Resepi Ikan Siakap Kukus Lemon Paling Senang Tapi Sedap


 Assalamualaikum.. 

Sekarang ni Moha memang tak keluar ke mana-mana langsung. Keluar rumah pun setakat depan rumah je nak ambil barang. Barang shopping online la apalagi... huhuhu.. 

Baru-baru ni Moha ada beli ikan segar dari jiran setaman ni ha.. dia jual secara pakej. Ada 5 pakej bermula dari rm30 hinggalah rm60. Moha pilih pakej kedua.. dalam tu ada ikan kembung 1/2 kg, ikan siakap seekor, ikan sardin 1/2 kg dan lala sekilo. Memang puas hatilah sebab semua ikan segar-segar. 

Kitorang ni kalau ikan siakap, kitorang suka masak cara kukus berlimau jela. Sebab suka tekstur kulit ikan yang lembut boleh ratah sampai betul-betul tinggal tulang je. Mungkin juga sebab cara masak dia paling mudah kalau nak banding resepi yang lain.

Ini cara Moha la ye.. lain orang lain cara.. ikutlah citarasa masing-masing kan..

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS DENGAN LEMON


1 ekor Ikan Siakap
1 biji lemon - hiris 4 keping untuk letas atas ikan, selebihnya perah ambil jus
2 ulas bawang putih - cincang
1 sdk garam halus
2-3 biji cili api - diketuk
1 sdk Tumix
1 sdb sos plum
1 sdk tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
3/4 cawan air

Sedikit daun salad, daun bawang dan daun ketumbar - hiris daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan

Ikan tu dibersihkan terlebih dulu dan kukus sehingga masak. Dah masak, angkat dan letak dalam bekas. Susun lemon yang dihiris atas ikan. Asingkan.
Rebus semua bahan kecuali ikan dan bahan hiasan. Dah mendidih, matikan api dan terus curah atas ikan. Dah pun siap.. senang je kan?

Selamat mencuba!


2 comments:

  1. Oh kena beli sos plum rupanya. Tq moha share resipi

    ReplyDelete