Tengok Tips, Resepi Menarik Sahur dan Berbuka di Aplikasi F&N Life


 Assalamualaikum...

Haritu kan Moha dah beli set soya dan cincau secara online di aplikasi F&N Life, jadi stok soya dengan cincau memang banyaklah kat rumah ni. Awal-awal haritu Moha cuma campurkan je sekotak air soya dengan setin air cincau, ditambah dengan ketulan ais.

Keesokkannya Moha buat puding soya cincau pulak. Pun senang je.. mula-mula Moha tambah setengah bungkus agar-agar tali bersama 2 tin air cincau ke dalam periuk dan didihkan hingga agar-agar larut sepenuhnya. 

Kemudian terus tuang dalam acuan separuh penuh. Sementara tunggu agar-agar cincau tu sejuk dan beku, Moha masak pula setengah bungkus agar-agar lagi dengan sekotak air soya dan didihkan hingga agar-agar larut.


Sama macam yang cincau tadi, dah larut semua Moha tuang terus atas agar-agar cincau tadi. Dah siap! Tunggu sejuk lepas tu boleh masukkan dalam peti ais. Bolehlah jadi pencuci mulut masa berbuka. Senang betul kerja..hiii


Bila dah cuba satu resepi guna soya dan cincau ni, terasa macam nak cuba buat resepi lain pulak. Tapi apa ye? Takde idea, Moha pun tengoklah balik aplikasi F&N Life, sebab dalam tu bukan je boleh order online tapi ada pelbagai info, tips dan resepi juga. 

Ya Allah.. apasal semua nampak sedap ni?  Terpesona sekejap tengok koleksi resepi yang ada di dalam tu. Semua nampak sedap!


Kita pilih je kategori apa yang kita nak nanti keluarlah pelbaga resepi yang menarik. Bagusnya semua resepi yang dikongsikan tu ada menggunakan bahan-bahan yang boleh dibeli melalui aplikasi ni. 

Haa kira senanglah kan? Pilih je resepi mana yang kita nak cuba buat, lepas tu bahan-bahannya order je terus melalui online. Nanti barang dah sampai, boleh terus buat! Esh.. tak boleh bagi alasan tak boleh buat dah lepas ni.


Moha tertarik nak cuba resepi ni.. Soya Choco. Amboi, kemain senang lagi buatnya. 2 bahan je? Halah.. halah... malas lagi tak tau lah nak kata Moha oiiii!!!  Bahan pun ada ni.. petang ni bolehlah buat ye.

Kalau nak kongsikan resepi yang korang dah buat guna produk-produk ni pun boleh tau. Just taip #FNRecipes kat post korang di Facebook ataupun Instagram. 













Dapatkan Lebih Nilai Lebih Ganjaran Guna Aplikasi F&N Life




Assalamualaikum..

Korang tau tak F&N pun dah ada aplikasi untuk memudahkan kita beli produk diorang secara online? Memang sesuai sangat dengan bulan puasa ni. Tak payah nak susah-susah pergi kedai dah. Beli je secara online. Lebih-lebih lagi sekarang tengah ada promosi bundle ni.

Korang install je aplikasi F&N Life ni kat telefon pintar korang dan daftar. 

Lepas install, buka aplikasi F&N Life tu dan korang akan nampak ni. Tekan button Sign Up Now.


Masukkan poskod tempat tinggal korang atau poskod lokasi penghantaran. Pilih Normal Delivery atau Next Day Delivery.
 

Kemudian tekan button account pilih Customer Sign Up. Korang masukkanlah segala butiran yang diperlukan kat situ. 

Kemudian buat pengesahan email. Dah siap semua, bolehlah mula membeli-belah! Hehe... Ada bayak pilihan menarik tau. 

Yang ni pilihan minuman sahaja


F&N Life Raya Bundle pula ada pelbagai pilihan minuman dan bahan masakan juga. Jika nak belikan untuk keluarga, pun boleh. Mana yang tak boleh merentas negeri balik kampung tu, dapat kirim barang macamni sebagai tanda ingatan pun ok juga.


Jika berniat nak memberi sumbangan ke rumah-rumah anak yatim, rumah kebajikan atau pusat jagaan orang tua, boleh pilih yang ni. Mereka akan hantar terus ke pusat kebajikan terbabit.

Macam Moha, Moha pilih Syok Soya Cincau Bundle. Sebab kami satu famili memang suka minuman ni. Digabung bersama keduanya ni ditambah dengan ketulan ais, pergh.. nikmat rasanya berbuka puasa.


Sejak Covid ni, jarang sangat dah Moha ke Mall beli barang dapur. Sekarang lebih selesa beli online je. Lagi mudah dan jimat masa. Tak rasa letih menolak troli ke sana ke mari mencari barang itu dan ini. Nanti dah sampai rumah, nak memunggah keluarkan dari kereta lagi bawa masuk ke dalam rumah. Aduh letih! Silap-silap tak larat dah nak memasak juadah berbuka. Huhuhu...

