Keropok Lekor Viral Pontian Over Sedap


Assalamualaikum…..

Moha ni kalau pasal keropok lekor, memang tak tolak punyalah! Kiranya ni salah satu makanan febret Moha sejak dari kecil lagi. Masa kat sekolah dulu, kalau duit belanja tu tak mencukupi, Moha lebih rela beli keropok lekor berbanding nasi lemak. Kalau duit cukup, beli dua-dualah.. haaa.. nasi lemak kat kantin sekolah sedap oooo!! Sambal dia tak pedas, tak manis sangat.. secukup rasa la kata orang. Kalau ada telur goreng yang garing tu lagi best! Tapi tak boleh gak lawan keropok lekor. Itu pilihan wajib! Hahaha…

Seronok betul Moha masa arwah mak meniaga jual cendol, ABC, rojak petis, goreng pisang, cucur udang dan keropok lekor. Hari-hari dapat makan keropok lekor percuma. Suka! 

Masa Moha dan suami meniaga di pasar malam pun keropok lekor juga jadi pilihan menu kitorang untuk dijual selain rojak buah. Alhamdulillah, jualan laris setiap hari. Ramai juga peminat keropok lekor ni rupanya.

Keropok lekor ni juga penyelamat masa Moha mengandungkan Amsyar dulu. Masa morning sickness tu memang tak lalu nak makan. Mujur boleh makan keropok lekor. So makan tu jelah pastu minum air kelapa setiap hari sampailah alahan tu hilang.

Setiap kali ke pasar malam, mesti nak beli keropok lekor buat stok kat rumah. Haa.. nampak tak betapa minatnya Moha dengan keropok lekor ni. 

Sesekali bila rajin dan cukup bahan, Moha buat sendiri keropok lekor. Syok betul dapat makan keropok lekor yang dah siap rebus tu. 

Baca juga : Keropok Lekor 3 Bahan

Sampailah sekarang ni bila anak saudara Moha sendiri pun dah mulakan perniagaan keropok lekor di Pontian, lagilah Moha suka! Senang lepas ni nak topup stok. Tambahan lagi resepi yang dia gunakan memang ngam sangat dengan citarasa Moha. Keropoknya tak liat, takde tulang ikan, senang cerita rasa dia memang padu lah!


Lagi seronok bila dia pos keropok tu harini, esoknya dah sampai ke rumah Moha. Alhamdulillah rezeki Moha setiap kali order je, penghantaran dari Pontian ke sini secepat itu. Tapi kalau musim perayaan, lambat jugalah. Itu tak dapat nak dielakkanlah kan. Jadi Moha akan order lebih pada hari biasa untuk buat stok. Simpan dalam freezer supaya tahan lebih lama. 


Bila nak goreng, just defrost je. Tak payah nak potong-potong lagi dah sebab keropok dah siap dipotong sebelum dibungkus. Senang betul kerja.. lagi senang bila sos pencicah homemade yang sedap tu pun ada disediakan sekali. Fuh… Suka giler! 


Alhamdulillah keropok Ummumi Foods ni dah pun sampai ke seluruh Malaysia. Penggemar keropok di Singapura pun tak putus mengorder. Semoga Ummumi Foods terus maju sampai bila-bila. 

Ok kat bawah ni Moha letak sekali link kalau korang nak order keropok ni. 

Whatsapp : Ummumi Foods


Facebook: Ummumi Foods

No comments