Oryn Skincare Produk Tempatan Berasaskan Vitamin C Juga Sesuai Untuk Remaja


Assalamualaikum.....

Siapa je yang suka muka ada jerawat kan? Moha memang tak suka sebab kalau dah kena, lambat betul nak baik. Kesan parut tu susah nak hilang.

Tapi sekarang ni bila tengok muka Haziq dah mula diserang jerawat, alahai.. tak boleh biarkan ni! Tak hensemlah anak mama nanti! Kulit muka pun nampak kusam je.... hmm.. Budak lelaki ni biasalahkan.. mana peduli sangat bab penjagaan muka ni. Jadi sebagai ibu, Moha kenalah buat sesuatu. Untuk Haziq, Moha bagi dia guna 3 produk rangkaian dari Oryn Skincare ni.

1. ORYN Hydrabright Gentle Cleanser 

Terhasil dari formula Low Foam Formulation yang menghasilkan kurang buih ketika digunakan untuk mengurangkan kekeringan pada kulit. Dapat membantu membersihkan kulit, mengurangkan hidrasi dan mencerahkan kulit wajah.  

Produk ni merupakan produk tempatan yang mengandungi manfaat seperti : 

  • Vitamin C – membantu mencerahkan tona kulit wajah serta mengurangkan jerawat pada kulit.  
  • Natural Phyto – membantu mengurangkan kerosakan pada kulit wajah dan kerengsaan pada kulit yang sensitif
  • Niacinamide – membantu mengecilkan liang pori, mengurangkan masalah jerawat dan bantu menyelesaikan masalah kulit rosak.
  • Sodium Hyaluronate + Panthenol – membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengembalikan kekenyalan kulit dan mengelakkan kulit wajah dari kekeringan.
  • Saccharide Isomerate –  membantu  memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit.

2.
 
ORYN Hydrabright Moisturizer 5 dalam 1 

Pelembap kulit ini mampu memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan  juga mencerahkan kulit serta digunakan sebagai : 

  • Moisturizer – melembapkan kulit
  • Serum – mencerahkan kulit
  • Primer – sebagai foundation sebelum menggunakan make-up
  • Anti Wrinkle – mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan di kulit
  • Night Cream – membantu menyuburkan kulit
ORYN Hydrabright Moisturizer ini mengandungi :
  • Vitamin C – mencerahkan kulit dan membantu kulit jerawat
  • Sodium Hyaluronate + Panthenol – mengekalkan kelembapan kulit
  • Niacinamide – mengecilkan liang pori dan mengurangkan masalah jerawat
  • Saccharide Isomerate – membantu melembapkan kulit sehingga 12 jam
  • Natural Phyto – mengandungi tumbuhan Comfrey dan Aloe Vera untuk membantu memperbaharui kulit dan mengurangkan rengsa pada kulit sensitif
  • Hexapeptide – membantu mengurangkan tanda penuaan, berfungsi hampir sama dengan Botox tetapi lebih selamat.

3. ORYN Clear Gel (Untuk Jerawat) 

Moha suka serum ni sebab selain berasakan vitamin C, ianya juga menyerap dengan cepat dan selesa dipakai.  Diformulasikan khas untuk membantu menghilangkan jerawat dan cela pada kulit wajah.

Serum ini mengandungi :
  • Vitamin C – membantu mengurangkan cela, mengawal penghasilan sebum dan mencerahkan titik gelap pada wajah.
  • Silanediol Salicylate – membantu mengatasi masalah jerawat
  • Ekstrak Aloe Vera – mengekalkan kulit berseri dan segar
  • Niacinamide
  • Allantoin

Cara Penggunaan
Mula-mula pam sedikit gel ORYN Hydrabright Gentle Cleanser di tapak tangan, titikkan sedikit air dan gosok sehingga berbuih barulah disapukan ke muka, bilas dengan air bersih dan lap muka sehingga kering dengan tuala.


Kemudian picitkan sedikit ORYN Clear Gel  di hujung jari dan sapukan di bahagian yang berjerawat atau jeragat. Sesudah itu barulah sapukan krim ORYN Hydrabright Moisturizer 5 dalam 1. 


Hasil penggunaan konsisten iaitu 2 kali sehari, kulit Haziq nampak semakin baik.



Untuk dapatkan produk ni, korang boleh terus layari website atau media sosial ORYN Skincare ye…


Facebook: ORYN Skincare

Instagram: @orynskincare

No comments