Advertisement

Beli Keperluan Sekolah Kat Hari-Hari Je Lagi Jimat Barang Berkualiti

Assalamualaikum…..


"Marilah pergi Hari-Hari!"



Sesi persekolahan 2022/23 tak lama je lagi nak bermula. Baju lama anak-anak dah tak muat, kasut sekolah pun dah ketat.. beg sekolah juga perlu diganti baru.. tak mampu dah beg tu nak menampung berat buku.. yelah, beg pun dah 3 tahun pakai.. 




Alang-alang dah cuti sekolah ni, Moha ajaklah anak-anak ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Semenyih. Kat sini senang. Baju sekolah, seluar sekolah, seluar sukan, baju sukan, tudung, baju kurung, baju melayu, songkok, samping, kasut sekolah, beg sekolah, alatulis, botol air dan lain-lain keperluan sekolah semuanya ada kat sini. Kualiti barang pun bagus dengan harga yang mampu milik. Murah!



Tahun ni Amsyar pun dah mula masuk Tahun 1. Banyak jugalah keperluan sekolah nak kena beli untuk dia. Tapi bila dah sampai kedai, bahagian alat tulis dulu yang dia tuju. Nak pemadamlah, nak kotak pensel la… ajak ukur seluar pun payah. Amsyar… Amsyar…



Mujurlah staff  kat sini semuanya peramah. Mesra pelanggan dan banyak membantu kami 4 beranak ni. Nak mencari baju, seluar dan kasut untuk 3 orang ni bukan senang kalau nak buat seorang diri. Tak cukup sejam!




Sebab tu kalau nak beli kelengkapan sekolah Moha suka beli di Hari-Hari je.  Kedai pun luas senang nak memilih apa yang kita nak. Takdelah penat nak cari merata kedai dah. Semua yang Moha nak ada kat sini.  Cukup setempat ni je. Pilih, ukur, bayar pastu dah boleh balik..



Andai kata tersalah ukuran, Moha tak risau..  boleh  je tukar semula ke saiz yang sesuai dalam masa 7 hari dari tarikh belian. Cuma kena pastikanlah resit masih ada dan tag harga belum ditanggalkan. 



Tapi kalau nak selamat tak payah nak ulang-alik ke kedai, lagi senang jika cuba pakaian di sana terus. Ada je bilik persalinan yang selesa disediakan untuk mencuba pakaian. 



Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada 90 cawangan di seluruh Malaysia. Boleh tengok senarai cawangan di: www.hari.com.my/locator untuk cari lokasi cawangan yang berhampiran dengan korang ye. Macam Moha, kat Semenyih jelah yang terdekat. 


Sekarang kat sini asal petang je hujan. Kalau rasa leceh nak keluar, boleh je beli secara online kat www.ehari.com 


Sehingga 1 April ni ada kempen Back To School (BTS) yang menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk semua kelengkapan sekolah jika membuat belian secara online.



Eh, kat Shopee pun boleh beli tau. Cari je nama kedai harihari_ nanti jumpalah. Kat sini pun ada kempen BTS juga sehingga 1 April. 


Jangan lupa follow Hari Hari di Shopee dan juga page Pusat Pakaian Hari-Hari untuk info terkini. Kadang-kadang ada jualan kejutan untuk item tertentu yang mana boleh dapat lebih diskaun pada masa terhad sahaja. Jangan lupa tuntut voucher penghantaran PERCUMA dari Shopee untuk belian RM15 keatas. Tuntut dengan Shopee tau.. jangan tuntut dengan Hari Hari pulak😅 

Post a Comment

0 Comments