Seminggu Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah seminggu kita puasa. Ramai yang dah buat persiapan raya ye? Moha apa pun belum lagi. Baju raya, kuih raya tak beli lagi...Langsir pun belum tukar.. bila nak buat entah..huhu.. "M" sangat ni....

Cantik langsir camni..tapi bukan Moha punya...pinjam gambar google..hihi

Moha tahun ni tak menjahit baju raya seisi keluarga macam tahun lepas. Tahun ni baju beli jelah... perancangannya nak jahit sarung sofa. Sofa yang dah 13 tahun umurnya tu dah teruk sangat rupa luarannya. Sayang nak ganti baru sebab struktur dalamnya masih kukuh lagi.

Ingatkan mudah.... rupanya boleh tahan juga susah... huhu.. harap-harap berjayalah hendaknya. 

Cabaran juga nak menjahit dengan Amsyar yang aktif ni. Tengah nak menggunting kain, dia duduk atas kain yang nak digunting... tengah nak menjahit, dia panjat duduk atas riba. Kalau setakat duduk tu takpe lagi. Ini siap jadi pomen pulak. Dipusing-pusingnya segala tombol yang ada di mesin jahit tu... tak menang tangan nak kawal situasi.. mana nak jaga kain, mana nak jaga mesin...nak jaga dia lagi supaya tak jatuh..eshh..ni yang kadang-kadang boleh bertukar jadi tarzan ni...huhuhu...

Sempat ke siap sarung sofa ni? Entahlah....harap-harap siaplah... nanti nak ganti langsir lagi.. takde langsir baru pun..langsir lama je. Tukar ganti gitu jelah...jangan membazir...pakai je apa yang ada selagi boleh pakai... asalkan suasana raya tu ada, kira ok dah....

Kuih raya pun tak pasti lagi nak buat ke tak buat tahun ni. Bedasarkan pengalaman sebelum-sebelum ni, kuih raya kurang dapat sambutan. Sudahnya sendiri buat, sendiri makan sampai habis...huhuhu...kenyang makan kuih raya jelah ek...hahaha

Sepanjang puasa ni alhamdulillah Haziq dan Amar dapat bertahan lagi. Ke sebab cuti sekolah? Kalau sekolah mesti penat kan? Dengan cuaca terik ni... Allah... Moha nak keluar rumah pun tak sanggup.. apatah lagi diorang ni yang nak duduk dalam kelas yang panas tu.. mana yang dapat duduk bawah kipas tu legalah.. yang jauh sikit dari kipas tu? Hmmm....mengipas sendirila jawabnya... 

Yang paling kesian, Amar lah... sebab dia sekolah 2 sessi.. harap-harap dapat lah dia bertahan. Setakat ni alhamdulillah.....dua-dua puasa penuh. Kadang-kadang Si Amar dan Haziq acah-acah terlupa tengah puasa..nak buat-buat terminum bagai..konon-konon nanti mama dia terkejut la.....eleh... kalau terkejut pun tu sebenarnya mama buat-buat jugak... ingat korang je terer? Mama dulu makan garam tau...Heheheh...


Comments

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah