Advertisement

Aku Manusia Biasa

Assalamualaikum.....

Berberapa hari ni blog terbiar tanpa sentuhan.. tuannya sibuk mengalahkan menteri.. hmmmm.. sebenarnya emosi tak berapa stabil kebelakangan ni..perubahan hormon barangkali...

Sekuat mana pun kita, adakalanya tewas juga.. melihat orang lain berjaya, gembira dan ceria, sedikit sebanyak terasa cemburu juga... tak mampu juga nak berfikiran positif sentiasa..

Semangat makin merundum mengenangkan blog yang sebegini rupa... hajat hati nak naikkan taraf lagi blog ni agar setanding blogger hebat yang lain, bagaikan tersekat memandangkan syaratnya perlu atasi beberapa halangan yang agak mustahil untuk diatasi buat masa ni... makanya ku pujuk lagi hati... sabarlah...akan sampai masanya nanti..insyaAllah...tapi hati ni degil. Dia tak mendengar kata...maka hiba je lah rasa...

Puas dah rasa menelaah, membaca dan bersungguh cuba belajar memahami ajaran dari catatan beberapa org blogger yang berkongsi cara..tapi masih kabur dan kurang faham, akhirnya tak jadi apa... ku tenung lagi blog sepi ni....mungkin hanya kau dan aku setia di sini...

Malam ni hati rasa sayu... terasa diri terpinggir... sedih rasanya bila mengenangkan tak layak berada dalam golongan yang hebat2 belaka. Perasaan sendiri? Lebih baik perasan sendiri sebelum ditegur bukan?

Siapa tak mahu dikenali sebagai yang terbaik? Siapa tak mahu ramai kenalan? Siapa tak mahu berjaya? Aku cuma manusia biasa...ada hati dan keinginan juga... tak mampu nak pujuk hati sentiasa..betul..rezeki itu dariNYA...tp kitakan perlu usaha juga....cuma caranya aku belum jumpa...

Ya Allah...ampunkanlah dosa2 ku... KAU permudahkanlah cara...sesungguhnya hanya KAUlah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang... tempat aku memohon.... berikanlah aku kebaikan di dunia dan di akhirat..jauhkanlah aku dari seksa api neraka..aamiin....

Post a Comment

0 Comments