Kepah, Kangkong & Saleri Tumis Belacan

Assalamualaikum.....

Harini dah Ahad... last day for school holiday!!!! Maknanya esok bermula sesi sibuk yang lain pulak...kalau masa cuti sekolah ni, asyik ke dapur jelah....tak sempat kadang2 nak snap gambar menu...baru nak snap tgk dah kena sambar...hmmm...takpelah...janji masing2 kenyang sudah.

Haritu ada beli kepah di Zee Mart. Mulanya rancang nak masak sambal je. Tapi terpandang pulak kangkong dan batang saleri...akhirnya terus gabung semua dlm sambal tumis yang sama...hasilnya? Alhamdulillah..sedap juga..hihihi...

Ok, ni cara Moha masak menu ni...simple, fast cooking style....




Kepah, Kangkong & Saleri Tumis Belacan

Bahan:

1/2 kg kepah-cuci bersih
1 pelepah batang saleri - potong serong nipis
1 ikat kangkong - potong biasa
Sebiji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1 inci belacan bakar*
2 sudu besar ikan bilis-bersihkan*
Garam dan tumix secukupnya.

Cara-cara:
1. Tumbuk kasar bahan bertanda*.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan sayuran, gaul sebati dengan sambal hingga setengah masak.
4. Masukkan kepah, garam dan tumix. Gaulkan sebati semua. Tutup kuali dengan penutupnya sehingga nampak kepah terbuka. Tutup api. Siap.

Senang je kan? Nanti bolehla cuba...Moha kena masak menu yang cepat2 camni sebab masak sambil dukung Amsyar. Jadi tak boleh masak menu yang renyah dan ambil masa yang panjang...

Oklah..selamat mencuba😉


Comments

  1. Kepah masak macam ini boleh terus dijadikan lauk dan menu sayur dalam makanan kan...good idea...satu lauk semua ada nutrien seimbang...dappp ye kepah

    ReplyDelete
  2. Wah sedap nie, boleh cuba nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. uhuii...sedap ni..lama xjumpa kepah ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah