Advertisement

Projek Bisnes Raya 2026

 


Sebelum Amsyar lahir, kami pernah meniaga di bulan puasa jual bahulu, kerepek dan biskut raya. Siap sewa kedai di Pekan Beranang bagi memudahkan urusan kerja. Lepas tu Moha berhenti sekajap sebab nak tumpukan perhatian pada anak-anak. 

Tapi sebab dah minat, bila Amsyar dah besar ni Moha teringin nak mulakan balik perniagaan ni. Jadi Moha pilih buat popia simpul kasih ni je dulu sebab lebih mudah nak dibuat dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Kulit popia  beli di pasaraya. Itupun guna servis food panda je. Serunding ikan bilis pun Moha beli di Tik Tok Shop. Termasuklah perkakas lain yang diperlukan untuk produk ni seperti balang, bubble wrap, kotak, stiker dan sebagainya. Jadi Moha tak perlu nak bersusah-payah keluar rumah cari bahan-bahan ni semua.

Lagi satu sebab popia simpul kasih ni boleh dimakan pada bila-bila masa. Bukan hanya waktu perayaan sahaja. Lepas raya pun orang masih mencari untuk dijadikan kudapan.

Berniaga ni seronok sebenarnya. Lebih seronok bila ada yang membeli. Itu dah semestinyalah. Tapi yang paling buat semangat berkonar-kobar tu bila pelanggan bagi ulasan produk kita bagus.

Awal-awal dulu risau juga tiada sambutan. Tapi Alhamdulillah, yakin dengan rezeki yang Allah nak bagi. Usaha dan tawakal, insyaAllah segalanya dipermudahkan.

Post a Comment

0 Comments