Advertisement

Aku memang handsome pun!


Dia kalau bersiap, kalah mama dia tau. Diteleknya setiap inci pantulan wajah di cermin dengan teliti. Rambut kena look smart. Nak kata ala-ala Korean look, mama tengok macam bukan je.. entah. Mama pun tak taulah fesyen apa. 

“Bajet handsome la tu! Hahaha!!” Si Amar mengejek.

“Aku memang handsome pun!” sambil tersengih dia menjawab. Pergh.. boleh tahan gak anak aku perasan. Hahahaha.. adoilaaa.. ingatkan perangai perasan handsome ni ada kat lelaki lain je. Tak sangka rupanya berjangkit pulak kat anak sendiri. Orang lelaki ni memang suka ek perasan handsome? Hihihi..


Hakikatnya anak-anak mama semuanya handsome. Eh, opkoslah handsome. Anak mama kan? Dah mamanya cantik, mestilah anak dia handsome. Hahaha.. sila masuk bakul angkat sendiri… Kalau kita tak puji diri sendiri, siapa lagi? Hehehe…

Harini genap umurnya 17 tahun. Budak yang paling suka duduk dalam perut mama dia. Dah over due pun takmo keluar gak. Sampaikan dari hospital daerah kena pindah ke hospital besar, kena paksa, barulah dia nak tengok dunia luar. Mujurlah dia nak keluar.. kalau tak, terpaksalah mama beraya kat hospital dengan arwah atok, Achik dan papa. 

Sekejap je rupanya dah 17 tahun mama jadi ibu secara rasmi. Tapi apasal mama rasa macam muda je lagi ni? Macam baru umur 20-an gitu.. hahaha.. 


Happy birthday Haziq. Mama doakan anak sulong mama ni sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan membesar menjadi seorang yang menyenangkan dan disenangi orang ramai, berjaya di dunia dan di akhirat. Terima kasih hadir dalam hidup mama. Besar dah bujang mama.. dah makin tinggi mengalahkan mama yang memang tak berapa nak tinggi ni. Huhu.. 

Teruskan jadi anak dan abang yang baik ye. Semoga segala yang terbaik buatmu.. I will always love you, no matter what happens. No matter how much time passes and no matter how many miles get between us, remember that my love for you will last forever till the end of my life.

Post a Comment

0 Comments