Ayam Panggang Berkaremel




Assalamualaikum.....

Dah siap masak ke? Moha masak ayam goreng karamel harini...bersama dengan sup sayur campur dan sambal belacan. 

Resepi ayam goreng karamel ni asalnya dari perkongsian dari Kak Laila (D'laila Mi Udang). 

Tak sia2 mama cuba....ayam goreng masak cara ni memang sedap...Anak-anak pun suka. Mamanya apa lagi...mestilah berganda suka sebab senang sangat2 nak menyediakannya tu..

InsyaAllah lain kali boleh buat lagi...ok, Moha kongsikan resepinya kat sini pulak...memanjangkan pahala berkongsi ilmu Kak Laila..mudah-mudahan semakin bertambah rezeki Kak Laila..terima kasih kak atas perkongsian resepinya...😊

Ayam Goreng Karamel

Bahan-bahan: (ok, ini sukatan dan cara masak  Moha sendiri ye...pandai-pandaila ejas ikut selera masing2)

1/2 ekor ayam
1 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
*kisar halus semua

1 btg Kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
5 biji Cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai- diketuk
1 sd kecil garam
1 sudu besar kicap pekat
Air secukupnya

Cara-caranya:

3 sudu gula pasir - letak dalam kuali dgn api kecil..bila dah cair dan perang warnanya, masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, serai, kicap pekat, garam dan air
...besarkan api..biar mendidih...tutup api..kemudian masukkan ayam.

Rendam 5 minit. Angkat ayam dan tos kering. Kemudian bolehlah digoreng...kuah td tu jgn buang pulak....bancuh 1 sudu besar tepung jagung masukkan dalam kuah dan masak hingga agak pekat...boleh jadikan sos...

Senang kan? Silalah cuba...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Resepi Ikan Bakar Paling Senang