Gulai Cili Api Itik Salai




Assalamualaikum.....



Korang pernah makan itik salai? Bertahun dulu Moha pernahlah sekali makan itik salai ni. Tapi tak ingat dah makan kat mana. Sebab dah lama sangat kejadian tu. Itupun sebab teringin sangat nak rasa. Tertanya-tanya juga, apakah sesedap daging salai rasa dia? Kalau sedap, bolehlah makan lagi.

Itik Salai


Sayangnya pertama kali makan, Moha tak boleh nak habiskan pun seketul itik salai yang dimasak lemak cili api tu, sebab ada bau hamis pada daging itik. Hurm.. Lepas tu takdelah nak ulang makan lagi.

Sabtu lepas, masa Moha beli daging salai, tiba-tiba Si Amar minta beli itik salai juga. Tak pernah makan katanya. Yelah, masa Moha makan dulu dia pun belum lahir lagi dan sejak dia lahir Moha tak pernah lagi masak itik salai. Selalunya masak daging salai je.  Jadi tak nak menghampakan dia, Moha belilah separuh itik salai yang dah siap potong dan dibungkus tu.

Harini Moha masak gulai cili api itik salai tu. Rasa dia alhamdulillah.. tak hamis macam yang dulu. Yang ada cuma bau salai dia, fuhh.. memang best! Kali ni Moha boleh makan habis.. suka!!!

Ok ni Moha kongsikan resepi cara Moha masak. Kalau korang nak ikut cara lain, terpulanglah ye. Ikut citarasa masing-masing. 

Gulai Cili Api Itik Salai

Bahan kisar : 
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili api (lebihkan kalau nak pedas lagi)
Sedikit air asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
3 biji kentang - potong ikut suka
1 peket daging/itik salai
Santan (sebiji kelapa)
Garam dan Secukup Rasa - secukupnya 

Cara masak : 

Masuk semua bahan kecuali santan dalam periuk. Hidupkan api dan gaul semua bagi sekata. 

Masukkan santan, gaul sebati sehingga mendidih sampailah kentang jadi empuk. Lepastu taburlah garam dan perisa secukup rasa. Haa.. dah siap!! Senang je kan? 

Daging dan itik salai tu Moha beli dengan abang Moha. Abang Moha ni pengusaha makanan salai. Daging dan itik tu dia sendiri yang salai menggunakan peralatan khas untuk menyalai daging dan itik tu. Sebab tu rasa "kaw" daging dan itik salai ni lain dari yang lain. Kalau korang teringin nak merasa, boleh terus wasap dia untuk belian kat link yang Moha kongsikan ni : https://bit.ly/3gpLbTx

Daging Salai

1 comment:

  1. saya tengok ada juga kawan2 promote itik salai ni di ig.. tapi tak cuba sbb sekeluarga tak makan itik.. xtau rasa macam mana..

    ReplyDelete