Advertisement

Resepi Roti Lembut Sukatan Cawan (16 biji)


Assalamualaikum...

Harini Moha nak kongsi salah satu resepi yang Moha pernah guna untuk buat roti. Dulu takde bread maker, jadi Moha uli dengan tangan je. Lenguh jugalah nak dapatkan tekstur doh yang elastik tu.. makan masa yang lama juga nak menyiapkan roti ni. Sudahnya makin jaranglah Moha meroti..

Sekarang dah ada bread maker, tu yang tiba-tiba rajin nak buat roti tu.. hihi. So, Moha cuba guna resepi yang ni pulak la. Untuk sekali makan, ok sangatlah guna resepi ni sebab boleh dapat 16 biji roti. Moha tak timbang berapa gm sebiji doh tu sebab timbang pun dah rosak. Huhu...

Kalini Moha buat roti yang plaing senang je. Dah siap bulat-bulat tu, terus je susun dalam loyang. Elok dah kembang, terus paipkan mayonis dengan sos atas dia. Pastu bakar.. uish.. dia punya lembut, pergh.. memang puas hatilah!!



Nak cuba buat? Nah resepinya.. kalau takde roti protein, boleh je ganti tepung gandum. Cuma jemur sekejap tepung tu supaya tepung tu jadi ringan sikit. InsyaAllah, roti lembut juga...

Resepi roti sukatan cawan (16 biji)

Jika guna Breadmaker, ini caranya...

Tepung high protein 2 cawan
Tepung gandum 1/2 cawan
Gula 1/4 cawan
Susu tepung 2 sudu kecil
Garam 1/2 sudu kecil
Yis 2 sudu kecil
Marjerin pelangi 2 sudu besar
Shortening 1sudu besar
Telur 1/2 biji
Susu pekat 1sudu besar
Air sejuk 1/2 cawan
Sosej 16 batang

1) Sosej direbus, tos dan keringkan
2) Dalam bekas adun bm, masuk air, telur, marjerin, shortening dan susu pekat.
3) Masuk tepung hp, tepung gandum, ratakan, garam, gula, susu tepung, yis
4) Letak dalam breadmaker, tekan bread, 10 utk doh (1 1/2 jam)
5) Dah siap uli keluarkan, tumbuk keluar angin
6) bahagikan adunan 16 bahagian sama besar, bentukkan bulat2, rehatkan 10 minit tutup dgn kain
7) sapu loyang utk bakar dgn marjerin
8) Bentukkan doh dgn sosej ikut kretiviti masing-masing
9) Rehatkan lagi dan tutup dengan kain selama 40 minit. Biarkan naik kembang lagi.
10) Panaskan oven dengan suhj 160© selama 10 minit
11) Sapu bancuhan telur + susu atas doh
12) Boleh tabur bijan atas roti jika suka
13) Bakar 20 minit atau hingga atas roti nampak kecoklatan (bukan hangus)
14) Sejukkan atas redai


Jika uli tepung guna tangan, ini caranya ye..

Tepung high protein 2 cawan
Tepung gandum 1/2 cawan
Gula 1/4 cawan
Susu tepung 2 sudu kecil
Garam 1/2 sudu kecil
Yis 2 sudu kecil
Marjerin pelangi 2 sudu besar
Shortening 1sudu besar
Telur 1/2 biji
Susu pekat 1 sudu besar
Air suam 1/2 cawan

1) Air suam, gula dan yis.. gaul sebati dan biarkan hingga berbuih
2) Dalam bekas lain masuk semua bahan kecuali campuran yis dan gaul
3) Campur semua dan uli hingga sebati.
4) Selepas 10-15 minit uli tarik doh hingga kenyal (tak melekat di tangan)
5) Tutup dengan plastik dan tunggu adunan kembang
6) Bahagikan adunan 16 bahagian sama besar, bentukkan bulat-bulat
7) Sapu loyang dengan minyak untuk bakar roti
8) Masuk doh dengan inti atau masuk doh kosong bulat 8 biji dalam loyang
9) Tutup dengan kain 30-40 minit. Biarkan naik kembang lagi
10) Panas oven 160© selama 10 minit
11) Sapu bancuhan telur + susu atas doh
12) Bakar selama 20 minit.



Post a Comment

4 Comments

  1. wah..sedapnya..thank sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  2. wah..sedapnya..thank sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  3. comelnya nampak kejadian roti tu menggebu !!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kejadian roti tu. Seronok boleh buat roti sendiri.

    ReplyDelete