Banner

Friday, 22 July 2016

Ceaser di Hospital Kajang??

Assalamualaikum...
Sekejap aje masa berlalu...sedar-sedar Amsyar dah 7 bulan. Siapa Amsyar? Ni la budak yg tak nak keluar tu..huhu..selepas balik dari hospital putrajaya, kontraksi semakin kuat. 
Tapi sebab masih boleh tahan, maka ku tahankan jela..hinggalah tengah malam Jumaat (13/12/2015) tu (overdue dah ni) dah mula rasa tak senang duduk. Ok dah rasa sakit macam masa Amar dulu..tak boleh nak tidur, tak boleh nak berjalan...cuma duduk menyendeng di sofa. Masa tu baru pukul 1 pagi. Nak kejutkan suami, tak sampai hati. Tahan ajela..lagipun kontraksi selang 15 minit. Ada masa lagi..hihi...

Pukul 3 pagi suami terjaga dan perasan kita ni tak tidur. 'Dah sakit ke?' Mampu angguk kepala saja...suami pun kejutkan anak2 dan terus pimpin ke kereta...selesai kunci pintu semua terus pecut ke Hospital Kajang. Dalam perjalanan kontraksi semakin kerap. Tapi tak tunjuk depan suami bagi dia fokus memandu.
Sampai di hospital, terus tuju wad bersalin. Masuk ke dalam, jururawat yang bertugas di kaunter bertanya: "Puan datang sebab apa?" Kalau orang yang tak faham, mungkin sedikit bengang dengan soalan macamtu. Lagi nak tanya ke? Tak nampak ke dah sakit ni? Huhu..tapi tu tugas dia. Dia perlu tanya untuk memudahkan urusan. Jadi jawab jelah..dah sakit..dah keluar tanda...masa ni berdiri pun xkuat dah. Jururawat tu bagi satu alat untuk ujian urine. Tapi bila dia tengok dah menggigil, dia terus suruh masuk satu bilik kecil untuk ujian CTG. Masa ni kaki dah mula terkejang-kejang bila kontraksi. Cuma belum rasa nak meneran dan bukaan baru 3sm. Bacaan graf CTG bayi tak cantik. Tiap kali kontraksi degupan jantung bayi drop. Akhirnya doktor terpaksa cadangkan ceaser sebab bayi dah lemas katanya ataupun bahasa kedoktoran, "fetal distress". 
Pasrah. Memang dah tak boleh nak tahan lagi. Lagi tahan lagi bahaya pada bayi. Walaupun dah diterangkan segala risiko yang mungkin berlaku, saya tak peduli...anak lebih penting. Jadi dengan sedikit tenaga yang masih ada, menggigil tangan menahan sakit sambil menandatangani surat kebenaran. Rupanya di luar suami masih berdebat dengan doktor untuk benarkan saya  bersalin secara normal. Tapi sebab saya dah bagi izin untuk ceaser, dia terpaksa terima dengan hati yang sangat berat. Mana taknya, seumur hidup saya, inilah kali pertama nak kena bedah. Tentulah dia risau...Huhuhu...takut oooo....sewaktu katil saya disorong laju ke bilik bedah, suami dan anak2 kejar dari belakang. Sempat saya bersalam dengan mereka. Nampak kerisauan di wajah mereka..semoga saya tak apa2...
Saya terpaksa dibius penuh memandangkan bius separuh tak berkesan. Kontraksi masih terasa walaupun sesudah bius separuh badan. 3 kali selepas sedut nafas dalam-dalam, saya terus tak sedar dan tak rasa apa-apa. Tau-tau dah dikejutkan oleh staff nurse yang bertugas. Soalan pertama yang keluar dari mulut masa tu, "baby ok ke?"
Alhamdulillah..segalanya selamat..semua yang bertugas di sana sangat baik layanan mereka. Walaupun agak kalut dan cemas pagi tu, tapi semuanya dapat diatasi..alhamdulillah...jadi kalau orang tanya saya macamana bersalin di Hospital Kajang? Saya akan jawab semuanya baik2. Dari layanan, penjagaan dan kemesraan, saya sangat berpuas hati.


2 comments:

  1. Saya anak forsep .. saya lahir cara forsep .. huhu .. ngeri gak tu.

    Blog House Husband - Kerja Dari Rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ngeri...syukur selamat HH...forsep la yg plg saya xnak..sbb anak bks cikgu sy kepalanya putus masa forsep😨

      Delete

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...