Peluang Menang Cabutan Bertuah Love You 3000 PG Mall



 Assalamualaikum.....



Kebelakangan ni ramai kawan bercerita pasal beli barang kat PG Mall. Tertanya-tanya jugalah Moha ni PG Mall tu apa. Moha pun buatlah carian kat Google. Barulah tau PG Mall tu apa. Oooo... rupa-rupanya PG Mall ni platform e-dagang yang terkenal nombor 1 di Malaysia di bawah pengurusan PG Group.

Senang cerita PG Mall ni Malaysia punya dan PG Mall ni menawarkan platform kepada peniaga untuk memasarkan produk tempatan dengan platform pengiklanan yang terbaik bagi meluaskan perniagaan.


Bagusnya PG Mall ni, ia satu-satunya platform e-dagang tempatan Malaysia yang telah berjaya berada di kedudukan 3 teratas dan menjadi pilihan ramai pembeli dan juga peniaga bagi memasarkan produk tempatan yang terdiri daripada pelbagai produk seperti barangan kraftangan, fesyen (baju, beg, kasut dan aksesori), barangan kelengkapan rumah, makanan dan minuman, kelengkapan sukan, barangan bayi dan kanak-kanak, produk kesihatan dan kecantikkan, produk automotive, E-Vouchers dan banyak lagi. Harga produk yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik itulah yang menarik perhatian dan menjadi pilihan utama para pembeli.


PG Mall pun ada aplikasi yang boleh di muat turun di Playstore secara percuma.



Dapat 20% Cashback di PG Mall Dengan Maybank Qr Pay/MAE


Wah, syok betul ni kalau sambil berbelanja tu dapat lagi cashback sebanyak 20% sehingga RM40 (terhad dengan setiap pembelian RM30 keatas). Siapa yang tak nak cashback?


Kempen ini bermula dari 4 Mei 2020 sehingga 6 Jun 2020 kepada semua pemegang akaun maybank. Jadi sebelum membeli-belah tu pastikan donwload siap-siap aplikasi Maybank2u dan aktifkan QR Pay atau MAE untuk memudahkan lagi transaksi.

Dalam tempoh sebulan kita akan dapat pulangan 2 kali (RM20 x 2 = RM40). Berbaloilah kan? Shopping kat kedai pun tak dapat macam ni.

Cabutan Bertuah “Love You 3000 Rewards”



Macamana nak sertai cabutan bertuah ni? Ok, mula-mula kenalah jadi ahli dulu. Lepas tu buatlah belian sekurang-kurangnya RM30 dalam tempoh 2 minggu kempen ni berlangsung, dah layak untuk satu penyertaan. Lagi banyak kita membeli-belah bulan ni, lagi cerahlah peluang kita nak menang. 

Nama pemenang yang terpilih dalam senarai pendek yang telah membuat belian dalam tempoh 2 minggu kempen ini berlangsung, akan diumumkan pada 15 dan 30 haribulan ini. Hadiah yang ditawarkan pula ialah C-wallet berjumlah RM3000 iaitu pemenang pertama akan mendapat RM500, pemenang kedua RM300, pemenang ketiga RM200, 10 orang mendapat RM100 dan 20 orang mendapat RM50.

Haa.. best tak best? Beli barang bernilai sekurang-kurangnya RM30 je dah boleh join cabutan bertuah. Senangnya!! So, tunggu apa lagi tu? Moha dah mula survey barang apa nak beli ni. Korang joinla sekali. Hehehe...


Berkonsepkan Consumer Merchant Sebagai Reward Berterusan “Forever Cashback PG Mall”

Nak dapatkan cashback berterusan sehingga 3.5% tak? Kalau nak, senang je caranya. Hanya kongsikan referrallink PG Mall kita kepada sesiapa sahaja di mana-mana media sosial yang kita ada atau secara lisan.


Bila kenalan kita menggunakan link yang kita kongsikan tadi untuk membeli-belah di PG Mall, dapatlah kita cashback tu. Susah ke senang? Senang je kan??? Selagi ada yang menggunakan link tu dan berjaya membuat transaksi belian, selagi itulah kita dapat pulangan tunai ni. Sepadanlah dengan nama kempen pun 'Forever Cashback PG Mall'. Asalkan rajin promot link kita tu, InsyaAllah adalah rezeki yang masuk.

Nak tau lebih lagi pasal PG Mall ni, boleh rujuk laman rasmi di sini:


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline #Shopfromhome

4 comments:

  1. Platform ini nampak lebih bagus daripada Lazada... nanti nak download dan cuba

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau menang cabutan tu šŸ˜

    ReplyDelete
  3. wow ! banyak offer cash back

    ReplyDelete
  4. Bgus shopping dekt sini.. Macam2 tawarn dia bagi

    ReplyDelete