Suka diorang KBBA9 bagi duit raya!


Assalamualaikum.. 

Harini dah pun raya ketiga.. so, rasanya cukuplah menu raya.. harini kita masak nasi campur pula. Nak masak lauk apa ea? Hahaha.. sindrom surirumah yang satu ni payah betul nak hilang. Tiap kali nak masak mesti termenung dulu.. tu belum masuk part plan nak masak lain end up masak lain lagi tu.. huhu

Eh, sebenarnya nak cerita.. hari raya bagi mak-mak memang fikir pasal hidangan raya lah yang utamanya. Tapi bagi anak-anak pula, selain dapat jumpa saudara-mara, mestilah nak duit raya! Memang dinantikan sangat saat dapat duit raya tu. 

Tapi raya kali ni diorang sedih sikitlah. Tak dapat beraya rumah ke rumah kumpul duit raya. Moha masa kecil dulu pun sedih juga kalau tak dapat duit raya ni. Kena pulak abang-abang dok tayang duit raya diorang lagi banyak dari Moha. Haa memanglah banyak! Diorang beraya sampai kampung sebelah! Moha mana boleh pergi jauh-jauh. Mak tak bagi...

Sekarang bila turn anak-anak pula, Moha pula tak bagi diorang beraya sendirian.. tak berani nak lepaskan diorang beraya jauh-jauh. Risau.. zaman sekarang tak macam dulu.. 

Diorang pun ada juga mengeluh. Tambahan pula tahun ni tak dapat beraya ke rumah saudara-mara. Raya.. tapi macam tak raya... ala kesiannya..

So tadi mamanya ni pun sampaikanlah sampul duit raya ni amanat dari team blogger KBBA9 (Kelab Blogger Ben Ashaari) kat diorang. Amboi, memasing senyum meleret ok! Hihi.. seronoklah tu! Alhamdulillah.. tiap tahun team KBBA9 tak pernah lupa bagi duit raya kat anak-anak ahlinya. Terima kasih KBBA9


Raya kedua dimusim PKP 3.0





Awal Moha bangun harini. Buka youtube cari takbir raya.. termenung... terbayang wajah-wajah kesayangan yang telah pergi meninggalkan kami.. juga wajah-wajah insan yang jauh di mata namun sentiasa di hati.. teringat kenangan raya yang lepas.. sepintas lalu terngiang bait-bait lirik lagu Milikmu Teristimewa nyanyian Siti Nurhaliza.

Titisan embun pagi hari
Gugur ke daun bak berlagu
Bagai berbisik pada hati
Tahukah dikau arti rindu?

Sungguh harini Moha paksa diri menahan rasa hati. Ya Allah.. rindu! Entah macamana nak Moha huraikan rasa rindu yang sarat ni. 2 tahun tak dapat ziarah pusara arwah mak dan bak.. 2 tahun tak dapat sambut raya dengan keluarga di Mersing.. rindu!

Semalam ada juga kami bervideo call.. tapi manalah sama dengan berdepan kan? Dahlah ada yang line mereka pun tak stabil. Tak jelas suaranya.. sekali lagi memujuk hati.. takpelah.. dapat tengok muka pun jadilah.. dapat tengok senyuman pun ok dah! Ah, tipu! Tipu diri sendiri lagi! Sabarlah hati!


Tak mahu terus tenggelam dalam melayan perasaan, Moha bangun menuju ke dapur. Untuk raya kedua ni masak mihun sup paling simple jelah. Mudah dan boleh dipadan dengan baki ketupat semalam. Jadilah.. anggaplah tebus kesilapan semalam.. 

Boleh plak Moha terhanguskan baki rendang ayam pucuk ubi gara-gara terlupa matikan api masa nak perhangatkan semalam. Camne boleh terlupa ntahlah. Mujur tak banyak sangat yang tinggal.. tapi terkilan jugalah. Camne boleh lupa? Esh.. 


PKP 3.0 di Hari Raya Aidilfitri 2021

 Assalamualaikum

Selamat Hari Raya!! 

Alhamdulillah.. harini semua umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Cuma suasana raya tak meriah dan gembira macam tahun-tahun sebelum ni. Tahun ni sayu hati lagi bertambah. Lebih-lebih lagi sejak abang Moha meninggal Mac lepas. 

Juadah raya pun Moha tak masak banyak. Cuma rebus ketupat mini, masak rendang ayam pucuk ubi dan kuah kacang je. Kononnya nak buat brownies la, nak buat kek marble la, nak buat kek gulung la.. semua tak jadi sudahnya bila dapat tau raya ni tak boleh ziarah-menziarahi. So apa gunanya masak banyak-banyak? Siapa nak makan?


Tahun ni semua kena sambut raya dalam kawasan rumah sendiri je. Tak boleh langsung ziarah raya dari rumah ke rumah. Walaupun rumah ibubapa, adik-beradik, saudara-mara mahupun jiran tetangga. Jika kantoi.. merasalah dapat kompoun yang beribu nilainya tu. Tuan rumah RM25K, yang mengunjung pula RM5K. Uish.. banyak tu!!

Jadinya kami ni duduk jelah di rumah. Buat aktiviti biasa macam hari-hari biasa yang lainnya. Cuma adalah bergambar raya. Buat syarat kata orang.. adalah juga kenangan raya. 

Takpelah.. nanti bila PKP 3.0 ni dah habis, harap masa tu dah takde lagilah Covid kat Malaysia ni. 

Jemu dah rasanya. Betul-betul jemu. Moha sendiri dah lama tak kemana-mana. Last haritu balik Mersing. Itupun sebab abang Moha meninggal dunia. Dapatlah berkumpul semua adik-beradi dan saudara-mara.. tapi.. apa yang nak digembirakan? Dapat berkumpul bila ada kematian je. Apa yang gembiranya? Dah takde baru dapat jumpa!!!! 

Moha ni manusia biasa je. Bersabar pun ada juga tahapnya. Nak redo dengan keadaan macamni, bukan mudah. Nak positif manjang, tipu sendiri namanya. 

Cepatlah Covid ni pergi. Tak sudi sangat rasanya terima tamu tak diundang ni. Letih sangat dah nak ikut SOP sedang yang lain langgar macam dalam dunia ni dia sorang je penghuninya.