal skali minum rasa nak perabih terus sebotol hehehe

    ReplyDelete
  7. Dah consume baru tahu keajaiban JAKM ni..rugi tak try !!

    ReplyDelete
  8. Wah, mudahnya. Kita masih buat homemade lagi

    ReplyDelete
  9. Oh lupa nak bagi tau. Kita follower awak ke 23 yer. Jom follow kita juga
    http://kuazue.blogspot.my

    ReplyDelete
  10. Ohh dah bnyk kali nampak produk ni, belum try lagi .. saya mmg ada masalah angin dalam badan. Selalunya tu saya akan ke pusat bekam je dua tiga bulan sekali.

    Nampak banyak khasiat ni. In Sha Allah, nak cubalah.

    ReplyDelete
  11. qaseh baru dpt semalam , sedap !

    ReplyDelete
  12. Kak nina pun dah start JAKM. Tak sangka sedap!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah

Resepi Ikan Bakar Paling Senang