Jadi membeli-belah secara online ni lebih mudah. Barang yang dibeli pun berkualiti juga. So tak jadi isu sangatlah beli kat kedai atau online ni. Janji barang yang dibeli tu sampai depan rumah sudahlah. Senang kerja lepas tu. Taklah penat sangat. Betul tak?

Dengan aplikasi F&N Life ni ada banyak pilihan produk antaranya 100 Plus , F&N , Seasons, Oyoshi Green Tea, Teapot, Ice Mountain, Sunkist, F&N Fruit Tree , FarmHouse ,  F&N Magnolia dan Susu Sejat F&N. Pilih je mana yang korang nak. Lepas tu buat bayaran, kemudian tunggu jelah diorang hantar sampai depan pintu rumah. Senang! 

Disebabkan tempat tinggal Moha agak jauh sikit, jadi penghantaran barang ambil masa sikitlah nak sampai. Tapi taklah sampai seminggu. Selang sehari Moha submit order tu Moha dah dapat wasap dari team Seebuu Logistik beritahu mereka akan buat penghantaran kat Moha. 
 

Bila dapat mesej macamni mudahlah Moha nak merancang jadual kerja. Jadi hari tu Moha tunggu jelah diorang sampai. 



Bila dah sampai, rasa excited lah juga. Dia siap tolong angkat kotak tu betul-betul sampai depan pintu rumah. 


Uish.. lega! Berat oii kotak tu. Bayangkanlah 12 kotak air soya yang 1 liter tu tambah 12 tin air cincau.


Si Amsyar lagi excited! Belum sempat apa-apa lagi dia dah kecoh suruh buka. Tak menyempat nak bawa kotak ke dapur. Unboxing teruslah kat ruang tamu.


Pembungkusan barang memang bagus. Ada diselitkan plastik belon juga dalam tu supaya tin dan kotak minuman tak rosak.

 


So, kesimpulannya Moha memang puas hatilah dengan servis F&N ni. Tak sia-sialah order guna aplikasi.


Alhamdulillah, waktu berbuka nanti dapatlah minum soya cincau favorite kami ni.

Kalau ada masalah tentang tempahan ke, bayaran atau sebagainya, boleh tanya terus pada mereka melalui Live Chat.

Nak tau lagi boleh tengok di media sosial mereka :

Facebook : F&N Fun
Instagram : F&N Life


Bayar Zakat Menerusi Pos Online


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Harini dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Walaupun tak semeriah sebelum pandemik, tapi kita masih dapat berpuasa dalam suasana aman dan damai. 

Bila masuk bulan Ramadhan, dah semestinya wajib bayar Zakat Fitrah. Iaitu sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat Fitrah wajib dibayar oleh : 
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Bertujuan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak bermanfaat. 

Zakat Fitrah juga adalah untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaan mereka pada Hari Raya Aidilfitri. 

Bayangkan ea, kita dan keluarga menyambut hari raya dengan suasana gembira, cukup makanan dan mengenakan pakaian yang cantik, tapi bagi mereka yang miskin, jangankan baju raya, hidangan raya pun belum tentu ada.

Jadi dengan zakat yang kita bayar itu dapatlah disumbangkan kepada mereka supaya mereka juga dapat meraikan hari raya ini.

Tapi disebabkan Covid-19 yang semakin meningkat ni, mesti ada yang risau nak bayar zakat secara bersemuka kan? 


Takpe, sekarang ni apa yang nak disusahkan? Kan boleh buat bayaran guna online channel. Antara pilihan yang ada, korang boleh pilih guna pos online ni ha. Caranya bukan susah pun. Mula-mula korang masukkan je nama pengguna dan kata laluan.


Lepas tu perasan tak ada 3 garis kat penjuru atas sebelah kanan tu? Haaa.. tekan situ dan pilih bill payment.


Skroll ke bawah sikit sampai jumpa zakat.


Nanti akan keluar payment list. Macam tadi juga, pilih zakat.

Kemudian pilih open payment dan pilih Pusat Pungutan Zakat negeri korang tinggal dan jenis zakat yang nak dibayar. Macam Moha, Moha pilih Lembaga Zakat Selangor. Di Selangor, Lembaga Zakat Selangor menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri kita sekeluarga.

Ok, selepas jenis zakat dipilih, korang isilah butiran diri dengan lengkap dan tekan butang Add To Bill Folder.

Tekan Proceed To Checkout jika sudah pasti dengan transaksi yang dibuat. Pilih cara bayaran dan buat bayaran di saluran yang disediakan kat situ dan Submit.

