Advertisement

Bila Kerap Sangat Sakit Kepala Disebabkan Rabun, Teruslah Buat Cermin Mata Baru di OPTOM Bangi

Assalamualaikum…..

Kali terakhir kitorang suami isteri buat pemeriksaan mata adalah 2 tahun lepas di OPTOM Eyecare Bangi. Masa tu memang dah ada rabun jauh dan dekat sikit. Oleh kerana tak terlalu menjejaskan aktiviti seharian Moha, masih lagi boleh membaca, mengait dan sebagainya, takdelah Moha buat cermin mata baru. Suami Moha sorang jelah yang buat cermin mata. Suami Moha pula sejak dah pakai cermin mata dari OPTOM, takde dah merungut tak nampak jelas apa semua. Settle la part dia.

Yang Moha ni kononnya nak guna cermin mata yang dah ada tu jelah. Dok perasan diri tu muda lagi agaknya. Rupanya semakin bertambah usia, semakin teruk pula rabun Moha. Semakin kerap pula sakit kepala. Bila nak focus melihat tu memang rasa tak selesa sangat mata Moha ni. Mata jadi penat, kepala terasa sakit.. sudahnya banyak projek kait yang terbengkalai.

Power cermin mata lama dah tak jelas macam mula-mula dulu. Pakai cermin mata pun macam tak pakai je rasanya. Tambah sakit kepala dibuatnya.

Akhirnya Moha ajak suami ke OPTOM untuk buat pemeriksaan mata sekali lagi. Dekat sini kan boleh buat pemeriksaan mata secara menyeluruh. Jadi dapatlah kesan sekali samada sakit kepala Moha ni memang disebabkan oleh masalah rabun atau ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, katarak dan sebagainya. Suami pun boleh buat pemeriksaan lagi sekali juga memandangkan dia ada buat cermin mata kat sini dulu.

Sampai di OPTOM, macam biasa kami disambut mesra oleh staffnya. Terlebih dahulu kondisi cermin mata suami diperiksa dan diservis. Alhamdulillah keadaan cermin mata masih baik cuma perlu tukar sepasang nose pad sahaja sebab dah berlumut. Perkhidmatan ini percuma bagi pelanggan yang buat cermin mata di sini ye.

Dah tukar nose pad baru

Sebelum tukar nose pad

Nose pad lama

Lepas tu kami jalani pemeriksaan mata semula. Optometrist akan rujuk rekod lama jika kita pernah jalani pemeriksaan kat sini. Nak tengok ada perubahan atau ada sebarang petanda penyakit lainnya.

Mesin Scanner 3D

Kalau sebelum ni ada 4 buah mesin yang digunakan di dalam bilik pemeriksaan mata, sekarang dah bertambah satu lagi mesin iaitu mesin 3D scanner. Mesin ni berfungi untuk mendapatkan cermin mata ideal yang menepati kehendak pelanggan. Caranya adalah :

  • mengukur rupa bentuk pada muka pelanggan, antaranya seperti mendapatkan ukuran tepat diantara dua anak mata, jarak telinga, ketinggian sudut pada hidung dan lain-lain.
  • memastikan setiap sudut pada bingkai yang hendak ditempah, menepati rupa bentuk muka pelanggan. Misalnya ujuran panjang tangkai pada bingkai kacamata mestilah mengambil kira jarak telinga, panjang ukuran jembatan pada bingkai Mestilah mengambil kira jarak diantara dua anak mata dan lain-lain.
  • memberi peluang kepada pelanggan memilih bentuk, warna dan melakukan modifikasi pada kedudukan bingkai kacamata secara virtual sepuas-puasnya sebelum kacamata siap ditempah.


Beralih ke mesin kedua iaitu Slit Lamp untuk melihat kecembungan kanta, skala ruang antara kornea dengan iris dibahagian hadapan. Jika ruang antaranya sempit, ada kebarangkalian saraf tersumbat atau glaukoma. 


Kemudian beralih ke mesin terakhir bagi mengambil gambar menggunakan DSLR yang memantulkan cahaya ke dalam mata untuk melihat rupabentuk di bahagian belakang retina. Tujuannya untuk mengesan sekiranya terdapat bengkak di kawasan tersebut yang menyebabkan penglihatan seseorang itu jelas di sekelilingnya tetapi kabur di bahagian tengah sahaja. Jika ada masalah tersebut, optometrist akan memberikan surat rujukan untuk mendapatkan rawatan di Ophthalmology. 

Antara kes yang OPTOM uruskan biasanya kes-kes yang melibatkan juling, mata kering, mechanism otot yang tak melibatkan penyakit dan mempertingkat prestasi penglihatan yang bagus dan sebagainya.

Antara alat yang digunakan Optometrist 

Normallah bila umur dah mencecah ke 40-an, memang tak dapat nak elakkan dari rabun. Hanya insan terpilih je yang lambat rabun. Jadi janganlah rasa down pula. Rabun tu bukan sebab kita tak pandai jaga mata ke apa. Tapi sebab dah bertambah usia. Takpe, lepas dah dapat cermin mata baru nanti, terang baliklah mata tu. InsyaAllah…

Hasil keputusan pemeriksaan mata Moha, seperti dijangka memang dah makin teruk rabunnya. Jadi Moha pun buatlah cermin mata multifocal - untuk rabun dekat dan jauh. Lepas ni tak boleh pakai ikut suka hati lagi dah. Rasa nak pakai, pakai, tak nak pakai, buka.. eh, tak boleh dah ye! Nanti tambah rosak mata. 

Bagi maklumat lanjut, korang boleh tengok di media sosial dan website rasmi OPTOM :

Website : www.optom.com.my

Instagram : www.instagram.com/optombangi

Facebook : www.facebook.com/optombangi

Alamat :

No. 37 Jalan Bangi 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

(Berdekatan Marrybrown)

Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am - 8.00pm)




Post a Comment

6 Comments

  1. Nose pad pun boleh tukar yer di SINI?

    ReplyDelete
  2. Suka check mata kat sini. Memang details ,servis pun mantap

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada khidmat optometrist. Tak semua kedai ada..rasa lebih yakin bila pakar yg check dan bg pandangan

    ReplyDelete
  4. Bagus la.. Nanti nak dtg sini la

    ReplyDelete
  5. Bila usia makin meningkat ni kan.. Mata makin tak berapa nak jelas . Orang kat hujung jalan pon dah tak berapa nak cam .. Huhuhu ..

    ReplyDelete