PONS EXTRA VIRGIN OLIVE OIL Pilihan Terbaik untuk Kulit Melecur

January 08, 2019 Mohaz Sue 0 Comments



Assalamualaikum..


Tentu ramai dah tahu tentang kebaikan menggunakan minyak zaitun dalam kesihatan samada diminum, dicampur dalam masakan atau sebagai sapuan pada kulit dan rambut. Moha sendiri berminat menggunakan minyak zaitun sejak terpengaruh dengan rancangan masakan luar negara yang lebih mengutamakan penggunaan minyak zaitun berbanding minyak masak biasa yang digunakan di Malaysia.

Harga mampu milik hanya RM25 sebotol (250ml). 

Extra virgin olive oil PONS adalah produk semulajadi yang bebas dari pewarna tambahan atau bahan pengawet. Minyak premium dengan rasa yang berbeza dari minyak zaitun biasa, mempunyai ciri yang beraroma segar dan kaya dengan vitamin E. Minyak yang didapati dari buah zaitun Arbequina segar yang dipetik dan dipilih secara manual dan mekanikal, memberikan hasil yang berkualiti tinggi diproses dan dibotolkan di Spain. 

Diantara Ciri Ciri Produk PONS ialah:

*First Cold Pressed. 

*Dari Beberapa Jenis Pokok Zaitun Terpilih. 

*Dengan Kandungan Acidity kurang dari 0.25%. 

*Pengiktirafan Organic EU dan USDA Organic. 

*Pensijilan Halal oleh Badan Diiktiraf JAKIM. 

*Pensijilan Standard ISO, Kosher dan EcoCert dari Badan Pengiktirafan Dunia. 

*Dihasilkan khas untuk kegunaan bayi berusia 6+ bulan, kanak-kanak 3+ tahun & Dewasa. 

*Dari Syarikat Pengeluar Minyak Zaitun Terbesar di Spain. 

*Diedarkan dilebih 140 buah Negara di Dunia. 

*Di Proses Secara Traditional menggunakan Batu Giling. 

*Dibotolkan dengan Nitrogen Injection menggunakan Botol Kaca Hijau Anti Ultra Violet. 

*Pilihan penggunaan Botol Aluminium yang dapat menyekat Cahaya 100% adalah pilihan Terbaik bagi Pembotolan Minyak Zaitun. 


PONS Extra Virgin Olive Oil memenuhi ciri-ciri minyak zaitun tulen dan berkualiti. Ini kerana PONS Extra Virgin Olive Oil dibotolkan dalam botol kaca gelap atau aluminium. Botol berwarna cerah tidak sesuai untuk minyak zaitun kerana kandungan khasiat akan hilang disebabkan oleh Proses Photo Oxidation kerana terdedah cahaya UV. Manakala botol plastik pula kandungan bahan kimia yang ada di dalam plastik akan bertindak balas dan bercampur dengan minyak zaitun.

Pilihan penggunaan Botol Aluminium yang dapat menyekat cahaya 100% adalah pilihan terbaik bagi Pembotolan Minyak Zaitun.


Rasa minyak zaitun yang ringan dan beraroma buah zaitun segar, tidak merubah rasa hidangan sebaliknya menambahkan rasa sedap 


Penambahan PONS dalam masakan dapat mengubah hidangan biasa menjadi sesuatu yang istimewa dan juga berkhasiat dengan penggunaan setiap hari dalam semua jenis makanan. Samada untuk diminum, memasak, menggoreng ataupun sebagai bahan tambahan dalam sos untuk hidangan salad. 

PONS EXTRA VIRGIN OLIVE OIL FOR BABIES


PONS EXTRA VIRGIN OLIVE OIL FOR BABIES ni bertekstur ringan dirumus khas untuk bayi bawah 3 tahun macam Amsyar. Sangat bagus untuk sapuan pada kulit terutama selepas insiden kemalangan yang menyebabkan kulit dia melecur tahap 3 akibat terkena air panas September tahun lepas.


Apa yang Moha perasan, Amsyar takkan mengelak bila Moha nak sapukan minyak zaitun ni pada kaki dia setiap kali lepas mandi. Malah kadangkala bila dia berasa tak selesa, dia sendiri akan ambil botol hijau Pons yang comel tu minta Moha sapukan. Tak macam masa mula-mula keluar wad dulu bila nak sapu krim untuk melecur je, dia dah lari menangis mengelak bagai nak rak. Mungkin krim tu buat dia tambah tak selesa.


Alhamdulillah, sejak sapu minyak zaitun ni, kulit Amsyar tak menggelembung lagi dah apabila dia garu. Luka semakin cepat kering dan yang penting, dia tak rasa gatal dibahagian luka tu. Lega rasa hati bila dah mula nampak perubahan pada kulitnya. Doktor ada juga sarankan kami amalkan campur olive oil dalam makanan dia selain sapu dan urut bahagian kulit yang melecur tu dengan minyak yang sama. Ini bertujuan untuk melegakan rasa perit dan gatal kesan dari melecur. 


Bila Moha cuba sapu baki minyak yang ada pada tangan ke kulit Moha selepas mengurut Amsyar, rupa-rupanya PONS EXTRA VIRGIN OLIVE OIL FOR BABIES ni memberikan rasa sejuk pada kulit selain melembabkan dan menghilangkan kegatalan. 


Malah mampu menyembuhkan luka, ruam dan memudarkan parut jika digunakan secara kerap. Oh, patutlah Amyar 'serah diri'. Best rupanya rasa bila kulit disapu minyak zaitun ni. Tak melekit langsung.. makin lama diurut, minyak akan meresap ke dalam kulit dan menjadikan kulit semakin lembut.

RM45 sebotol (250ml). 

Khasiat dan faedah menggunakan minyak zaitun:

*Membekalkan sumber vitamin E 

*Merangsang pertumbuhan tulang 

*Menyumbang kepada perkembangan neuro-cerebral kanak-kanak 

*Membantu mencegah masalah obesiti pada kanak-kanak 

*Memberikan kesan anti-radang gastrik 

*Merawat masalah rambut bercabang, gugur dan rambut kering 

*Menjadikan kulit lebih lembut dan tidak kering 

*Merawat bibir hitam 

Nak tau lagi banyak maklumat tentang PONS EXTRA VIRGIN OLIVE OIL ni, korang boleh layari laman rasmi http://almasoudtrd.blogspot.com dan facebook Al Masoud Trading dan Pons Malaysia.

Minyak zaitun jenama PONS ni juga boleh dibeli di Al Masoud Trading Shah Alam di alamat: 

AL MASOUD TRADING
No.G-33A, Blok 5, 
Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55245570





You Might Also Like

0 comments: