Advertisement

Amsyar Dah Sekolah



Assalamualaikum..



Dia lahir 14 Disember 2015. Jadi umurnya baru 4 tahun 2 bulan. Tapi disebabkan kita kira ikut tahun, tahun ni 5 tahun la umurnya.

Kebanyakan perents zaman sekarang dah mula hantar anak umur 3-5 tahun ni ke sekolah kan? Senang nanti bila dah masuk tahun satu, diorang dah boleh membaca dan menulis, dah pandai bergaul dengan kawan sebaya.

Moha ni masih teragak-agak lagi nak hantar Amsyar ni sekolah. Entahla ek, rasa macam baby je lagi dak Amsyar ni. Baru je 2 bulan berhenti menyusu badan. Haish.. nampaknya dia memang nak jadi pemegang rekod menyusu badan paling lama antara 3 beradik! Betul-betul cukup 4 tahun baru nak berhenti. Fuhhhh... menguji kesabaran betul.

Sebenarnya kalau tak disebabkan dia yang beriya-iya nak sekolah, takdelah kami nak hantar dia awal sangat. Sebabnya risau dia cepat bosan. Yuran sekolah tadika sekarang ni pun bukan murah. Dah macam nak masuk universiti rasanya. Rata-rata sekolah tadika yang Moha survey kat sini tak kurang dari RM800 untuk yuran permulaan, uniform dan buku. Yuran bulanan pulak paling kurang RM150. Fuh, ni kalau setakat sehari je nak sekolah pastu esoknya tak nak sekolah dah, boleh nangis dibuatnya. Hangus gitu je duit. Huhuhuhu....

Lepas pilih-pilih, akhirnya kami buat keputusan hantar dia ke Pasti Asyakirin sahaja. Tak fikir sangat pasal pembelajaran setakat ni cuma nak dia biasakan diri bergaul dengan rakan sebaya dan tak terlalu bergantung dengan mama dia ni je. Manja yang amat!!!


So, hari pertama tu memang excited sangatlah dia ni. Wah, tak menyempat-nyempat suruh hantar dia pergi sekolah awal pagi tu padahal kelas dia mula pukul 12.30 tengahari. Langsung tak nangis masa masuk kelas. Harap-harap kekal la ye rajin ke sekolah tu.


Post a Comment

0 Comments