Sebelum menamatkan transaksi bayaran, pastikan korang cetak resit pembayaran untuk rujukan masa akan datang. Haaa... dah pun siap.. senang je kan? 

Zakat Selangor akan mengagihkan kutipan zakat kepada 8 jenis Asnaf Zakat iaitu Asnaf Fakir, Asnaf Miskin, Asnaf Amil, Asnaf Muallaf, Asnaf Riqab, Asnaf Fisabilillah, Asnaf Gharimin dan Asnaf Ibnu Sabil.

Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah. 

Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan. 
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan. Ditinggalkan dalam perjalanan. 

Sambil berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan dengan membayar zakat, semoga rezeki kita juga tak akan putus dan semakin bertambah.


“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”




BUAT CERMIN MATA BARU DI OPTOM EYECARE BANGI


Assalamualaikum....

Oleh sebab suami asyik mengadu mata tak berapa terang bila memandu atau menonton tv, kemudian cermin mata yang sedia ada pun dah longgar, Moha pun ajaklah dia pergi buat cermin mata yang baru.

Yelah, kita ni risaulah.. kan bahaya penglihatan tak jelas masa memandu. Lebih-lebih lagi bila hujan lebat. Jangankan dia, Moha pun tak nampak jalan bila keadaan macamtu. 

Tertarik dengan perkongsian rakan blogger, Moha pun ajak suami ke Optom Eyecare di Bandar Baru Bangi. Masuk je kami ke dalam kedai Optom Eyecare ni, terus disambut mesra oleh Encik Firdaus, salah seorang Optometris di situ. 

Di sini mereka lebih menumpukan kepada perkhidmatan klinikal disamping menjual pelbagai jenama terkenal cermin mata seperti Lee, Rayban, Bonia, Sembonia, Alain Dellon dan lain-lain. Pendek kata, kepakaran Optom Eyecare lebih kepada sistem penglihatan. 



Untuk yang selalu buat aktiviti lasak tu, frame cermin mata yang tahan lasak pun ada!!



Di sini, kita boleh buat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan pada masa yang sama boleh buat cermin mata yang lebih sesuai dengan tahap kesihatan mata kita.


Jadi jangan hairan jika datang ke kedai ini korang tak nampak pun banyak cermin mata macam kedai-kedai cermin mata yang lain. Tapi lebih serupa macam datang klinik. Ada tempat duduk yang sangat selesa untuk pengunjung sambil menonton tv sementara menunggu giliran atau mendengar penjelasan dari kakitangan Optom Eyecare berkenaan produk dan perkhidmatan mereka.

Setelah mendengar penerangan, baru Moha tau pentingnya buat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan pakai cermin mata yang betul-betul sesuai dengan tahap kesihatan mata kita. So takdelah nanti lepas buat cermin mata baru, mata rasa tak selesa pulak lepas pakai beberapa jam. Ataupun pakai sekejap je cermin mata tu pastu buka balik sebab mata jadi pedih dan kepala jadi sakit. Rupanya power tak ngam dengan mata. Aduiii.. ruginya! 

Di Optom Eyecare ni, kita akan jalani ujian mata di sebuah bilik khas. Jangan terkejut pula bila tengok ada 4 alatan/mesin khusus untuk pemeriksaan mata disamping peralatan lain yang sama terdapat di klinik mata sebenar tidak seperti kedai-kedai cermin mata yang lain. 




Ujian pertama adalah di mesin Autorefractor iaitu mesin yang digunakan untuk mengukur bagaimana cahaya diubah ketika memasuki mata. Proses ini lebih cepat dan tidak menyakitkan. Kita cuma duduk dan meletakkan dagu dengan selesa. Kemudian gambar yang terdapat di dalamnya bergerak masuk dan tidak fokus ketika mesin mengambil bacaan untuk menentukan bila gambar berada di retina. Tiada interaksi diperlukan semasa proses ini berlangsung.


Kemudian kita dibawa pula ke mesin Phoropter (atau phoroptor) iaitu mesin yang digunakan semasa pemeriksaan mata untuk mengukur kesalahan pembiasan dan menentukan power cermin mata. Biasanya, kita duduk di belakang phoropter dan melihatnya di carta mata. Optometris kemudian menukar lens dan tetapan lain, sambil meminta maklum balas kita mengenai tetapan mana yang memberikan penglihatan terbaik.


Selepas memeriksa power mata di mesin semi auto mekanikal ini, kita akan dibawa ke mesin ketiga iaitu mesin diagnostic untuk memeriksa samada mata kita mempunyai masalah yang berkaitan dengan kencing manis, darah tinggi ataupun glaukoma yang boleh menyebabkan mata menjadi buta. 

