SOP Pemulangan Buku Teks Sekolah


 


Assalamualaikum...

Harini Moha ke sekolah menengah Haziq. Nak pulang buku teks sekolah tahun lepas. 

Disebabkan kita masih dalam PKP, adalah SOP yang kena ikut. Antaranya pemulangan buku secara berperingkat mengikut kelas.

Macam Haziq, dia kelas pertama.. jadi jadualnya harini bermula pukul 8 pagi sehingga 9 pagi. 


Sampai di pagar sekolah, Moha tengok ibubapa dah mula beratur. Ambil suhu dan scan barkod MySejahtera. Moha pun ikut samalah... Mujur bukan buat serentak semua kelas... Kalau tak, mau sesak keadaan kat sini. Baguslah pihak sekolah atur macamni. Cuma... Letih weh berdiri sambil galas beg yang penuh buku teks ni... Huhuhu... Senget sebelah bahu mak!!

Hanya 5 orang dilepaskan dalam satu-satu masa untuk pemulangan buku ni. Huih... Boleh tahan jauh juga nak berjalan kaki dari pondok guard ke bangunan bilik pemulangan buku.. baguslah.. senaman dipagi hari.. moga turun berkilo-kilo berat badan ni... hahaha.. berangan!!

Untuk Amar, mungkin giliran kelas dia minggu depan pula. So, minggu depan datang sini lagilah. Bersenam lagi kita.. hihihi

No comments