Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn. Bhd. Buat Jualan Kilat Sempena Ramadhan




Assalamualaikum..

Alhamdulillah, harini dah hari ke-4 berpuasa. Harap pembaca blog Moha semua kekal sihat bertenaga berpuasa sepanjang hari.

Rasanya ramai yang dah sediakan semua kelengkapan nak raya macam baju raya, kasut raya, kuih raya.. kalau surirumah pulak mesti dah mula nak menghias rumah kan? Macamana pula dengan barang kemas? 

Arwah mak Moha suka sangat dengan barang kemas ni. Setiap tahun dia pasti tak lepaskan peluang meniaga sepanjang bulan puasa dan bila nak raya je, sebahagian duit dari hasil dari meniaga itulah dia akan beli atau tukar barang kemas yang lama kepada yang baru. 

Tak kiralah cincin ke, gelang tangan ke, rantai leher ke... Adakalanya untuk diri sendiri dan adakala untuk anak-anak perempuan dia. Katanya beli emas ni bukan nak tayang kat orang pun. Tapi nak puaskan hati sendiri sekaligus sebagai pelaburan. 

Maklumlah, kami ni bukan orang kaya. Dengan adanya barang kemas ni, dapatlah juga digunakan bila tiba masa kami kesusahan atau kesempitan duit. 

Masa bujang dulu, Moha tak pernah beli barang kemas sendiri. Semua arwah mak uruskan. Sampailah masa nak kawin, barulah terkial-kial nak belajar beli sendiri. 

Sekarang, alhamdulillah dah retilah sikit. Tu yang tak berani nak singgah masuk kedai emas. Mulalah rambang mata. Kalau tengah ada duit, bolehlah beli. Ada duit pun kalau konon-konon nak simpan tapi nanti sikit-sikit keluarkan semula, lama-lama habis juga. Beli emas, boleh juga jual balik satu masa nanti. So, InsyaAllah.. tak rugi...

Disebabkan minat, rajin jugalah Moha tengok barang kemas kat media sosial. Terbaru ni Moha tengok kat Facebook Kedai Emas Hajjah Halijah (KEHH). Yang menariknya kedai ni takde caj upah tau..haa..korang suka kan?




Skrol punya skrol fb tu, ralit juga dibuatnya. Wah, patutlah KEHH ni jadi kedai pilihan no. 1 di Kedah!! Harga barang kemasnya pun lebih murah kalau nak dibandingkan dengan kedai lain. Design produk pun lawa-lawa! Haish.. rasa nak pi Kedah la ni jugak aih!! 
Nak belek depan-depan. Tentu lagi puas hati! Huhuhu.. korang yang kat Kedah mesti familiar dengan kedai KEHH ni kan? Untunglah korang..! Mujur juga kitorang yang jauh ni masih boleh cuci mata dan beli secara online. Kalau tak, lagilah rasa terkilan.


KEHH ni macam-macam promosi diorang buat. Cuci barang kemas percumalah, beli emas percuma emas lah, ada menang emas la, eh.... Macam-macam lagilah! Tapi yang paling best, mereka tawarkan harga yang tinggi bagi pertukaran barang kemas lama. Best kan? Memang berbaloi sangat tu!

Nak lagi best? Daftarlah jadi ahli KEHH! Nanti dapat lagi banyak keistimewaan sebagai ahli. Terutama sekali potongan sebanyak RM10/gram. Uish.. banyak tu!!! So, apa tunggu lagi?! Cepat-cepat daftar tau. Sekarang tengah ada jualan Kilat Sempena Ramadhan bermula 9/5 - 12/5/2019 ni. Jangan lepaskan peluang kay. Daaa.. Moha nak sambung tengok FB KEHH. Manalah tau ada rezeki menang hadiah masa Kak Jue buat live. Aamiin...




5 comments:

  1. Dulu julia masa umur 20 an tak berapa suka emas tau moha...sekarang dah masuk pertengahan 30an...suka dgn emas sebab masa ni fasa stabil utk menyimpan dan memakai emas...cantiknya design dia.

    ReplyDelete
  2. design yg macam pandora tu lawa kan

    ReplyDelete
  3. Cantik juga design dia. Minimalis.

    ReplyDelete
  4. design dia upto date tu yang best. jom menabung jom..kita beli emas

    ReplyDelete