Assalamualaikum..
Harini Moha nak kongsi 2 lagi suplimen yang Moha ambil selain Shatavari produk dari Himalaya. Kenapa Moha lebih yakin dengan Himalaya? Sebab produk Himalaya ini merupakan ekstrak ramuan herba tulen yang HALAL dan berkesan dalam memberikan tumpuan terhadap masalah kesihatan yang Moha hadapi sebelum ni. Harga pun berbaloi sangat-sangat dengan hasil yang memuaskan hati!!
Kali ini Moha cuba ambil Joint Wellness Shallaki dan Bowel Wellness Triphala untuk masalah yang Moha hadapi sekarang iaitu badan cepat terasa letih, lesu dan tidak bermaya. Bahagian belakang selalu saja sakit, tangan juga sering berasa lenguh.
Sendi-sendi terasa sakit dan ketat terutama pada bahagian lutut. Kaki pula sering kekejangan apabila berdiri atau duduk terlalu lama. Kebelakangan ini bertambah lagi satu masalah iaitu tumit pula berasa sakit apabila berjalan memijak lantai.
Kelebihan Joint Wellness:
- mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- menindas kesakitan sendi
* Ambil 1-2 tablet dua kali sehari
Lagi satu masalah yang merunsingkan sekarang ni, sistem pencernaan yang tak berapa nak lawas. Kalau orang yang ok sistem pencernaan dia, tentu takde masalah nak membuang setiap hari. Tapi Moha ni pulak, 3-4 hari barulah terasa nak membuang. Masa tu mulalah kepala pun sakit sebab bahan kumuhan tak dikeluarkan. Tiap kali terasa nak membuang pun rasa takut sebab sembelit. Haishhh... macam-macam masalah Moha! Macam dah tua benar pula rasanya.. huhu..
- melegakan perasaan sembelit
- membantu aliran usus normal
- menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus
* Ambil 1-2 tablet dua kali sehari
Moha perasan juga masalah yang Moha hadapi sekarang ni bermula sejak berat badan mula naik mendadak ni. Mana tak naik? Makan je kejenya! Bersenam tak nak! Haa.. tanggunglah sendiri akibat dia. Huuuuu..
Apa jadi lepas ambil produk?
Sehari dua tu tak ketara sangatlah kesan dia. Ikut pada keserasian individu juga. Kalau badan dah memang banyak toksik tu, kasi canlah dia detox dulu buang segala toksik yang melekat tu. Barulah segala suplimen yang kita ambil tu dapat diserap dan berfungsi dengan baik dalam badan kita.
Sejujurnya Moha pun tak perasan sangat bila yang sebenarnya Moha dapat rasa perubahan ni. Tapi yang pastinya, sejak ambil 2 produk ni, tiada lagi rasa sakit tumit bagai dicucuk jarum tu setiap kali berjalan. Masalah kekejangan pun tiada lagi. Lutut juga semakin berkurangan sakitnya. Syukur alhamdulillah..
Sejujurnya Moha pun tak perasan sangat bila yang sebenarnya Moha dapat rasa perubahan ni. Tapi yang pastinya, sejak ambil 2 produk ni, tiada lagi rasa sakit tumit bagai dicucuk jarum tu setiap kali berjalan. Masalah kekejangan pun tiada lagi. Lutut juga semakin berkurangan sakitnya. Syukur alhamdulillah..
Bowel Wellness juga turut memberikan kesan terbaik mengatasi masalah pencernaan Moha. Sekarang Moha dah tak rasa susah hati bila nak buang air besar. Takde lagi nak "bertapa" lama-lama dalam tandas. Sekarang, setiap pagi pasti dapat membuang dengan selesa. Yeay.. selesai masalah sembelit!
Nak beli di mana?
Kalau korang pun nak cuba 2 produk ni, boleh dapatkan di mana-mana butik Himalaya, Watsons atau boleh beli secara online di laman media Himalaya Malaysia:
3 Comments
un belum cuba lgi joint. lepas ni kalau bersukan boleh try
ReplyDeleteHaida pun dah cuba. Alhamdulillah. serasi dengan Haida
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete