Advertisement

Seronok Sakan di Bangi Wonderland

Assalamualaikum…


Cuti sekolah dah bermula!!! Yeay!! Apasal mak pulak yang happy ni? Hahaha.. sebenarnya sebab dah ada plan nak bawak anak-anak berseronok kat Bangi Wonderland cuti sekolah ni. 

Tambah lagi dah janji dengan geng blogger lain nak spend time kat sini. Uish.. lama betul tak jumpa.. 



Ikutkan ni kali ketiga datang sini. Lepas PKP, tiap kali lalu je area ni, mesti anak-anak cakap.. “lama tak pergi sini kan ma?” Huhuhu.. oklah, jom pergi!!




Seronoknya anak-anak jangan ceritalah.. sampai je terus main air. Diorang dah jumpa air, mana nak ingat dunia.. Kena pula cuaca haritu pun elok sangat. Tak terlalu panas berselang dengan hujan. Tapi hujan turun pun tetap la diorang tak berenti main.. sakan diorang main air.. tak lepas peluang mandi hujan sekali. Selalunya kalau kat rumah, memang tak dapat mandi hujan. Tak sempat nak mandi hujan, hujan dah berhenti.. hihi.. kesian… datang sini, bukan setakat main air, kombo mandi hujan sekali. Betul-betul pulun la… memang tak rugi kitorang datang sini.. 

Seronok memang seronok, tapi dah pesan awal-awal. Nak main air, nak mandi hujan, boleh.. tapi keselamatan kena jaga juga.. balik nanti  mandi bersih-bersih semula.. yelah, tak nak lah balik bawak penyakit pula..



Walaupun makanan luar tak boleh bawa masuk,  janganlah susah hati sebab makanan kat sini pada Moha ok sangat dah.. satu set nasi berlauk ayam, telur masin dan timun beserta air = RM12 kira berbaloilah.. portion banyak memang kenyang sorang makan. Selain nasi, ada juga laksa, mee kari dan makanan ringan yang lain. Harga lebih kurang je harga kat shop online.. kira oklah.. 



Kalau nak naik rides yang tinggi dan berliku-liku atau nak main ombak kat Pirate Bay, seeloknya sewa pelampung kuning yang besar tu. Boleh muat 2 orang. Harga sewa RM20 + deposit RM10. Pulang pelampung, dapat deposit balik. 



Kalau tak sewa yang ni, boleh beli yang lain. Ada banyak pilihan juga kat sini.


Sebenarnya tak sangka juga awal cuti sekolah ni ramai yang datang sini. Walaupun ramai tapi taklah bersesak sangat. Masih ada tempat untuk duduk dan berehat. Kot rasa nak duduk kat pondok, boleh sewa cabana tu. Lebih privasi kata orang. 



Kat sini tak risau sangat pasal safety permainan semua sebab ramai life guard yang standby incase apa-apa jadi.. lagipun ada guideline ukur ketinggian dan timbang berat badan sebelum main setiap permainan..


Fasiliti semua lengkap. Yang paling penting bersih dan selamat. Mereka selalu pastikan lantai tak licin dan tong sampah sentiasa dikosongkan. 


Cuti sekolah panjang lagi ni.. korang bawaklah famili ke sini.. Bagi yang tinggal di luar kawasan Bangi, bolehlah menginap di Le’ Venue Hotel. Ambil pakej STAY & PLAY untuk 4 orang (2 hari 1 malam). Kosnya RM288 untuk hari biasa (Isnin, Selasa, Rabu & Khamis) dan RM338 untuk hari cuti (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum). Jarak hotel ke water park 5 minit je dah sampai.. 

Nak tau lagi details, atau nak buat tempahan terus boleh tengok kat website atau media sosial rasmi diorang 

Facebook : Bangi Wonderland

Selamat Bercuti!!!




Post a Comment

0 Comments