Banner

Friday, 14 July 2017

Rindu

Assalamualaikum.....

Belek-belek gambar dalam telefon. Sedang memilih mana yang perlu dibuang sebab "storage" dah mula nak penuh. Ni yang "boring" kalau ram kecil ni. Cepat sangat penuhnya. Sesekali dalam hati tu mengeluh juga.. cemburu bila tengok orang lain punya gajet yang lebih canggih dan lebih mahal.. Astaghfirullahaladzim... Ya Allah... ada masa, hambamu ni kurang bersyukur dengan rezeki yang kau dah berikan.. dugaan tu ada je di mana-mana... kuatkanlah hati ni.. bersyukurlah selalu Moha... insyaAllah ada rezeki lain nanti... 

Tengah pilih-pilih tu terpampanglah gambar kek-kek yang Moha pernah buat beberapa tahun lepas. Rindunya nak baking dan menghias kek. Walaupun hasil seni Moha tak seberapa, tapi seni begini yang menjadi salah satu minat Moha dari kecil lagi. Memang teringin sangat nak buat kek yang cantik-cantik macam pakar tu.. tapi apakan daya... tangan keras lagi..hihihi



Ini kek pertama yang Moha buat menggunakan resepi sendiri. Kek Red Velvet Rossel yang menggunakan bunga Rossel sebagai warna asasnya. Kebetulan masa tu memang ada tanam bunga Rossel. Bunganya banyak. Saja nak buat eksperimen dengan Rossel ni selain jadikan stok pati kordial je kan.. macamanalah rasanya kalau buat kek pulak.. ternyata hasilnya sangat memuaskan citarasa Moha ni.. orang lain tak taulah macamana.. orang dalam rumah ni memang bukan penggemar kek. Jadi tak yahlah tanya... kalau buat sebiji kek 6 inci tu belum tentu boleh habis haritu juga.. kadang-kadang bagi sepotong pun tak habis.. orang dah tak minat kan? Buatlah cantik camne pun.. tetap takkan tergoda punya..huhu


Kek yang ni pulak, gigih Moha google gambar "hello kitty" ni tau..lepas tu cuba pulak design kat laptop dulu.. hantar design kat customer.. dia setuju barulah "apply" pada kek tu.. susahnya.. berejam nk buat "buttercream transfer" ni.. dahlah dalam tu ada 7 lapis kek pelangi.. krim keju yang lembut.. nak bagi dia kukuh tu mencabar jugalah... sudahnya Moha cucuk 5 batang "chopstik" barulah dia stabil. Gitulah kalau namanya amatur...huhu


Setiap kek yang Moha buat ada ceritanya tersendiri. Yang lucu, sedih, yang tak jadi pun ada.. hahaha.... bila tak jadi tu rasa macam nak duduk dalam gua je.. bertapa! Kihkihkih... mood memang ke dasar laut lah. Tapi tak pernah lepaskan kek yang tak jadi tu pada pelanggan. Kesian diorang.. tak jadi tu silap sendiri kan? Biar bersengkang mata dan perut berlagu keroncong, siapkan juga dekorasi kek macam yang pelanggan minta. 


Kek ni ekspress rakyat... order pukul 2 petang nak ambil pukul 6 petang hari yang sama. Coklat moist pulak tu.. huhu.. sebenarnya tak nak ambil tempahan "last minute" camni... tapi dia beriya nak juga.. untuk ibu dia katanya. Dia baru teringat haritu hari lahir ibu dia. Dia dah pergi tempat lain semuanya tolak.. alahai... tak sampai hati... terpaksalah jadi Charlie Chaplin Moha haritu. Cepat-cepat bancuh dan bakar kek dan dekorasi yang seadaanya. Mujur dia tak cerewet bab hiasan. Tapi Moha yang sakit mata... apa punya dekorasi la camni... grrr... baru ingat nak deko balik dia dah datang. Teruja dia tengok kek yang comot tu dan bawa pulang. Aduuuu sekali lagi mood ke laut nan dalam.. risau dia dan mak dia tak suka pun ye.. susah hati jadinya... Mujurlah malam tu dia telefon. Berterima kasih... Katanya mak dia suka kek tu.. alhamdulillah.. barulah lega rasa hati. Tapi tiap kali tengok gambar kek ni, hmmmm... tak puasnya rasa hati


Dalam pada Moha tak puas hati dengan dekorasi kek tu, ada pula yang minat rupanya. Pelanggan baru ni nak tempah kek bertunang dengan dekorasi yang lebih kurang sama macam kek tu... uikss... dah orang minta macamtu, kita buat jelah kan? Maka terhasillah sebegitu rupa.. 


Entah bila dapat buat kek macamni lagi.. kena tunggu Amsyar besar la jawabnya. Sekarang ni jangankan nak deko kek, nak deko rumah pun tak aman... huhuhu... bertabahlah Moha....





No comments:

Post a Comment

Family Day KBBA9 2017 Di LEGEND Cherating, Pahang

Alhamdulillah...hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba..semangat betul Haziq dan Amar. Pagi-pagi dah bangun dan bersiap. Nak mandi kolam ka...