Advertisement

ADAB KAT MANA?

Assalamualaikum.....

3 hari lepas kami ke Semenyih. Tujuannya nak cari basikal atau kereta mainan untuk Amsyar. 

Pergi pun dah pukul 6 petang. Hari Ahad pulak tu. Tak sangka banyak kedai dah tutup. Uishhh... awalnya.. musykil aiii..huhu.. dorang pergi beraya ni...

Meronda keliling Semenyih cari kedai yang buka. Akhirnya jumpa satu kedai depan The Store. Masa tu ada seorang lelaki melayu dengan 2 orang anak perempuannya dalam lingkungan umur 5 dan 1 tahun lebih rasanya kat kedai tu. Si kecil tengah duduk atas kereta mainan manakala si ayah melayan yang kakak nya tengah pilih basikal. Cara dia layan anak-anak dia, Moha bagi 5 bintang. Memang baik je layanan dia kat anak-anak dia. Suka tengok. 

Masa Moha nak masuk kedai tu, laluan agak sempit. Tambahan pula anak dia yang kecil tu tengah main kereta di laluan tu. Jadi kami ni cubalah menyelit lalu sehabis baik supaya tak terlanggar si kecil tu. 

Dapat je masuk, kami mula memilih. Amsyar pun kemain teruja memilih sama. Terus duduk atas kereta yang dia pilih. Kereta Amsyar naik tu berdepan dengan kereta si kecil tadi. Tiba-tiba, sedang kami berbincang nak pilih yang mana satu, datang lelaki tadi dari belakang dengan suara garau dan nada yang cukup keras, "Tepi sikit". 

Terkejut tapi terus beralih. Dia terus ambil anak dia dan angkat sekali kereta mainan yang anak dia duduk tu. Nyaris....nyaris sikit je lagi nak kena kepala Amsyar.. tercengang-cengang muka si Amsyar masa tu. Panas dah rasa muka mama dia ni.. tadi dahla takde adab mintak lalu.. angkat kereta macamtu sikit lagi nak kena kepala anak orang tu.. sikit pun tak cakap tumpang lalu ke apa.. paling tidak bagitaula.."kak, saya nak angkat kereta ni...alihkan anak kak jap".. kompom ku alihkan anak dlu. Takut sangat orang ambik kereta anak dia.. huh! Menyirap... 

Tak lama suami ajak balik. Tak beli pun walau harganya berbaloi. Sakit hati punya pasal.. huhu.. takpelah cari kat tempat lain pula. Tokey kedai tu pun macam nak tak nak je layan kami. Ok takpelah... duit kami tak laku kat situ.

Dalam kereta kami luahkan rasa sesal dan sakit hati tentang sikap lelaki tadi. Susah sangat ke nak berbudi bahasa? Selain ayat "Tepi sikit" tak boleh ke cakap "Tumpang lalu" Susah ke nak cakap "Maaf ye nak angkat barang jap"

Mungkin jatuh emas dalam mulut kalau cakap elok-elok kot... lain kali simpan emas dalam bank bang.. selamat. Huh...

Akhirnya semalam alhamdulillah Amsyar dapat kereta mainannya. Papanya belikan di Kajang. Kualiti yang lebih baik dari kedai haritu. 




Post a Comment

0 Comments