Banner

Saturday, 18 March 2017

Kenapa Aku Pilih TYAZARA

Assalamualaikum.....



Kenapa Aku Pilih TYAZARA?

Sebenarnya Moha rasa teringin sangat nak cuba produk Tyazara tu. Sebabnya sejak melahirkan Amsyar, rambut banyak sangat yang gugur. Kelemumur pun banyak...gatal-gatal jadinya kulit kepala. Tu belum masuk part hujung rambut bercabang lagi tu...Allah...Takutnya...rosak rambut Moha jadinya..

Kebetulan pula masa family day kelab tempohari ada terdengar Ben Ashaari order  untuk isterinya. Lepas tu rakan2 blog pun ada puji2 juga syampu ni bagus...isk...makin membara perasaan nak mencuba ni...Moha pun cari lagi  maklumat kat telegram.me/shampoosoya dan buka www.tyazara.com

Punyalah banyak info dan testimoni dalam tu...kalau masuklah soalan exam pasal rambut gugur ni, komfem boleh jawab punyalah....ececeh..kompiden!!

Bagus tau penerangan yang Puan Ezza (founder Tyazara) berikan dalam tu. Setiap soalan dijawab dengan jelas
dan padat. Mudah nak faham.

Apapun, Moha kongsikan sedikit info tentang Shampoo Rawat Rambut Gugur ni ye...


Apa itu Tyazara?

Tyzara adalah  Shampoo RAWAT RAMBUT GUGUR. Dimana bahan utamanya adalah Protien Soya & Ginseng yang mengikut Gred & berkualiti tinggi yang digunakan didalamnya.

Bagaimana Cara Merawat Rambut Gugur?

Rambut kita memerlukan Vitamin & Protien yg tinggi. Di mana ianya ada di dalam SHAMPOO SOYA & SERUM BUNGA TYZARA.

Sekurang-kurangnya cuci kulit kepala sekali sehari supaya kulit kepala bersih dari berminyak dan berbau dan gunakan TYZARA HAIR SERUM yang memainkan peranan utk membantu kuatkan lagi akar rambut dan memberi vitamin serta kesuburan rambut.

Pemakanan pun kena jaga juga. Kurangkan pengambilan makanan yang ditambah dengan MSG. Air jangan lupa..banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Perubahan hormon, tekanan, penggunaan bahan kimia dan sering bertukar-tukar jenis produk penjagaan rambut turut menyumbang kepada masalah keguguran rambut ni tau...jaga-jaga... banyak lagi punca sebenarnya...



Kelebihan

Antara kelebihan Shampoo KHUSUS RAWAT Rambut Gugur jenama Tyzara adalah Membantu Mengawal Rambut Gugur. Kesan seawal 1 malam dan paling cepat selepas mandi (bergantung pada individu juga ni)

Shampoo berbau wangi menjadikan rambut kita kekal wangi seharian walaupun bertudung. Kelemumur pun mati tau. Bila kelemumur dah takde, kulit kepala bebas minyak dan bersih, senanglah anak rambut baru nak tumbuh dan cepat panjang (bergantung pada individu).

Disamping itu shampoo dan serum ini juga merawat kerosakan rambut, melembutkan rambut dan yangpenting boleh diguna untuk seisi keluarga yang mana selamat digunakan oleh kanak-kanak juga. Untung kan..

3 comments:

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...