Advertisement

OPTOM EYECARE Klinik Optometrik dengan Kemudahan Lengkap Terbaik dan Perkhidmatan Setaraf Hotel 5 Bintang

 Assalamualaikum.....


Sekarang ni Moha perasan penglihatan Moha dah semakin kabur bila membaca dalam jarak dekat. Dulu-dulu tulisan kecil-kecil pada kotak bungkusan barang tu selamba je boleh baca. Sekarang ni jangan haraplah!


Baru-baru ni Moha adalah beli produk supliment. Sebelum nak guna produk tu Moha cubalah baca arahan yang tertulis pada kotak bungkusan tu. Aduhai... Sebiji huruf pun dah tak boleh nak cam itu huruf apa. Semua huruf jadi berlapis-lapis bertindih antara satu sama lain. Terpaksa jarakkan kotak tu jauh sikit barulah huruf-huruf tu tak berlapis. Tapi tetap struggle jugalah nak membacanya. Halus betul saiz tulisan.. huhu. Dah macam baru belajar membaca pula gayanya. Nak menghabiskan satu ayat pun ambil masa.

Terfikir juga nak buat cermin mata yang baru. Tapi asyik bertangguh sebab Moha tak suka sangat pakai cermin mata. Nanti dah buat, tak pakai pula. Masalahnya sekarang ni dah mula rasa tak selesa pulak bila penglihatan kabur ni. Risiko pun ye juga.. apa taknya, bila nak makan ikan pun sampai tak nampak tulang..... ha, kalau tercekik tak ke naya! 

Terus teringat kat OPTOM EYECARE, Klinik Optometrik dan Pakar Cermin Mata di Bangi masa teman suami buat cermin mata dia dulu. 

Bedasarkan pengalaman masatu, Moha rasa lebih yakin nak buat cermin mata kat sini sebab mereka menawarkan cermin mata yang berkualiti tinggi tapi pada harga yang berpatutan. Pemeriksaan mata juga dibuat secara menyeluruh dan layanan yang diberikan sangat profesional setaraf hotel 5 bintang. Tak macam kedai cermin mata biasa yang hanya cek power je tau.

Optom Bangi


Antara servis dan perkhidmatan yang ditawarkan kat sini termasuklah:


1. Pemeriksaan mata Kanak-kanak

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan mata seperti kerap menggosok mata, rabun, juling dan apa sahaja yang berkaitan dengan mata, bolehlah bawa mereka mendapatkan pemeriksaan mata di sini. Jika optometris mendapati masalah anak agak serius, mereka akan memberikan saranan yang terbaik bagi merawatnya.

2. Klinik Kanta Lekap

Bagi yang lebih selesa menggunakan kanta lekap, OPTOM juga akan membuat menerangkan secara terperinci tentang hal yang berkaitan pemakaian kanta lekap termasuklah pemeriksaan kesihatan mata secara menyeluruh sebelum dan semasa pemakaian kanta lekap.

3. Ujian juling dan Penglihatan Binokular

Ujian mengesan masalah juling dan penglihatan binokular yang menyebabkan sakit kepala, mata letih dan sebagainya juga boleh dijalankan di sini untuk mendapatkan nasihat rawatan yang sesuai.

4. Saringan Penyakit Mata

Saranan perubatan terbaik akan diberikan sekiranya didapati terdapat penyakit mata seperti selaput pada kanta (katarak), penyakit kencing manis dan darah tinggi selepas membuat saringan penyakit mata.


Senang cerita, kat sini kita akan rasa lebih yakin dengan keputusan pemeriksaan mata yang dijalankan sebab semua peralatan canggih yang lengkap digunakan sewaktu pemeriksaan mata dilakukan oleh Optometris yang pakar di sini. Jika hasil pemeriksaan mendapati terdapat simptom penyakit yang dikesan melalui pemeriksaan tersebut, Optometris akan merujuk kes kita ke pusat rawatan yang berkaitan. Terbaik kan?


Korang boleh dapatkan maklumat lanjut kat website atau media sosial OPTOM yang Moha tulis kat bawah ni ye.

Website : www.optom.com.my

Instagram : www.instagram.com/optombangi

Facebook : www.facebook.com/optombangi

Whatsaap : wasap.my/601111479093

Alamat :

No. 37 Jalan Bangi 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

(Berdekatan Marrybrown)

Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am - 8.00pm)









Post a Comment

1 Comments

  1. un pun dah kesini, puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

    ReplyDelete