Advertisement

Minum Surya S Great Grain Kenyang Sehingga Petang









Assalamualaikum..


Entri sebelum ni Moha ada cerita kan yang sekarang ni Moha bersahur dengan S Great Grain. Jadi kali ni Moha nak kongsi sedikit antara khasiat yang terdapat dalam sebahagian bahan yang terdapat dalam minuman campuran istimewa ni.



Beras Merah

Merupakan sejenis beras yang mengandungi vitamin B dan E dan juga kandungan mineral, vitamin serta serat yang ttinggi dan semulajadi. Turut mengandungi jumlah kalori yang lebih rendah berbanding beras putih. Kandungan kalori yang rendah pada beras merah ini sangat efektif untuk menurunkan kalori dalam tubuh sehingga akan membuat berat badan turun dengan sendirinya. Memang sesuai sangatlah pada yang nak turunkan berat badan tu. 

Selain tu, beras merah juga membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah penyakit jantung, mengawal kadar gula dalam darah, menguatkan gigi dan tulang, mengurangkan kolestrol dan mencegah kanser.

Beras Perang

Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita. 

Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

Beras Pulut


Amino Asid dan Vitamin yang terkandung dalam beras pulut sebenarnya menjadikan ia sebagai agen pencerahan terbaik untuk kulit. Sememangnya ia mampu mencerahkan kulit baik diamalkan secara memakannya atau menggunakan beras sebagai masker dan skrub.

Kacang Merah

Kacang merah kaya kandungan gizi yang baik untuk tubuh. Kacang merah mengandung kalsium, asam folat, protein tinggi, karbohidrat, serat, vitamin B terutama B6, zat besi dan thiamin.

Kandungan protein, serat, dan karbohidrat yang ada di kacang merah dapat membantu pencernaan agar merasa kenyang lebih lama. 

Kacang Hijau



Termasuk dalam jenis kekacang yang mengandungi protein, antioksidan, rendah lemak serta serat, kacang hijau juga mengandungi Vitamin A, B, C, E, K serta folat, zinc, fosfor, kalium, dan zat besi. Nutrisi lainnya adalah karbohidrat, mangan, magnesium dan selenium yang semuanya bermanfaat bagi tubuh.

Kacang Hitam


Kacang hitam merupakan salah satu makanan bergizi yang elok dimasukan ke dalam diet harian. Berbagai nutrisi di dalamnya seperti asam folat, asam lemak omega-3, zat besi, kalsium dan mangan membuat kacang hitam ini menyimpan berbagai khasiat dan manfaat bagi kesihatan contohnya seperti mampu mencegah risiko penyakit kanser, penyakit jantung juga membantu melancarkan sistem pencernaan.

Kacang Walnut

Bedasarkan kajian dari Amerika, didapati bahawa kacang walnut memiliki tingkat antioksidan dua kali lebih banyak jika dibandingkan dengan kacang lain. Antioksidan pada walnut memiliki manfaat 15 kali lebih besar berbanding vitamin E. Antioksidan dalam walnut mampu melindungi tubuh dari kerosakan akibat bahan-bahan kimia yang menyebabkan penyakit.

Kacang Soya

Merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.

Kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
5 bahan istimewa yang ada dalam S Great Grain
Boleh dikatakan setiap bahan yang terdapat dalam S Great Grain ini mempunyai kelebihan yang sama iaitu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan setelah diambil. Jadi tak hairanlah Moha tak rasa lapar pun sepanjang hari berpuasa walaupun hanya minum sepeket S Great Grain pada waktu sahur. 

Di mana nak beli S Great Grain? 
S Great Grain boleh didapati di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih atau boleh juga dibeli di laman e-commerce Shopee

Post a Comment

2 Comments