ROYAL JELLY DAN BEE PROPOLIS ANTARA BAHAN ISTIMEWA CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL PRODUK KELUARAN TERBAHARU AZYMACARE



Assalamualaikum

Disebabkan kulit yang agak sensitif, Moha tak boleh menggunakan sembarangan pencuci muka. Jika tidak sesuai dengan kulit Moha ni, kulit jadi pedih dan memerah. Memandangkan kulit Moha serasi dengan gel mandian Azymacare, Moha jadi yakin nak guna CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL Azymacare pula. 


CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL

Produk ini merupakan keluaran terbaharu Azymacare selain Clay Body Wash yang juga berasaskan tanah liat dan ekstrak botanikal yang telah mendapat 100% kelulusan oleh pakar kulit dan mendapat sijil Dermatologist Tested dan Hypoallergernic yang mengesahkan ianya sangat lembut sehingga boleh dipakai di kulit bayi begitu juga bagi mereka yang berkulit sensitif.


Selain mengekalkan 5 bahan utama iaitu Koalin Clay, Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile di dalamnya, 2 bahan aktif semulajadi yang istimewa turut ditambah iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis khusus untuk kulit wajah.

ROYAL JELLY

Royal Jelly adalah rembesan bahan menyerupai susu yang terhasil dari kelenjar pharyngeal koloni lebah  madu sebagai makanan ekslusif untuk ratu lebah yang membolehkannya bertelur sehingga 3000 biji telur setiap hari sehingga umurnya 6 tahun.

Ia kaya dengan nutrisi seperti protein, air, gula, lemak, garam, vitamin dan asid amino untuk menyokong kesihatan  dan tumbesaran, menambah kesuburan, membekalkan tenaga dan memanjangkan usia ratu lebah.

Di dalam kosmetik, Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral.

Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.

BEE PROPOLIS

Merupakan campuran melekit seakan resin yang dihasilkan lebah madu daripada air liurnya dan juga rembesan yang terkumpul dari tunas atau getah pokok serta sumber botani yang lain. Digunakan sebagai gam bagi mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.

Dalam produk penjagaan kulit, propolis membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit juga menjauhkan perengsa yang mungkin menyebabkan kerengsaan dan noda kulit. Berbekalkan sifat antibakteria, propolis juga telah digunakan sebagai antiseptik semula jadi untuk luka.

Baik untuk kesihatan kerana mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-oksida dan kemampuannya menekan pertumbuhan bakteria, virus dan fungi serta kemampuannya meredakan radang. 

Di dalam kosmetik, propolis dapat membantu menghilangkan pori secara semula jadi untuk memberikan kulit yang bersih dan licin. Pelbagai vitamin, mineral dan asid amino yang terdapat dalam propolis juga membantu menyuburkan kulit, memberikan nutrien penting yang diperlukannya. Dalam banyak kes, propolis telah digunakan untuk menyeimbangkan masalah kulit dan menenangkan kulit yang bermasalah, melembabkan dan melembutkan kulit.

Antioksidan yang terdapat dalam propolis dapat membantu proses penyembuhan luka dengan merangsang aliran darah dan mengurangkan peradangan. 

Propolis terdiri dari nutrien yang mendorong pertumbuhan sel yang membantu mempercepat proses penyembuhan sambil meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Telah lama dikenali sebagai antibiotik semula jadi dengan sifat antibakteria yang kuat, ia dapat melawan pelbagai jenis kuman, melucutkan virus dan melawan jangkitan.

TIADA BAHAN BERBAHAYA

Produk ini semestinya tiada bahan berbahaya seperti Parabens, SLES dan SLS yang membuatkan ianya sangat sesuai untuk kulit muka yang lebih halus dan nipis berbanding kulit badan.

KEBAIKAN SOAP-FREE PURIFYING GEL

Antara kebaikan produk yang terhasil dari gabungan pelbagai bahan istimewa ini termasuklah :

  • 100% Clay Kaolin Asli tanpa bahan kimia berbahaya
  • Produk - Dermatologist Tested, Hypoallergenic
  • Halal Jakim, NPRA - NOT210405478K dan dengan status kilang - ISO, US FDA, GMP.
  • Melembabkan dan melembutkan kulit muka
  • Mengatasi masalah kegatalan kulit dan kulit kering
  • Mengatasi masalah jerawat 

TEKSTUR DAN BAU


Satu tiub Clay Soap-Free Purifying Gel mengandungi 50ml gel yang berwarna putih krim dengan tekstur yang sangat halus dan tidak terlalu pekat. 


Baunya pula tidak terlalu kuat. Boleh dikatakan baunya seakan citrus tetapi lebih lembut dan wangi.

CARA PENGGUNAAN

Hanya picitkan sedikit gel pencuci di tapak tangan dan gosokkan dengan sedikit air hingga berbuih. Kemudian sapu keseluruhan muka. Oleh sebab buih yang lembut dan ringan, kita tak perlu pun nak beriya bilas buih tu dengan air. Hanya dua ke tiga kali bilas muka dah pun bersih. Dap-dap muka dengan tuala kering, siap! 


Hasilnya boleh rasa betapa segarnya kulit muka lepas tu. Bau dia pun sangat menenangkan.

Moha dah gunakan pencuci muka ni selama beberapa hari setiap pagi dan malam. Setakat harini, tiada sebarang masalah radang dan sebagainya. Kadangkala bila muka terasa gatal merenyam akibat habuk selepas menyapu atau ketika berpeluh, Moha akan cuci muka dengan pencuci muka ni. Alhamdulillah, hilang rasa gatal tu. Leganya rasa… tak sabar nak tengok hasil penggunaan selepas sebulan. Manalah tau kan, kulit jadi lagi lembut macam kulit bayi? Hihihi…


Sebagai pengenalan, harga untuk satu tiub Clay Soap-Free Purifying Gel ni adalah RM29.00 sahaja. So, korang cepat-cepatlah grab dan rasakan sendiri hasilnya.


Layari website rasmi Azymacare  http://www.azymacare.com/ untuk dapatkan Clay Soap-Free Purifying Gel ni dan juga maklumat lain ye.

1 comment:

  1. Best Pencuci Muka ni..dh lama Cari jenis clay. Sesuai untuk kulit sensetif

    ReplyDelete