Glaukoma adalah kerosakan saraf mata akibat meningkatnya tekanan pada bola mata. Hal ini terjadi akibat gangguan pada sistem aliran cecair dalam mata. Kerosakan mata yang kebih teruk akibat glaukoma dapat dicegah jika dapat dikesan lebih awal.




Akhir sekali pemeriksaan di Slit Lamp iaitu mikroskop dengan cahaya terpasang yang membolehkan pemeriksa memeriksa mata dengan teliti. Alat ini digunakan untuk melihat struktur mata seperti kornea, iris, dan lensa. 


Kamera retina pula digunakan untuk memotret bahagian belakang mata, termasuk retina. Ia digunakan untuk mendokumentasikan penyakit mata. Kamera retina akan menghasilkan kilatan terang semasa gambar diambil. Dari gambar yang diambil dapat memastikan salur darah mata dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. Ini membolehkan pakar oftalmologi (doktor mata) melihat dengan teliti struktur di bahagian depan dan dalam mata terutama retina dan mengenalpasti masalah atau kelainan pada mata kita seperti Retinopati Diabetik.


Retinopati Diabetik ialah kerosakan pada retina disebabkan komplikasi Diabetes. Retinopati diabetik terjadi akibat dinding salur darah yang lemah, menyebabkan berlaku kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari. Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.

Sekiranya terdapat tanda-tanda katarak di kesan ada pada mata kita, mereka akan memberikan saranan yang terbaik bagaimanakah cara yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Jika memerlukan pembedahan, pihak mereka akan merujuk kes kita ke Oftalmologi untuk tindakan seterusnya.


NAK REKA FRAME CERMIN MATA SENDIRI?

Di Optom Eyecare Bangi ni, selain menyediakan pemeriksaan kesihatan mata yang menyeluruh dan juga bingkai cermin mata yang lain, kita juga boleh menempah bingkai cermin mata khas (Bespoke frame) mengikut kesesuaian bentuk muka kita supaya lebih selesa dipakai sepanjang masa. 

Dengan aplikasi yang mereka ada di bilik rundingan khas ni, terdapat lebih daripada 30 point pada bingkai kacamata yang boleh diubah mengikut ukuran bentuk muka kita. Jadi kita boleh tengok di monitor bagaimana rupa kita semasa memakai cermin mata yang kita pilih.


Setiap orang kan ada citarasa tersendiri. Mungkin kita nak warna dan design cermin mata tertentu ke, nak sebelah lain sebelah lagi lain ke, nak kaki frame tinggi sebelah ke.. nak frame yang tak mengembangkan tudung masa pakai cermin mata tu ke.. semua boleh saja. Cuma ambil masa sikitlah nak siapkan cermin mata tu ye. Tentang kos, jangan risau, masih jauh lagi murah berbanding kedai lain.



Wah.. seronoknya dapat pakai cermin mata eksklusif design sendiri dan betul-betul ngam dengan muka. Tak payah nak test satu persatu cermin mata yang ada kat kedai lagi dah. Sampai tak tahu nak pilih cermin mata yang mana satu..ngee..




Kanta cermin mata ada 3 pilihan samada standard, intermediate atau premium. 

Kalau nak yang Transitions Signature boleh bertukar warna bila kena panas pun ada juga. Boleh pilih antara 7 warna yang ada kat sini.


BILIK RUNDINGAN

Bilik Tulips ini disediakan bagi memberikan keselesaan dan juga privasi kepada pelanggan untuk rundingan seterusnya selepas pemeriksaan mata dijalankan. Yang menariknya, mereka juga menyediakan ruangan untuk pelanggan yang menggunakan kerusi roda. Bagus kan?




Bukan premis je cantik tersusun kemas dan rapi, perkhidmatan dan layanan staff pun terbaik kat sini. 

Hasil pemeriksaan, mata suami dah bertambah power dia dan dah mula rabun dekat. Jadi dia pun dah tempah cermin mata rabun jauh dan dekat tambah silau sekali. All in one la kaedahnya. InsyaAllah minggu depan boleh siap. Harap selepas ni takdelah merungut tak nampak lagi ea. Hihi... Moha pulak, dah bertambah rabun dekat juga.. well, umur pun dah masuk 40-an, kira memang standard la tu.. huhu...

Korang pun boleh datang sini juga untuk buat pemeriksaan mata. Jangan risau.. kadar bayaran yang ditetapkan pun sangat berpatutan... masih dalam kategori mampu bayar. 

Kat bawah ni Moha sertakan details untuk korang rujuk...

i. Optom Eyecare. 
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM


iii. IG & page Optom Eyecare Bangi:


*👁️‍🗨️PM DIRECT*
📞01111479093

Oh ye! Jangan lupa jawab soalan ni kalau nak dapatkan UV420 LENS ni. Terhad untuk 1000 penyertaan pertama je tau. So cepat-cepat jawab survey ni ok.