Advertisement

Hani Homestay Seksyen 7 Shah Alam Cantik Gila!

 Assalamualaikum…..

Hujung minggu lepas Moha dan famili ke rumah terbuka geng blogger Moha iaitu Kak Dila di Puchong. Dah alang-alang nak ke Puchong tu, Moha ajaklah anak-anak saudara Moha yang ada di Shah Alam menginap 2 hari 1 malam di Hani Homestay yang terletak di Seksyen 7.



Apa yang menariknya rumah ni? Haa.. meh nak cerita. Homestay ni dekat sangat dengan UITM Shah Alam, UNISEL, Masjid Kristal, AEON Mall, ICITY, Jakel, Hospital dan Pusat Bandar Shah Alam. Memang sesuai sangat menginap kat sini jika ada apa-apa urusan di Shah Alam. Terutama bila ada ahli keluarga yang graduate di UITM atau UNISEL nanti.

Rumah ni rumah 2 tingkat dan ada 4 bilik yang dilengkapi dengan perabot dan penghawa dingin. Luasnya rumah ni boleh muat seramai 15 ke 20 orang termasuk kanak-kanak. Sampai je kami di rumah ni, dah terasa sejuk sebab ada sebuah kolam peribadi intex di halaman rumah. Kolamnya bersih dan airnya jernih menunjukkan ownernya sentiasa jaga kebersihan dan service kolam mereka. Takdelah kulit kita gatal-gatal lepas mandi di kolam ni nanti.


Sebaik sahaja pintu utama dibuka, MasyaAllah.. terpukau kami dibuatnya. Cantik sungguh dekorasi rumah. Betul ke
homestay ni? Apasal cantik sangat? Korang tengok jelah gambar yang Moha letak ni. Cantik kan? Lengkap semua tau.




Musim panas ni jangan risaulah kalau menginap kat sini. Aircond dan kipas berfungsi dengan baik kat sini ye. Langsung tak terasa panas. Sebab tulah kami tak kemana-mana dah lepas masuk rumah ni. Betul-betul meluangkan masa bersama seisi keluarga.

Once kita dah check-in, owner akan bagi kita password wifi. Jadi jangan risaulah handphone takde coverage ke apa boleh guna wifi yang dah disediakan. Salah seorang anak saudara Moha merupakan pelajar di UITM Shah Alam. Dengan adanya wifi ni memang memudahkan sangatlah dia nak buat assignment dia.

Bahan mentah dari rumah.

Antara menu yang dimasak untuk makan malam dan sarapan pagi. Mcd tu order online..

Kami memang dah rancang nak memasak di sini sebab malas nak keluar cari restoran dan tak sanggup hadap jalan jem. Lagipun kami dah dimaklumkan segala perkakas memasak seperti microwave, oven, rice cooker, dapur gas dan pinggan-mangkuk ada disediakan di sini. Cuma perlu bawa bahan mentah sahaja. Peti ais pun ada bagi memudahkan kita menyimpan stok bahan mentah kita. Tapi kalau tak bawa bahan mentah atau tak mahu masak pun tak apa. Boleh je order online nanti mereka hantar sampai depan pintu. Masa sampai je rumah ni Moha dah order McD untuk diorang sementara nak tunggu makan malam. Tak lama pun tunggu.. sekejap je dah sampai.



Tengok dapur yang luas dan cantik ni memang kesukaan Moha la. Semangat rasa nak memasak. Sesekali masak di dapur orang ni seronok juga. Yang penting jangan lupa kemas bersih lepas memasak ye. Sabun basuh pinggan, kain lap, penyapu dan vacuum juga disediakan bagi memudahkan kita membersihkan semula ruang dapur selepas memasak.

Yang paling best kat dapur ni ada mesin penapis air (air panas, suam dan sejuk). Senang nak bancuh air dan minum air sejuk. Maklumlah dengan cuaca panas sekarang ni asyik nak minum jelah. Ada mesin penapis air ni mudah kerja tak perlu nak masak air dah.

Ada 3 bilik yang boleh digunakan di tingkat atas. Bilik utama mempunyai katil bersaiz queen, almari, meja solek, kipas, aircond, dan juga bilik mandi yang lengkap dengan tandas dan water heater. Bilik kedua dilengkapi dengan katil bersaiz queen, almari, meja solek, kipas dan aircond. Bilik kedua ni bersebelahan dengan bilik utama dan tiada tandas. Bilik ketiga pula disediakan katil bersaiz queen, almari, meja solek, kipas, aircond, dan juga bilik mandi yang lengkap dengan tandas dan water heater.


Sementara bilik keempat pula terletak di tingkat bawah iaitu di bahagian dapur yang dilengkapi dengan katil bersaiz queen, almari, meja solek, kipas dan juga aircond. Bilik mandi di bahagian dapur juga luas dan dilengkapi dengan tandas dan juga water heater.

Oh, ya! Mesin basuh beserta sabun juga disediakan kalau nak mendobi ye. Jadi balik rumah tak perlu nak mendobi lagi pakaian kotor kita. Best kan?


Rumah cantik dan lengkap macamni berapa pulak sewanya? Bagi Moha sewanya tersangat berbaloi untuk seisi keluarga yang seramai 15-20 orang tu. Mesti korang nak tahukan? Ok, sewanya RM600 untuk semalam, Rm1100 untuk 2 malam dan RM1500 untuk 3 malam. Korang cuma perlu bayar booking sebanyak RM200 dan baki RM400 (1 Malam) / RM900 (2 malam) / RM1300 (3 malam) beserta RM200 (security deposit) perlu dibuat dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh menginap. Security deposit akan dipulangkan semula dalam tempoh 24 jam selepas checkout. Masa untuk check-in adalah pada pukul 2.00pm dan check-out pada pukul 12.00pm.

Korang boleh hubungi team Hani Homestay Seksyen 7 untuk keterangan lebih lanjut atau jika ingin membuat tempahan di nombor 019-216 2077.

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100091446535112&mibextid=LQQJ4d

Telegram : https://t.me/homestayshahalamintexpool

Post a Comment

3 Comments

  1. lawa sangat homestay ni, macam rumah sendiri pun ada. risau plak nak stay homestay macam ni, lawa sangat!

    ReplyDelete
  2. Cantik dan luas sangat homestay ni

    ReplyDelete
  3. Puas hati homestay macam ni. Besar dan cantik

    ReplyDelete