Posts

Showing posts from 2016

Ceaser di Hospital Kajang??

Image
Assalamualaikum... Sekejap aje masa berlalu...sedar-sedar Amsyar dah 7 bulan. Siapa Amsyar? Ni la budak yg tak nak keluar tu..huhu..selepas balik dari hospital putrajaya, kontraksi semakin kuat.  Tapi sebab masih boleh tahan, maka ku tahankan jela..hinggalah tengah malam Jumaat (13/12/2015) tu (overdue dah ni) dah mula rasa tak senang duduk. Ok dah rasa sakit macam masa Amar dulu..tak boleh nak tidur, tak boleh nak berjalan...cuma duduk menyendeng di sofa. Masa tu baru pukul 1 pagi. Nak kejutkan suami, tak sampai hati. Tahan ajela..lagipun kontraksi selang 15 minit. Ada masa lagi..hihi...
Pukul 3 pagi suami terjaga dan perasan kita ni tak tidur. 'Dah sakit ke?' Mampu angguk kepala saja...suami pun kejutkan anak2 dan terus pimpin ke kereta...selesai kunci pintu semua terus pecut ke Hospital Kajang. Dalam perjalanan kontraksi semakin kerap. Tapi tak tunjuk depan suami bagi dia fokus memandu. Sampai di hospital, terus tuju wad bersalin. Masuk ke dalam, jururawat yang bertugas di…