Dugaan kecil awal tahun 2019. Cepat sembuh ye Kak Ti

January 02, 2019 Mohaz Sue 0 Comments



Assalamualaikum.. 

Harini anak-anak dah mula sekolah. Amar dah masuk darjah 6. Nak UPSR la nanti tu. Alhamdulillah, senang je dia bangun pagi tadi. Takdelah mama jadi tarzan bukit terjerit-jerit suruh bangun..huhu.. 

Elok Amar dah pergi sekolah, baru tergerak hati nak tengok handphone. Allah... Rupanya kakak Moha pula dimasukkan ke wad. Jadi terpaksalah tinggalkan Haziq uruskan diri sendiri nak ke sekolah petang nanti.

Disebabkan nak cepat ziarah kakak di KPJ Shah Alam, tak sempatlah Moha masak untuk diorang ni. Jadi cara termudah, Moha orderlah set lunch dari group whatsapp tu. Sebelum confirm order tu, Moha tanya dulu.. boleh tak hantar pukul 11? Bila yang menjual kata boleh, teruslah Moha order. Bayaran pun Moha dah transfer. Senang kalau dia dah datang hantar set lunch tu, tak payahlah Haziq nak hulur duit lagi.

Tapi disebabkan runner tersesat (salah jalan), tak dapatlah Haziq makan dulu sebelum ke sekolah sebab van sekolah dah sampai. Agak terkilan la juga. Hmmm.. takpelah. Penjual pun dah berkali-kali mintak maaf. Duit yang dah transfer tu Moha suruh dia simpan dulu untuk order yang akan datang. Takpelah, tak semua yang kita rancang akan jadi ikut kehendak kita. 


You Might Also Like

0 comments: